Monday, 18 March 2013

DETIK-DETIK BELON PANAS MELETUP DI UDARA



Imej rakaman amatur yang disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera menunjukkan detik-detik sebuah belon udara panas meletup yang menyebabkan 19 orang terbunuh termasuk pelancong asing di Luxor, 510 kilometer dari Kaherah.
Kejadian itu berlaku kurang dua minit semasa ia membawa 20 pelancong dari Perancis, Britain, Belgium, Jepun dan Hong Kong.
Belon itu meletup 300 meter dari lokasi pendaratan.

Hanya dua orang terselamat dalam kejadian tersebut iaitu seorang pelancong Britain dan pengendali belon berkenaan dari Mesir. Kedua-dua mereka yang melecur teruk dirawat di sebuah hospital.
Menurut siasatan awal, belon tersebut meletup semasa ia dalam proses untuk mendarat pada pukul 7 pagi waktu tempatan.
Bagaimanapun, terdapat kabel yang tersangkut di sekitar tiub helium menyebabkan berlaku kebakaran, menurut seorang penyiasat dengan pejabat pendakwa raya.
Seorang pengawai keselamatan berkata, kebakaran itu meletupkan tangki gas dan belon tersebut jatuh dari ketinggian 300 meter di sebuah ladang tebu dekat Kampung Al-Dhabaa di Luxor.
"Saya menyaksikan beberapa pelancong terbakar dan mereka melompat keluar dari belon," kata seorang petani, Hassan Abdel-Rasoul.
Menurutnya, salah seorang mangsa itu ialah wanita hamil. - Agensi

No comments:

Post a Comment