HANOI – Polis Vietnam berjaya menumpaskan rangkaian sindiket seks
kelas atasan dan menahan empat orang, termasuk bekas ratu cantik kerana
menawarkan model, penyanyi dan aktres kepada pelanggan kaya, lapor media
kerajaan, semalam.
Polis mematahkan rangkaian sindiket itu selepas menyerbu sebuah
hotel di selatan bandar raya Ho Chi Minh hujung minggu lalu dan menahan dua
wanita yang mengakui bekerja untuk rangkaian sindiket itu bersama dua
pelanggan, lapor akhbar Thanh Nien.
Wanita terbabit memberitahu polis mereka bekerja untuk ratu cantik
Vo Thi My Xuan, 29, dan mampu memperoleh hingga AS$4,000 (RM12,707) untuk
setiap perkhidmatan, lapor kenyataan itu sambil menambah rangkaian sindiket itu
membabitkan 20 model, penyanyi, aktres dan pelajar.
Vo Thi My yang memenangi pertandingan ratu cantik di selatan delta Mekong pada
2009 dipercayai menjadi seorang daripada dalang utama di sebalik rangkaian
sindiket seks itu.
Sesetengah wanita itu dibayar hingga AS$8000 (RM25,414) sehari untuk
dihantar ke luar negara bagi melayan pelanggan kaya. Vo Thi My dan tiga lagi
suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut, manakala wanita yang ditahan di
hotel itu sudah dibebaskan. – AFP
No comments:
Post a Comment