Saturday, 28 April 2012

3 PRAMUGARI AIRASIA DICABUL DI LCCT..?

3 Pramugarinya Diserang Termasuk Dicabul, Air Asia Bengang Dengan MAHB?

KUALA LUMPUR – Tiga pramugari diserang, dua daripada mereka dicabul di tempat letak kereta Terminal Tambang Murah (LCCT) baru-baru ini, mendorong AirAsia untuk segera merayu kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) supaya menaik taraf keselamatan dan pencahayaan di kawasan letak kenderaan.
Insiden terbaru berlaku pada pukul 5.30 pagi, pada Khamis di mana seorang lelaki datang dan memeluk seorang pramugari yang baru masuk ke keretanya untuk pulang ke rumah, kata Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia Berhad Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra pada Jumaat.
Lelaki itu menolaknya masuk ke dalam kereta dan dia turut memasuki kereta tersebut. Dia melarikan diri selepas pramugari mula menjerit dan membunyikan hon. Dia kemudian membuat laporan polis, katanya.
“Kami mahu lampu yang cukup, pagar di sekeliling tempat letak kereta, kawalan keselamatan 24 jam dan liputan kamera litar tertutup penuh di semua tempat letak kereta di tempat letak kereta A ke D. Kami mahu ciri keselamatan ditingkatkan di kawasan itu,” katanya.
Beliau berkata MAHB terpaksa mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan dan kawalan kakitangan serta orang ramai di tempat letak kereta terbuka LCCT berikutan tiga kejadian pramugari diserang berlaku dalam tempoh tiga bulan yang lalu.
Beliau berkata AirAsia telah menggesa pihak-pihak berkaitan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan itu tiga tahun yang lalu tetapi hanya sedikit yang dilakukan.
“Sekarang tiga pramugari udara kami telah diserang. Sesuatu perlu dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di sini. - The Star

POKOK LUCEANA BOLEH PERBAHARUI TENAGA..?

Tenaga Boleh Diperbaharui Dari Pokok Luceana

BANGKOK – Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan bekerjasama dengan Kasetsart University of Thailand bagi meneroka sumber baharu tenaga yang boleh diperbaharui daripada “perladangan tenaga”.
Rektor UiTM Kampus Pahang Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman berkata, kayu daripada pokok ”Luceana” boleh dibakar bagi menghasilkan wap yang kemudiannya boleh ditukarkan menjadi tenaga.
“Ia merupakan teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui memandangkan pokok Luceana boleh dituai hanya dalam masa 18 bulan berbanding bahan api fosil yang mengambil masa ribuan tahun untuk dimajukan,” katanya.
Spesies Luceana juga dikenali sebagai Petai Belalang di Malaysia dan Ipil-Ipil terutamanya di Sabah.
Beliau berkata, tenaga baharu yang boleh diperbaharui boleh menjadi alternatif kepada sumber utama tenaga pada masa ini seperti minyak, gas, arang batu dan hidro.
Dr. Hilmi berkata tenaga baharu yang boleh diperbaharui itu menawarkan penyelesaian yang murah kepada bahan api fosil yang semakin berkurangan dan harga minyak mentah yang semakin tinggi yang mencapai kira-kira US$120 setong pada masa ini.— BERNAMA

AMBIGA MENGAKU PENGIKUTNYA BANGANG, BAHLOL DAN TOLOL!!

                                   


Selama ni aku memang anggap Ambiga dan penganjur perhimpunan Bersih ni sebagai orang yang sengaja mencetuskan kekacauan. Tapi aku tak sangka pulak Ambiga sendiri mengaku pengikutnya bangang, bahlol dan tolol!

Ambiga hantar surat permohonan kepada DBKL untuk gunakan Dataran Merdeka pada 19 April, seminggu sebelum tarikh perhimpunan. DBKL jawab pada HARI YANG SAMA juga, iaitu 19 April.

Selain itu, DBKL juga turut cadangkan lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil, Stadium Titiwangsa dan Stadium Cheras. 

19 April hingga 28 April tu lebih kurang seminggu, takkan tak cukup masa nak maklumkan tentang perubahan lokasi?

Oh, apa kau cakap Ambiga?

Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk Ambiga berkata pihaknya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengubah lokasi perhimpuan ke Stadium Merdeka sepertimana yang dicadangkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

”Kami menghadapi masalah dengan masa. Kami tidak boleh menukar lokasi. Kami percaya kalau kami tukar tempatnya sekarang, ia akan mengelirukan rakyat, sama ada berkumpul di Dataran Merdeka atau di Stadium Merdeka,” katanya selepas pertemuan dengan Ahmad Fuad.

Kawan-kawan, cuba bayangkan kalau tajuk utama ini keluar akhbar dan tv.

LOKASI PERHIMPUNAN BERSIH DIUBAH DARI

DATARAN MERDEKA KE STADIUM MERDEKA


Agak-agaknya lepas baca ayat tu, berapa lama masa yang kita akan ambil untuk faham bahawa lokasi perhimpunan dah diubah? 

Ada sampai sejam menelaah ayat tu, baru kita faham ke? Ada sampai sehari nak kaji ayat tu, baru kita faham ke? Ada sampai seminggu nak analisa ayat tu, baru kita faham ke?

TAAAK!!

Aku rasa kalau budak sekolah rendah Darjah Satu pun, sekali baca je dah faham.

Jadi bila Ambiga buat kenyataan bahawa pengikutnya perlukan masa yang begitu lama untuk faham bahawa lokasi perhimpunan telah diubah, apa kesimpulan yang dapat kita buat?

PENGIKUT AMBIGA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN BERSIH NI SEMUANYA BANGANG, BAHLOL DAN TOLOL!!

Ayat mudah macam tu pun kena ambil masa lebih seminggu baru nak faham!!

Terima kasih Ambiga kerana mengaku bahawa pengikut-pengikut kau lebih lembap dari budak Darjah Satu... Itulah sebabnya mereka mudah sangat dipergunakan untuk buat kekecohan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.


SUMBER :  apa kecoh2

FASHA SANDHA 'SAH' JADI ISTERI JEJAI

Akhirnya... selesailah sudah majlis pernikahan 'tertutup' Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) yang nampak 'kurang meriah' bagi segelintir pihak yang tidak diundang. Kalau sudah 'tertutup', mana nak nampak meriahnya ye tak?

Buat info bersama, Fasha menerima mas kahwin RM8,888.88, satu angka cantik bagi pandangan orang Tiong Hua bermakna 'kaya, kaya dan kaya'. Meskipun wang hantaran dirahsiakan oleh mereka, namun kita pasti dapat meneka ia berjumlah 'lumayan' kerana Jejai mampu melakukannya. 

Klik untuk imej besar...




Sementara bagi barang-barang hantaran pula, ia terdiri daripada tujuh buah dulang berupa beg LV, alat solek, telefon Galaxy Tab, sebentuk cincin, coklat dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan iaitu berisi kasut, sejadah, buku Terima Kasih Tuhan, tali pinggang, tali leher, alat perapian lelaki, sebentuk cincin, tepak sirih dan coklat.

Pernikahan ini adalah kali pertama buat Fasha dan kali kedua buat Jejai selepas beliau bercerai dengan Nora Danish Mohd. Hanif. Nora dan Jejai telah berkahwin pada Jun 2006 sebelum bercerai pada 2008 selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal yang kini berusia 3 tahun.

Jom tengok..!














SUMBER :  MYARTIS.COM

Saturday, 21 April 2012

BENARKAH INI JANGGUT NABI MUHAMMAD SAW..?

Berbaris Untuk Lihat Janggut Nabi Muhammad SAW


DHAKA, Bangladesh – Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional yang dipamerkan di sini kira-kira 2 bulan yang lalu...
Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.
Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.
Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. – Agensi
...........................mcm mengarut jer..!!!!

PELIK : MAKAN AYAM HIDUP UNTUK HIDUP..?!

Wanita Pelik Makan Ayam Hidup Setiap Hari

Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia.
Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.
Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!
Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.
Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari!
Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.
Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.
Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini.
Oleh: NAIMAH SHAARI

KUCING BERMUKA 2, BERMATA 3

Ini artikel lama... tapi berminat nak refresh sebagai entry terbaru kerana keunikannya.... selamat membaca....

Kisah Kucing Bermuka Dua, Bermata 3

WORCESTER, Mass. (AP) — Frank Dan Louie adalah seekor kucing yang lahir dengan dua muka, dua mulut, dua hidung dan tiga biji mata – sungguh ganjil bukan?
Ketika baru lahir, kucing itu hendak ditidurkan atau dimatikan oleh doktor haiwan akibat kecacatannya. Namun bernasik baik apabila ia diselamatkan seorang wanita bernama Marty Stevens.
Dan kini, sudah 12 tahun Frank dan Louie, yang bermata biru menikmati hidupnya.
Lebih hebat lagi, kucing itu masuk dalam senarai Guinness World Records edisi 2012 sebagai kucing Janus yang paling lama hidup di dunia ini.
Jansu adalah salah satu daripada Dewa Roman yang memiliki dua muka.
“Setiap hari adalah satu anugerah untuk Frank dan Louie kerana kucing dalam keadaan ini sepatutnya hanya hidup antara 1 hingga 4 hari selepas dilahirkan,” kata Stevens sambil mengusap kucing kesayangannya itu.
“Setiap hari saya bersyukur kepada tuhan kerana masih membenarkannya hidup,” tambahnya.
Hanya dua daripada tiga mata Frank Dan Louie berfungsi. Mata tengahnya tidak mampu ditutup menyebakan kucing itu seolah-olah sedang memandang tempat lain ketika dua matanya yang lain tertutup.
Walaupun kelihatan ganjil, Frank Dan Louie adalah seekor kucing yang mesra dengan sesiapa sahaja.
Kisah Kucing Bermuka Dua, Bermata 3
Pemilik asal Frank dan Louie membawa kucing itu untuk ‘dimatikan’ ke Cummings School of Veterinary Medicine di Universiti Tufts di mana Stevens berkerja 12 tahun lalu.
Merasa simpati, Stevens merayu kepada pemilik asalnya agar menyerahkan kucing itu kepada dirinya. Beberapa pakar haiwan menasihatkan Stevens ketika itu agar jangan terlalu mengharap kucing berkenaan akan hidup lama.
Kucing Janus hampir pasti tidak akan hidup lama dan kebanyakkan memiliki kecacatan kongenital termasuk lelangit rekah yang menyukarkan mereka untuk meminum susu yang menyebabkan mereka akan kebulur dan mati perlahan-lahan atau susu masuk ke peparu menyebabkan kucing jenis itu mengalami pneumonia.
Kucing Janus terhasil daripada kecacatan genetik.
Kisahnya dari... sini

RIBUAN RAKYAT PROTES DI KAHERAH

Puluhan Ribu Protes Di Kaherah

KAHERAH – Ribuan penduduk berhimpun di Dataran Tahrir di sini semalam untuk melakukan tunjuk perasaan yang paling besar dalam tempoh beberapa bulan.
Mereka berhimpun bagi menentang pemerintahan sementara tentera yang berkuasa selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada Februari tahun lalu.
Tindakan mereka dilakukan bagi memberi tekanan kepada para jeneral tentera supaya mempercepatkan peralihan kuasa kepada penduduk awam.
Perhimpunan tersebut juga menunjukkan kemarahan mereka yang semakin kuat berhubung kekacauan politik yang berlaku di negara ini.
Terdapat kekeliruan bahawa para jeneral kini memanipulasi proses untuk memastikan mereka kekal berkuasa.
Dataran itu dipenuhi dengan sorakan yang meminta supaya pemerintahan tentera ditumbangkan.
Bagaimanapun, perhimpunan tersebut terbahagi kepada beberapa kumpulan penunjuk perasaan yang berlainan matlamat.
Dalam tunjuk perasaan itu, golongan muda mendesak supaya semua pihak bersetuju dengan calon-calon revolusi antiketenteraan dalam pilihan raya presiden disokong.
Bagaimanapun, pergerakan Ikhwanul Muslimin enggan untuk menyokong permintaan golongan muda itu.
Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan politik yang berpengaruh di negara ini.
Pilihan raya presiden akan diadakan pada 23 hingga 24 Mei depan.
Presiden baharu akan diumumkan pada 21 Jun depan.
Majlis Ketenteraan yang memerintah Mesir buat sementara waktu berikrar akan menyerahkan kuasa kepada pentadbiran awam pada awal Julai depan. – Agensi

Tuesday, 17 April 2012

MEREMEHKAN....

Bila meremehkan yang tidak halal....







Monday, 16 April 2012

ZAHRA : PELUNCUR AIS BERTUDUNG DARI RANTAU TELUK...

Zahra - Mengharumkan Islam Bila Bertudung Dalam Pertandingan Luncur Ais
Cantiknya Zahra...

DARI padang pasir Rub al Khali ke puncak yang diselubungi salji di Dolomites di Utara Itali, gadis dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) Zahra Lari telah mencipta sejarah dalam sukan luncur ais berbunga pada minggu ini.
Gadis berusia 17 tahun itu bukan sahaja menjadi peluncur ais berbunga (figure skating) pertama dari rantau teluk itu yang bertanding dalam pertandingan antarabangsa tetapi juga yang pertama melakukannya dengan memakai tudung.
“Di negara saya wanita tidak menyertai sukan lagi-lagi luncur ais berbunga,” kata gadis itu memberitahu AFP selepas bersaing bersama dengan peluncur-peluncur dari 50 negara dalam Piala Eropah.
Sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Islam, tudung hitam dan pakaiannya yang tidak keterlaluan itu, menonjol di kalangan peserta lain yang memakai pakaian menjolok mata.
“Saya meluncur dengan memakai tudung, kostum saya sejajar dengan tradisi Islam.
“Gadis-gadis lain sangat baik terhadap saya. Saya rasa mereka menerima saya dengan baik. Saya tidak pernah mengalami apa-apa masalah, orang berfikiran terbuka. Ia bukan persoalan mengenai pameran, tetapi mengenai sukan dan bapa saya telah bersetuju,” jelasnya.
Zahra - Mengharumkan Islam Bila Bertudung Dalam Pertandingan Luncur Ais
Ibu Lari, Roquiya Cochran yang dilahirkan di Amerika, mengaku bahawa ia mengambil masa yang agak lama untuk memujuk suaminya supaya membenarkan anak gadis mereka bertanding.
“Saya terpaksa menyakinkannya. Pada mulanya dia melihat sukan itu seperti anak perempuannya menari di hadapan penonton lelaki.
“Tetapi dia datang bersama untuk melihat Zahra beraksi, dia nampak betapa cantiknya Zahra di atas ais, dan dia sayang Zahra, dia mahu Zahra gembira. Zahra menutup aurat, dia tidak melakukan apa-apa yang anti-Islam,” katanya.
Lari menjelaskan bahawa minatnya terhadap sukan luncur ais berputik ketika dia menonton sebuah filem Disney pada umur 11 tahun.
“Saya telah menonton The Ice Princess lebih dari 100 kali, saya sukakannya! Saya berkata kepada diri sendiri ‘Itu yang saya mahu lakukan’,” katanya.
Tiga tahun kemudian Zahra memulakan impiannya ketika dia memakai kasut luncur pertamanya di Zayed Sports City di Abu Dhabi di mana dia menemui pelatihnya, Noemi Bedo.
“Peluncur harapan selalunya bermula pada usia 3 atau 4 tahun,” jelas Bedo, seorang warga Romania.
Piala Eropah di Canazei tidak mempunyai taraf seperti acara ISU Grand Prix dan Zahra tidak bertanding pada kejohanan remaja dunia pada bulan Februari lepas, walaubagaimanapun Zahra berjaya menduduki tempat dalam 15 teratas.

Friday, 13 April 2012

KAKITANGAN HOSPITAL CAMPAK LELAKI KE TEMPAT BUANG SAMPAH

Lelaki Dicampak ke Tempat Buang Sampah Oleh Kakitangan Hospital
China – Seorang lelaki yang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan telah dibuang ke tempat pembuangan sampah oleh kakitangan di sebuah hospital hanya kerana dia tidak dapat mengingati identiti dirinya.
Kejadian itu berlaku setahun lalu, namun kesannya masih menghantui Xie Tongjung.
Menurut isterinya, lelaki berkenaan akan bangun di tengah malam dan menjerit.
Ketika kejadian, Xie, seorang guru sekolah ditemui di tengah padang selepas tercampak daripada motosikalnya dalam satu kemalangan.
Dia mengalami kecederaan parah dengan serpihan motosikal tertusuk di beberapa bahagian badannya.
Dia yang hilang selama tiga hari selepas kejadian itu, berjaya ditemui oleh penduduk tempatan, Deng Shunzhong yang kemudiannya menghubungi ambulans dan dibawa ke Hospital Perubatan China Cina.
Namun setibanya di hospital, Xie yang gagal menyatakan pengenalan dirinya telah dibuang ke tempat pembuangan sampah, beberapa hari kemudian.
Dalam masa sama, Deng berjaya menghubungi keluarga Xie dan apabila mereka ke hospital, saksi memaklumkan mengenai keadaan Xie.
Ketika ditemui di tempat pembuangan sampah itu, mukanya penuh dengan sampah dan baunya amat busuk.
Menurut saksi, ketika dimasukkan ke hospital, Xie keliru dengan keadaan dirinya dan dicampak keluar empat hari kemudian selepas hospital yakin tidak ada pihak yang akan datang menuntutnya.
Berikutan kes berkenaan, siasatan telah dijalankan kerajaan dan kakitangan yang terlibat membuang Xie ke tempat pembuangan sampah, telah dipecat.