Wednesday, 11 January 2012

APA ITU KOMA-KOMA...???


DALAM masakan Itali, Iran dan Afghanistan, penggunaan safron atau koma-koma menjadi bahan terpenting yang bukan saja digunakan dalam minuman panas atau sejuk sebaliknya dicampurkan ke dalam masakan kurma daging atau ayam, juga sebagai pewarna ke dalam nasi beriani dan nasi bukhara.

Malah bahan yang dianggap herba termahal di dunia ini boleh menjadi pelengkap manisan apabila dituang ke atas buah-buahan, kek atau puding bagi menambah pewarna aslinya. 

Menurut Chef Shahriar Azarakhshi dari Hotel Prince & Residence Kuala Lumpur, koma-koma adalah sejenis stigma daripada bunga Crocos sativus yang tumbuh di Timur Tengah serta mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan manusia.

“Sekuntum bunga koma-koma hanya mengeluarkan tiga stigma merah dan proses pengutipan, pengasingan hinggalah kepada pembungkusan semuanya menggunakan tangan.


“Untuk mendapatkan satu kilogram koma-koma kering, ia memerlukan lebih daripada 150,000 kuntum bunga sebab itu ia antara herba yang paling mahal di dunia,” katanya.

Namun bagi mendapatkan rasa yang enak serta warna yang menawan, koma-koma hanya perlu digunakan sedikit saja dalam makanan. Ini kerana sekiranya berlebihan, ia akan menyebab�kan rasa menjadi kurang serasi manakala warna menjadi terlalu merah.

Menurut Chef Shahriar, koma-koma yang digunakan terlalu banyak boleh berfungsi seperti dadah serta menyebabkan pening dan loya. Sebab itu ia hanya digunakan sedikit saja disebab�kan keberkesanannya dalam memberi rasa dan warna.

“Dalam masakan ikan kebab, koma-koma digunakan sedikit bagi memberikan warna kekuning-kuningan pada isi ikan serta bau yang harum dan enak.

“Selain kerapu, ikan tenggiri juga enak dimasak kerana isinya yang lembut dan berlemak. Namun elakkan membakar terlalu lama kerana ia akan menghilangkan kemanisan rasa ikan serta khasiatnya,” katanya.

Tambahnya, koma-koma yang sudah digunakan boleh dikeringkan semula. Ini kerana cebisan daripada bunga Crocos sativus itu masih berfungsi mengeluarkan warna dan perisa biarpun sudah beberapa kali digunakan.



No comments:

Post a Comment