Thursday, 24 January 2013

NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA............

Sedang kita sibuk melakukan persiapan menyambut Maulidur Rasul, penulis terbaca satu artikel yang dikeluarkan oleh orang yang bijak pandai mengenai sambutan Maulidur Rasul yang dikatakan ‘tidak elok’ kerana merupai amalan Kristian.
Kiranya, Islam meraikan Nabi Muhammad SAW dan Kristian pula meriah meraikan ulang tahun kelahiran Nabi Isa AS yang dipercayai anak kepada Tuhan.
Jika betul kenyataan dan dakwaan itu, bagaimana hukum yang dijatuhkan kepada kita semua kerana kebiasaannya setiap tahun, Maulidur Rasul sememangnya diraikan dengan pelbagai cara termasuk berarak beramai-ramai keliling kampung sambil berselawat ke atas nabi dan berzanji.

Sepintas lalu, mungkin ada yang masih tertanya apa itu Maulidur Rasul?

Foto

AKU DI MANA-MANA - 2

AHAD - 20 JANUARI 2013

 


LUNAS DENDAM BUAYA

Foto
 ANGSA duduk di atas buaya yang membaham anaknya selepas ditangkap. KESAN tembakan di bahagian perut buaya (gambar kecil).
Bintulu: “Aku bayar dendam aku,” kata Angsa Indang, 45, sambil membelah perut Bujang Suai iaitu seekor buaya sepanjang 13 meter yang disyaki membaham anak bongsunya sebulan lalu ketika mandi di Sungai Suai, dekat sini.
Semalam, reptilia yang dikatakan membunuh Jerry Apat, 11, murid tahun lima Sekolah kebangsaan Kampung Iran itu berjaya ditangkap dua pawang buaya, Nyegang Nawing dan Agong Rayang dari Sungai Temiang, Bakong menggunakan umpan daging babi kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Thursday, 17 January 2013

PERLUKAN 40 HARI UNTUK KIRA WANG YANG DIKUMPUL 6 BULAN

 


Tiga pekerja Bank Zhengzhou di Henan China menghabiskan waktu berhari-hari menghitung jumlah wang seorang penyimpan bernama Cui. Pekerja itu harus bersabar menghitung tumpukan wang simpanan sambil mengenakan mask.

Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Rabu (16/1),lelaki tu menabung  dalam bentuk wang  kertas pecahan terkecil. Wang itu dia kumpulkan selama enam bulan.

Monday, 14 January 2013

AKU DI MANA-MANA - 1

Ahad 13 Januari 2013 :

Pagi di sini......

WANITA TERTUA DI DUNIA - MENINGGAL PADA USIA 115 TAHUN

Okubo 
OKUBO

 TOKYO - Koto Okubo dari Jepun diisytiharkan sebagai wanita tertua di dunia meninggal dunia semalam, pada usia 115 tahun.
Agensi berita Kyodo melaporkan, Okubo meninggal di Rumah Kejururawatan Kawasaki, Timur Jepun kelmarin dan punca kematiannya tidak didedahkan.

Okubo dilahirkan pada 24 Disember, 1897, hanya dua bulan selepas wanita tertua di dunia Dina Manfredini di Amerika Syarikat meninggal juga pada usia yang sama.

Berita kematian itu turut disahkan oleh Datuk Bandar Tokyo dan beliau merasakan pemergian Okubo sebagai kehilangan besar buat negara.

“Beliau menghabiskan masa bersama anak perempuannya yang juga tinggal di rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, ketika hayat mendiang, Okubo menjadi tarikan orang ramai untuk melawatnya selepas dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia. -AFP

SEBUAH NUKILAN CINTA YANG HILANG.....


Penghujung 2012 dan permulaan 2013 telah menggamit semula kenangan zaman persekolahan yang telah berpuluh tahun di tinggalkan. Ternyata kenangan yang sukar dilupakan adalah ketika melangkah ke alam remaja tatkala berada di sekolah menengah bersama rakan-rakan.... jika masa mampu diputar semua, bukan zaman kanak-kanak yang ingin diulangi tetapi suasana alam persekolahan yang ingin dilalui semula.

Di zaman itu bermula segalanya, terutama mengenai remaja yang tidak dapat dipisahkan dengan kata-kata keramat.....CINTA....

Walaupun sehingga kini masih diletakkan di dalam peribahasa sebagai CINTA MONYET tetapi itulah CINTA PERTAMA yang sukar dilupakan.

ANEH : RIBUT SALJI DI PADANG PASIR

Sesuatu yang aneh terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah—dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam ribut yang sangat dahsyat.

Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang di luar jangkaan.

Penduduk Tabuk dan juga orang-orang yang datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang terjadi itu. Jalan-jalan terutama menuju ke Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan bermotor.


Jalan-jalan yang mengarah ke daerah gurun pasir dan pengunungan di Tabuk dipenuhi kenderaan dari arah kota Haql dan Bada. Hujan turun di sejumlah kota di Saudi hari Rabu yang lalu. Tabuk letaknya sekitar 1500 km dari Riyad (Ibu negara Arab Saudi).

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga sudah pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.


 

MAYA KARIN BERMISAI ?!

Maya Karin sememangnya sinonim dengan filem-filem yang diarahkan oleh Osman Ali. Khabarnya Maya turut memegang watak utama dalam filem terbaru arahan pengarah itu yang diberi judul Sejoli.

Apa yang menarik, terdapat babak dalam filem tersebut yang memerlukan Maya bermisai, dan nampaknya Maya kelihatan kacak dengan misai seperti yang boleh anda lihat dalam gambar di bawah.

Thursday, 10 January 2013

RAMALAN HARI KIAMAT - PENIPUAN PALING BERJAYA 2012

bandar miniatur kesan hari kiamat yang gagal oleh daniele del nero 

Ramalan Hari Kiamat yang gagal #6. 

Kini sudah masuk pertengahan bulan Januari 2013 dan ramalan Hari Kiamat 21/12/2012 oleh Kaum Mayan boleh di sifatkan antara penipuan paling berjaya dalam dunia. 

Sunday, 6 January 2013

FAKTA SAINTIFIK KASUT TUMIT TINGGI

 

Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.

Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. 

Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul. ''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit. 

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis. ''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki. 

''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya. Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya. Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan. 

''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi. ''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.

LEGOLAND TUMPUAN PENJENAYAH HARTA BENDA ??

 Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff

JOHOR BAHRU – Polis menerima enam kes jenayah yang dilaporkan berlaku sepanjang pembukaan Taman Tema Legoland di Nusajaya sejak 15 September lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, enam kes yang direkodkan itu membabitkan kes jenayah harta benda seperti kes pecah cermin kereta.

“Turut dilaporkan dua kes non-indeks iaitu cubaan mencuri kenderaan yang membabitkan empat pengadu tempatan, tiga warganegara Singapura dan satu warga Amerika Syarikat.

“Hasil siasatan polis telah berjaya membuat satu tangkapan terhadap penjenayah yang melakukan kes jenayah cubaan mencuri kenderaan jenis Toyota Alphard yang ditempatkan di Zon 3, taman liburan keluarga itu," katanya.

Saturday, 5 January 2013

KUNING TELOR SAMA BAHAYA DENGAN MEROKOK...?

 
 
Telur sering disebut-sebut sebagai makanan yang sihat mungkin boleh mengakibatkan buruk terhadap kesihatan arteri. 

Putih telur diketahui bermanfaat bagi kesihatan kerana tinggi protein, tapi sayangnya kuning telur mengandungi kolesterol tinggi yang hampir sama bahayanya dengan nikotin rokok terhadap arteri.


Sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Western University di Kanada dan diterbitkan dalam jurnal Atherosclerosis menunjukkan bahawa diet kaya kuning telur boleh menyumbat arteri dan mengembangkan aterosklerosis.

Seperti dipetik dari onlymyhealth, Jumaat (7/9/12), aterosklerosis adalah suatu keadaan perubatan yang boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke, akibat pengumpulan plak di sepanjang dinding arteri.