Buah mahkota dewa banyak khasiatnya. Ia agak mudah hidup. Pokoknya
sederhana besar boleh ditanam dalam pasu. Tingginya sekitar 3meter dan
boleh dikurangkan dengan cara cantasan.Bahagian buah yg diguna untuk
ubat ialah bahgian antara biji dan kulit (isi). Buah yang terlalu tua
berwarna merah dan isinya berserabut. Pada ketika ini keadaan buah tak
elok untuk diguna,adakalanya berulat.Ia susah untuk dihiris dan tak akan
kering sempurna bila dijemur. Seeloknya untuk ubat ambil yg sederhana
matang iaitu yg berwarna hijau kemerahan.
Biasanya untuk tahan lama dan senang digunakan buah mahkota dewa yg sudah matang di petik, dicuci dan dihiris nipis kemudian dikeringkan dibawah panas mentari. Buah kering ini boleh disimpan lama bergantung kepada kekeringannya. Jika tak cukup kering hirisan tersebut akan berkulat. jika berkulat ianya berbahaya pula kepada kesihatan. Cara guna hanyalah dengan merendam beberapa hirisan kering dengan air panas ke dalam secawan air. Biarkan beberapa minit sebelum diminum. Tak perlu campur gula.Amalkan minum pagi dan petang atau pada bila2 masa.
Khasiat buah mahkota dewa ini banyak sangat bolehlah tanya dengan pakcik google. Cuma hati2 jika kita ada penyakit berbahaya eloklah tanya doktor dahulu. Air rebusan atau rendaman mahkota dewa ini sebenarnya menyegarkan badan dan jika diamal selalu akan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.Ada beberapa website yang memberikan petua minum air rebusan buah mahkota dewa yang dicampur dengan herba lain, pengguna perlu hati2 kerana sebarang campuran herba yg tidak diluluskan kementerian kesihatan mungkin akan membahayakan kesihatan. Jadi ada baiknya buah mahkota dewa diguna tanpa campuran lain.
Tanamlah pokok mahkota dewa kerana buahnya jika dibeli agak mahal juga. Pokok besar setinggi 2kaki biasanya dijual dgn harga RM30-RM40. Pokok mahkota dewa ditaman dari biji buahnya.

No comments:
Post a Comment