Tuesday, 25 December 2012

'LISA CARINO' DICEMUH KERANA SEKS !


KUALA LUMPUR : Seorang wanita terpaksa berdepan cemuhan rakan dan keluarga apabila mukanya digunakan di sebuah laman sosial yang mempromosikan khidmat seks.

Bukan itu saja, gambar mukanya itu turut diubah suai menggunakan teknik ‘super imposed’ bersama gambar tubuh badan yang mengghairahkan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 20, mengetahui mengenai laman sosial terbabit sejak Mei tahun lalu, namun tidak menyangka ia berlarutan.

“Saya diberitahu rakan mengenai laman sosial terbabit yang menggunakan gambar muka saya dan melaporkannya kepada pengurusan laman sosial itu.

AWAS, WANITA !!! ADA PIHAK CUBA IKLANKAN ANDA SEBAGAI PELACUR...!

Awas Wanita Anda Mungkin Diiklankan Sebagai Pelacur!


KUALA LUMPUR  : Sindiket pelacuran didapati memasukkan gambar wanita tidak berdosa dalam laman Facebook bagi menarik pelanggan, kata Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Beliau berkata sehingga kini pihaknya menerima lima laporan daripada mangsa terbabit.

Kes terbaru membabitkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks, sejak empat bulan lalu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Wanita berusia 20 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, gambarnya telah digunakan dalam dua akaun Facebook iaitu ‘JessySerikembangan’ dan ‘Lisa Carino’ kononnya beliau menawarkan khidmat seks dengan caj RM200 untuk sekali perkhidmatan dan RM500 untuk tempoh semalaman.

MARI BERAMAL - ANDA BERTUDUNG, TAPI ANDA TELANJANG.....!

Tajuk adalah pandangan peribadi penulis. Bukan ingin mengaibkan, sebaliknya mahu remaja dan wanita di luar sana mengambil sesuatu yang positif darinya.
Lihatlah beberapa gambar-gambar yang penulis dapat dari pelbagai sumber, sebagai contoh kepada tajuk di atas, seperti berikut :

Nilailah sendiri.....




Jilbab Seksi Vs Jilbab Menyejukkan Hati 

MARI BERAMAL - KELEBIHAN SURAH AL-MULK

 

Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki:

Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan.

Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk (surah al-Mulk ) , dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini ...adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi, pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur.

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku..

Surah Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Saturday, 22 December 2012

KEMALANGAN YANG INGIN SELALU DILIHAT LELAKI

Dalam insiden kemalangan yang biasa berlaku, lazimnya yang menjadi tumpuan adalah sama ada mangsa atau medium kemalangan itu, contohnya seperti kereta, motosikal, lori, bas dan lain-lain lagi.
Tapi agak pelik dengan kemalangan berikut. Wanita yang terlibat dengan kemalangan ini ternyata tidak cedera langsung, tetapi tetap menjadi tumpuan.....ramai lelaki.... Kenapa yeahhhh....?

 

BILA SEMALAM TAK JADI KIAMAT.....





 SEJUMLAH orang berhimpun di Stonehenge, England sempena ramalan hari kiamat.
SYDNEY - Bumi yang diramalkan kiamat berdasarkan ramalan sebahagian peminat fanatik kalendar kaum Maya di Amerika Tengah didapati tidak berlaku semalam.
Akaun Facebook agensi yang mempromosikan pelancongan di Australia, Tourism Australia dihujani dengan pertanyaan sama ada penduduk di negara itu terselamat pada 21 Disember.
Australia merupakan antara negara pertama di dunia yang menerima cahaya matahari pada hari yang diramalkan kiamat itu.
"Ya, kami masih hidup," kata agensi tersebut di laman berkenaan.

ANAK LELAKI JANDA LAWA MINTA IBU BERHENTI JADI GUNDIK PEGAWAI KERAJAAN !


SHAH ALAM : Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, kelmarin.

Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu.

Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta.

Menurut Ros, penyesalannya semakin mendalam selepas anak lelaki yang berusia 10 tahun mengetahui perhubungan terlarangnya itu dan menasihatkannya meninggalkan lelaki terbabit.

 
 
ADU…Ros menunjukkan salinan aduan yang dibuat di Jais, semalam.


“Tambahan pula, kini lelaki itu sudah meninggalkan saya dan menjalin hubungan dengan perempuan lain. Jadi, terbukti dia bukan mahu menjadikan saya isteri keduanya seperti dijanjikan.

(Harian Metro)

Friday, 21 December 2012

HANYA 2 ORANG SAHAJA YANG TAHU RESEPI RAHSIA KFC....

 

Hari ini.... siapa yang tidak tahu bila sebut pasal restoran KFC. Restoran itu seolah-olah menjadi restoran wajib yang mesti dikunjungi setiap bulan, setiap minggu, malah ada juga yg mengunjunginya setiap hari kerana menu ayam yang dihidangkan sangat MENJILAT JARI.... 

Tapi ramai tak tahu rahsia besar tentang hidangan KFC yang digemari ramai ni.. Rahsia besar KFC ini dikatakan hanya diketahui oleh 2 orang sahaja..

Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.

KHASIAT POKOK TASBIH

 

Tumbuhan daripada famili rumput ini mempunyai batang tegak yang mempunyai buah keras berupa manik dan berlubang di tengahnya. Kanak-kanak kampung menjadikan tasbih daripada buahnya yang dicucuk pada tali. Satu kepercayaan masyarakat Melayu yang mengatakan kucing yang dipakaikan dengan rantai buah tasbih menjadi kurus dan tidak sihat. Namun, sejauh manakah kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Tumbuhan berumpun ini mencapai ketinggian 3 meter. Buahnya berkilau seperti porselin, tebal dan keras. Ia berwarna hijau muda semasa muda dan berubah menjadi kuning langsat bila masak. Ia menjadi hitam apabila tua. Daunnya berbentuk seperti daun jagung tetapi lebih pendek dan berKetak-ketak. Upih daunnya rapat memenuhi batang. Tumbuhan ini hidup subur di kawasan yang mendapat cahaya matahari yang cukup. Jelai membiak melalui pecahan rumpun, sama seperti kebanyakan tumbuhan lain daripada famili rumput.

Kegunaan Atau Khasiat Pokok Tasbih

Di kampung-kampung, herba ini digunakan bagi mengubati sakit kepala dan migrin.
- Caranya, keseluruhan pokok dibersihkan sebelum dicincang dan direndam dalam air panas. Pesakit dimandikan dengan air rendaman ini selepas suam.

- Akarnya mampu mengubati demam kuning dengan cara merebus 15 gram akarnyasehingga air rebusan tinggal setengah. Kemudian, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari. Di samping itu, pesakit perlu minum banyak air masak semasa mengamalkan tonik ini.

- Bagi merawat batu karang pula, 5 gram daunnya dijadikan teh dan diminum serta diamalkan hingga masalah batu karang hilang. Tambahkan daun hingga 10 gram bagimengubati jangkitan pundi kencing dan kencing kotor.

- Bagi merawat reumatoid pula, 30 gram buah yang tua direbus hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya semasa sakit. Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk. Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit . Ia juga menjadi penawar appendiks dan cirit-birit.

- Dalam perubatan tradisional Cina, jelai adalah tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk dan berfungsi merehatkan otot, antitumor, penahan sakit, menurunkan kandungan gula dalam darah dan merawat demam. Ia juga dijadikan ubat bagi merawat cacing. Selain itu, masyarakat Cina juga menggunakan isi bijinya dalam masakan sama seperti penggunaan barli iaitu dijadikan bubur dan sup.
Penggunaan herba ini perlu dielakkan semasa hamil.

# Memang banyak khasiatnya, tapi masih ramai yang tidak tahu akan khasiatnya, selain dijadikan ubat buah pokok ni juga boleh dijadikan tasbih.. Sesuai namanya digelar pokok tasbih.....

Thursday, 20 December 2012

KEMALANGAN YANG PELIK TAPI BENAR...

Melihat daripada gambar-gambar kemalangan di bawah ini, rasanya agak pelik juga bagaimana kemalangan itu boleh terjadi sampai sedemikian rupa. Ada yang lawak dan ada juga yang tak masuk akal. Tapi bila difikirkan semula, nampak logik juga.

Tidak sangka sampai begitu sekali kemalangan berkenaan boleh terjadi.  Ada di antaranya memang kecuaian manusia sendiri manakala ada diantaranya terjadi kerana kuasa alam.  Layankan gambar ini. Semoga kita menginsafinya.  Jika boleh, elakkanlah daripada ia terjadi. Berhati-hatilah dalam apa jua situasi yang kita lakukan.

 GAMBAR: Kemalangan Luar Biasa. Pelik Tapi Benar!

 

'DINI' DICERAI SUAMI DENGAN TALAK SATU

Chef Riz Lepaskan Ana Dahlia 

Peminat drama melayu bersiri 'CINTA ITU MILIKKU' tentu tidak menyukai watak antagonis wanita bernama DINI... jahat, tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri sendiri. Dalam siri minggu terakhir drama tersebut, Dini memohon cerai dari suaminya kerana bimbang rahsia kejahatannya terbongkar, tetapi suaminya, Rizuan enggan menceraikannya, tapi itu lakonan dalam drama.

Sebenarnya......

Teka-teki mengenai status pelakon Ana Dahlia dan Chef Riz terjawab apabila kedua-dua mereka bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor dekat sini pada 10 Disember lalu. 

Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, mengesahkan perkara itu secara ringkas ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada petang Rabu.

Wednesday, 19 December 2012

HUKUM MAKAN BELANGKAS DAN TELURNYA

Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
 
    Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
     
    Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa
tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
 
 
 

Monday, 17 December 2012

FOTO - KREATIVITI SENI STOKING......

Hong Yi, seorang artis Malaysia yang sangat kretif telah menghasilkan potret hanya dengan menggunakan  stoking. Mari lihat gambar-gambar berikut sehingga habis.........

 

Sunday, 16 December 2012

KHASIAT AIR KELAPA MUDA..


 
Kandungan Dan Khasiat Air Kelapa Muda Bagi Kesehatan -
 
Apakah anda termasuk orang yang menyukai buah – buah tropis ? mungkin buah kelapa salah satunya ? memang sejak dahulu kita mengetahui bahwa buah – buahan sangat bagus bagi tubuh kita. Dikarenakan kandungan vitamin, mineral dan serat dari buah itu sendiri. Termasuk juga dengan buah kelapa dan tentu anda juga tak kan heran jika buah kelapa mengandung banyak manfaat dan khasiat. Namun sebelum saya paparkan manfaatnya , mari kita bahas buah kelapa itu sendiri.

Kelapa (Cocos nucifera) termasuk jenis tanaman palma yang mempunyai buah berukuran cukup besar. Batang pohon kelapa umumnya berdiri tegak dan tidak bercabang, dan dapat mencapai 10 - 14 meter lebih. Daunnya berpelepah, panjangnya dapat mencapai 3 - 4 meter lebih dengan sirip-sirip lidi yang menopang tiap helaian. Buahnya terbungkus dengan serabut dan batok yang cukup kuat sehingga untuk memperoleh buah kelapa harus dikuliti terlebih dahulu. Kelapa yang sudah besar dan subur dapat menghasilkan 2 - 10 buah kelapa setiap tangkainya. ( Sumber : iptek.net.id ).

MUZIUM INTERNET

Kedengaran agak janggal bukan? Internet merupakan kuasa dunia terbaru yang kini menguasai sebahagian besar daripada kehidupan kita. Satu hari tanpa adanya kemudahan internet hidup seakan tak lengkap dan dull.

 Muzium ini di buka setiap hari 24/7, dari Isnin Ke Ahad 365 hari setahun. Muzium Internet ini menawarkan kemudahan mengakses maklumat dan informasi berkenaan semua perkara berkenaan dengan web, pengoperasian komputer, game, dan media sosial. Di persembahkan dengan paparan visual yang mudah dan ringkas kamu akan merasakan dunia web ini sebenarnya lebih di luar dari jangkaan kamu. Tapi hanya satu syarat jika mahu melawat Muzium Internet ini.  Hanya satu, INTERNET.....

muzium internet yang hanya boleh di lawat di internet

KHASIAT LIMAU NIPIS

Limau nipis sememangnya sudah terkenal dengan khasiatnya terhadap rawatan kecantikan kulit . Ia juga sering digunakan sebagai bahan asas untuk produk-produk kecantikan yang berada dipasaran. Antara khasiat limau nipis terhadap kecantikan kulit adalah…………
(1) Menyingkirkan sel kulit mati – Apabila anda menggosokkan kulit dengan menggunakan limau nipis, ia sebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.
(2) Mengurangkan kedutan – Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.
(3) Melembapkan kulit -Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering , cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.
(4) Menghilangkan masalah kelemumur – Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.
(5) Menyegarkan lagi kesihatan kuku – Sekiranya kuku anda direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.

RIANG RIA SEBELUM TRAJEDI....

Bulan Mei yang lalu, sebuah pesawat penumpang  Sukhoi Superjet 100 yang membuat penerbangan sulongnya telah terhempas di Gunung Salak, Wilayah Jawa Barat Indonesia dan 47 penumpang serta anak kapalnya terbunuh. Penulis tidak ada niat lain, hanya kerana pada tarikh kejadian penulis tidak sempat memaparkan berita tersebut, maka artikel ini sekadar mengimbas kembali trajedi tersebut.

Macam biasa, setiap pramugari bagi mana-mana syarikat penerbangan pun, pastinya akan menampilkan gadis-gadis cantik, maka begitulah juga dengan syarikat penerbangan Sky Air itu. Mereka sempat merakam foto sebelum take off dan selama dalam penerbangan. Pose mereka terlihat dalam gaya khas pramugari yang manis dan penuh senyuman. Berikut foto-foto pramugari yang tersebar di berbagai media internet.


Saturday, 15 December 2012

PROSES MEMBUAT MATA PALSU...

Kehilangan bola mata dapat mempengaruhi tidak hanya secara fisik tetapi secara psikologis. Meskipun mata buatan tidak mungkin dapat memulihkan penglihatan, tapi prosthetics modern begitu realistis sehingga membuat pasien tidak merasa malu untuk keluar rumah.

AKSI PERGADUHAN 2 WANITA INDON YANG BRUTAL

Inilah Aksi Gaduh Yang Menyebabkan Julia Perez Dipenjara 3 Bulan

Hendak menonton penulis bagitahu awal-awal, bahasa agak kasar dan aksi luarbiasa seksi. Jadi tontonlah atas pilihan sendiri.

Asal beberapa puluh saat pertama memang lakonan, tetapi selepas seminit berubah menjadi pergaduhan sebenar antara Julia Perez dan Dewi Perssik ketika pengambaran Arwah Goyang Kerawang pada November 2010.

Penulis pun tak tahu apalah yang berlaku…tapi rasanya ini mesti ada kaitan soal ego antara pelakon baru dan lama ni.

Jangan lupa tengok mamat pondan kat belakang tu panik dan menjerit betulinnnn….entah itu dalam skrip ke tidak tak pastilah….mungkin dia nak cakap diaorang gaduh betul-betul kot.

Betulinnnnn…..yang dua perempuan duk bergaduh tu jaun maskulin dari jantan sekor tu!
Aksi saat 30 …“lu jangan munafik”….laga buah dada pun tak kurang hebat jugak kan….



DATUK K TERLANTAR 10 HARI DI HOSPITAL....

 

Khamis lalu, Datuk K dilaporkan telah mengalami kemalangan ketika menunggang motorsikal kuasa tinggi di New Zealand & telah di’masukkan ke hospital.

Insiden itu memaksa isterinya Dato’ Siti Nurhaliza membatalkan persembahan di Indonesia untuk terbang ke New Zealand melawat suaminya disana & sudah pun selamat tiba.

Kosmo! pada hari ini menyebut yang Datuk K mungkin terpaksa terlantar di hospital untuk tempoh 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand — sebelum dibenarkan pulang.


Namun begitu, keputusan untuk membawa pulang Datuk K lebih awal bergantung kepada keadaan terkini ahli perniagaan itu & keputusan daripada ahli keluarga beliau sendiri.

“Alhamdulillah, keadaan Datuk K stabil tetapi dia mungkin ditahan hospital selama 10 hari sebelum dia dibenarkan pulang ke Malaysia,” kata sumber yang turut memaklumkan Datuk K mengalami patah bahu, tangan & kaki akibat insiden itu.

Kita doakan yang terbaik buat beliau.

AKSI MANUSIA BERSAMA PATUNG....

Dikhabarkan gambar-gambar berikut sedang laris di internet.  Ianya dibuat seolah-olah patung-patung tersebut hidup dan cuba menyerang manusia yang menghampirinya.


 
 Apa pandang-pandang, belasah kang....!!!!

Friday, 14 December 2012

THERE ARE MANY SECRETS BEHIND ONE PICTURE...

 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


 

Fuhhhhh....!

SEJADAH PAPAR SIMBOL SEKS...?

 

Subliminal message atau pesan bawah sedar merupakan signal atau pesan yang terdapat dalam media lain, yang dirancang untuk melewati di atas normal fikiran / presepsi manusia. 

Pesan itu sebenarnya tidak dapat disedari/ diketahui, namun dalam situasi tertentu dapat mempengaruhi fikiran, perilaku, tindakan, sikap, sistem kepercayaan dan sistemnilai secara positif mahupun negatif. Istilah bawah sadar berarti “ beneath a limen “ (ambang indrawi).
Subliminal berasal dari bahasa Latin, kata sub yang berarti di bawah, dan limen, yang bererti ambang (This is from the Latin words sub, meaning under, and limen, meaning theshold).
 

Tuesday, 11 December 2012

AKSI FILEM BUAT ORANG KETAWA PECAH PERUT

Inilah Aksi Pasang Rokok Paling Temberang Kat Dunia!

Inilah Aksi Pasang Rokok Paling Temberang Kat Dunia! 

Rasanya sebahagian besar kita kenal dengan pelakon Tamil yang paling popular di dunia, Rajinikanth (Rajni) atau nama sebenarnya  Shivaji Rao Gaikwad.

Rajni memulakan lakonan pada tahun 1975. Gaya dan style lakonan serta penyampaian dialog menjadikan Rajni satu nam ayang sangat besar dalam industri perfilemen India.

Pengaruhnya dikatakan melebihi pelakon-pelakon Hindustan termasuk Shahrukah Khan sendiri.
Satu pengenalan diri Rajni adalah gaya merokoknya.

Secara kebiasaan, beliau akan membaling rokok ke dalam mulut dengan gaya tertentu, tapi video klip di bawah sudah membawa gayanya itu ke tahap luar biasa tak masuk akal.

Monday, 10 December 2012

INILAH WARNA KEDAIFAN SEBUAH KEHIDUPAN...

Wanita Sarat Hamil, Suami Hidap Sawan Tumpang Surau Kerana Daif - Terbakor 

Dalam keadaan si isteri sarat mengandung dan hanya menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata pertama, sepasang suami isteri yang bagai hidup merempat tinggal menumpang di sebuah surau sejak dua bulan lalu, kini semakin tertekan memikirkan masa depan mereka. Kepada mereka yang punya sedikit simpati, bantulah mereka. Ini masa mereka, mana tau esok masa kita pula.

Menumpang tinggal di surau kerana daif

“Saya dijangka melahirkan anak pada 28 Disember ini, tapi tiada persiapan yang mampu saya dan suami buat kerana nak makan tiap-tiap hari pun kami pening,” kata Siti Nursyuhadah Syed Hasyim, 19, ketika ditemui, baru-baru ini.
Bakal ibu muda itu dan suaminya, Omar Bashri, 36, menjadikan Surau Al-Mujib berdekatan Perumahan Awam Sri Johor, Cheras, di sini, sebagai rumah mereka kerana kesempitan hidup di samping tidak mahu menyusahkan keluarga.
Setiap pagi selesai solat Subuh, Siti Nursyuhadah menanti Omar pulang membawa ulam-ulaman yang dikutip di kawasan sekitar untuk dijual di depan kedai runcit kenalannya, terletak dua kilometer dari surau tempat mereka tinggal.
Hanya itu pekerjaan yang mampu dilakukan Omar selepas dia diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan berikutan penyakit sawan kronik yang dihidapinya sejak berusia dua tahun.
 sumber : Metro Online

KESETIAAN BURUNG KAKAKTUA TERHADAP TUANNYA YANG MATI SYAHID...

Kisah-kisah pelik dan ajaib memang banyak ditemui di bumi yang diberkati Allah swt. Palestin terutamanya di wilayah Gaza tidak terkecuali. Dipetik daripada laman sosial milik Aman Palestin Mesir, mereka mendakwa burung peliharaan as-Syahid Ahmad Abu Kamil masih lagi setia hinggap di sisi darah bekas tuannya itu. Gambaran seperti ini menunjukkan bahawa terdapat karamah dan keajaiban yang dikurniakan Allah swt kepada hamba-Nya yang berjuang ikhlas fi sabililah.
Satu pertanda lain adalah mereka berjuang di jalan yang benar. AllahuAkbar!
537470_207789039356785_1747331315_n
Lihat petikan di bawah. Daripada Aman Palestin Mesir
Ini pula kisah tentang perkara ajaib yang berlaku di Gaza..
Seekor burung kakak tua kepunyaan As- Syahid Ahmad Abu Kamil ketika dia masih hidup, beliau telah syahid setelah serangan 8 hari Israel terhadap Gaza..
Setelah kesyahidan beliau,burung itu hinggap dengan setia diatas darah bekas As- Syahid Ahmad Abu Kamil. Difahamkan,burung ini telah di alihkan dan di buang ketempat yang lain beberapa kali,akan tetapi dia tetap pulang semula ke kawasan tersebut dan hinggap di atas bekas darah As -Syahid Ahmad Abu Kamil.
sumber

Sunday, 9 December 2012

ASAL KEJADIAN JIN

 
 
MUKADDIMAH 
 
Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.

Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.
 
Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.
 
Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”
 
Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.
 
Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.
 
Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam diri mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi mentera atau sihir untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.
 
Inilah antara rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh Allah. Kerja seperti ini merosakkan kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak imannya, manakala mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.

SOLAT SUNAT DHUHA

Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.
HUKUM SOLAT DHUHA
Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:
1. Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2. Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3. Tidak disunatkan.
4. Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.
Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuhatermasuk amal sunatmu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamselalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:
Ø£َÙˆْصَانِÙŠ Ø®َÙ„ِيلِÙŠ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ بِØ«َلاَØ«ٍ
صِÙŠَامِ Ø«َلاَØ«َØ©ِ Ø£َÙŠَّامٍ Ù…ِÙ†ْ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙ‡ْرٍ ÙˆَرَÙƒْعَتَÙŠْ الضُّØ­َÙ‰ ÙˆَØ£َÙ†ْ Ø£ُوتِرَ Ù‚َبْÙ„َ Ø£َÙ†ْ Ø£َÙ†َام.َ
Maksudnya:

CERITA SEORANG GURU...

 
 
Salam Ukhuwah,
 
Cerita ini adalah kisah benar dari pengalaman seorang guru yang tulus dalam mendidik anak bangsa..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannyatetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. 

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...