Sunday, 8 January 2012

RENDANG DENDENG 7 KETURUNAN

Assalamualaikum... salam sejahtera,

Baru-baru ini penulis telah memenangi pertandingan memasak, Masakan Warisan Bonda berasaskan daging sempena Pesta Laut Lumut/Pangkor 2011 yang berlangsung di Lumut kira-kira sebulan yang lalu.

Menyertai pertandingan itu kerana dipelawa oleh seorang teman. Pada mulanya penulis enggan kerana tiada sebarang persediaan, memandangkan hari pertandingan hanya tinggal 2 hari saja lagi. Namun begitu, dengan meneliti dan memahami segala syarat dan konsep yang diperlukan, penulis memberanikan diri untuk menyertainya. Niat di hati ikhlas, tidak mahu menghampakan kawan dan sekadar menimba pengalaman.

Hadir ke tempat pertandingan di kala semua peserta sudah bersiap sedia untuk memulakan masakan pada bila-bila masa sahaja (maknanya peserta paling lewat sampai le tu)..... tanpa pernah meletakkan walau 0.1% pun untuk menang, hatta di tempat ketiga sekalipun. Te....ta..pppiiiii, siapa sangka, juri pertandingan tidak pandang sebelah mata rupanya pada masakan penulis. ALHAMDULILLAH.... JOHAN!!! 

Berikut penulis kongsikan resepi tersebut :

BAHAN-BAHAN :

1KG DAGING (DIREBUS EMPUK DAN DIHIRIS NIPIS)
50 GM CILI KERING (DIRENDAM DAN DIKISAR HALUS)
1 CAWAN MINYAK MASAK
20 GM BAWANG MERAH (DIKISAR HALUS)
4 LABU BAWANG MERAH BESAR (DIHIRIS HALUS)
60 GM BAWANG PUTIH (DIHIRIS HALUS)
15 GM HALIA (DIHIRIS HALUS MEMANJANG)
GARAM, GULA, AIR ASAM JAWA SECUKUP RASA
SECAWAN KICAP MANIS

CARA MEMBUAT:

PERAP SEBENTAR DAGING YANG TELAH DI REBUS DAN DIPOTONG ITU BERSAMA KICAP MANIS DAN TAMBAHKAN SEDIKIT GULA.
GORENG DAGING DENGAN MINYAK SEHINGGA SEPARUH MASAK.
ANGKAT. TOSKAN MINYAKNYA.
TUMBUK DAGING DENGAN MENGGUNAKAN LESUNG BATU, 
SEHINGGA NIPIS DAN SEDIKIT PECAH-PECAH.
KETEPIKAN.
TUMISKAN BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS HALUS SEHINGGA NAIK BAU DAN GARING.
KETEPIKAN.
TUMISKAN BAWANG KISAR SEHINGGA NAIK BAU, MASUKKAN CILI KISAR.
TUMIS LAGI SEHINGGA NAIK MINYAK.
MASUKKAN BAKI KICAP MANIS TADI, TUMIS LAGI. MASUKKAN GARAM GULA DAN AIR ASAM JAWA.
MASUKKAN DAGING YANG TELAH DITUMBUK DAN BAHAN-BAHAN YANG TELAH DIGORENG TADI. MASAK DI ATAS API YANG SEDERHANA. KACAU SELALU.
BILA KUAHNYA TELAH KERING. ANGKAT, HIASKAN DAN HIDANG..

SELAMAT MENCUBA  






No comments:

Post a Comment