Thursday, 15 November 2012

GUNUNG LEDANG : MITOS SEORANG PUTERI

 

Rahsia Gunung Ledang

Melihat Gunung Ledang dari sudut geografi, ia terletak di kawasan Sagil, dalam daerah Tangkak yang bersempadanan dengan daerah Jasin di Melaka. Ia juga di katakan mengambil masa kurang dari 40 minit dari Segamat. Gunung setinggi 4,187 kaki (dari aras laut) silamnya dipanggil “Mount Ophir” oleh orang-orang Portugis.( sumber sejarah Melaka di Perpustakaan Lisbon, Portugal) yang
menguasai negeri Melaka pada tahun 1511.
 
Di kawasan gunung ini juga pernah diceritakan wujudnya emas dan pernah ditemui di suatu kawasan gunung yang dinamakan Gunung Gemih. Cerita orang dahulu,, ketika Gunung Ledang masih baru didaki orang dan belum mendapat jalan mendaki seperti sekarang. Sesiapa yang sedang mendakinya akan merasakan sesuatu yang luar biasa seolah-olah sedang berada di suatu tempat yang sangat indah. Maknanya semangat Puteri Gunung Ledang masih wujud di Gunung Ledang. 

ANTARA MAKLUMAT PENTING BERKAITAN SEJARAH GUNUNG LEDANG YANG BELUM DIKETAHUI UMUM IALAH:

Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.
Adalah dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.

Maklumat daripada Sejarah China pula, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.

Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.
Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas.

Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai “GUMMAY” yang bermaksud sebuah pusat perusahan emas.

Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Ada sesuatu yang istimewa di Gunung Ledang yang penuh dengan legenda ini, iaitu terdapat 3 puncak yang salah satunya dinamakan sebagai Puncak Mahligai, dipercayai puncak tempat Puteri Gunung Ledang bersemayam dan bermain-main dengan dayangnya. 

Penemuan taman yang penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi oleh Alfred Wakauce, seorang sejarahwan British pada tahun 1854, tidak boleh dianggap sebagai biasa.(pada tahun 1988 lusuh bersama Kelab Kembara Muar telah membuat xpdc mencari taman ini tetapi gagal...dan mengalami berbagai-bagi peristiwa ghaib yang sukar dijelaskan).

Mungkinkah di tempat itu tempatnya Hang Nadim bertemu Puteri Gunung Ledang untuk menyampaikan hajat hati Sultan Melaka hendak meminang puteri yang cantik dan jelita itu? Ataukah di situ tempat Puteri Gunung Ledang menyamar sebagai perempuan tua yang menguji kesabaran utusan Sultan Melaka ini, hanya Allah swt saja yang Maha Mengetahui..

No comments:

Post a Comment