Sunday, 6 January 2013

LEGOLAND TUMPUAN PENJENAYAH HARTA BENDA ??

 Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff

JOHOR BAHRU – Polis menerima enam kes jenayah yang dilaporkan berlaku sepanjang pembukaan Taman Tema Legoland di Nusajaya sejak 15 September lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, enam kes yang direkodkan itu membabitkan kes jenayah harta benda seperti kes pecah cermin kereta.

“Turut dilaporkan dua kes non-indeks iaitu cubaan mencuri kenderaan yang membabitkan empat pengadu tempatan, tiga warganegara Singapura dan satu warga Amerika Syarikat.

“Hasil siasatan polis telah berjaya membuat satu tangkapan terhadap penjenayah yang melakukan kes jenayah cubaan mencuri kenderaan jenis Toyota Alphard yang ditempatkan di Zon 3, taman liburan keluarga itu," katanya.


Sehingga kini katanya, sebanyak 1,037,907 pengunjung ke situ dengan anggaran 10,000 pelawat sehari khususnya ketika musim cuti persekolahan.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang lelaki dipercayai pengendali di sebalik kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi yang bertindak mengugut polis kerana menahan pemandu sebuah lori di Jalan Gelang Patah, Selasa lalu.

Mohd Mohktar berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 2.45 pada sehari selepas penahanan pemandu terbabit kerana membuat panggilan ugutan jenayah ke atas polis.

“Pada malam hari pertama 2013 jam 10.15 polis menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan, hasil pemeriksaan menemui minyak bersubsidi 1,300 liter dan beberapa alatan yang digunakan dipercayai bagi kegiatan penyeludupan.

“Ekoran itu penahanan suspek polis menerima panggilan pada jam 8.50 dari seorang lelaki yang memarahi lalu mengugut ke atas Ketua Polis Balai Anjung Nusajaya,” katanya.

Dia ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan penjara dua tahun.

“Kita beri amaran kepada mana-mana individu jangan menghalang atau mengugut polis yang menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan negara.

“Mereka ini akan dibawa ke muka pengadilan atas kesalahan yang dilakukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment