GAMBAR fail menunjukkan Karp (kanan) bersama Presiden Media Kabel Warner, Joan Gilman.- AP |
NEW YORK - Seorang pemuda berusia 26 tahun, David Karp bakal menjadi
bilionair apabila syarikat Yahoo! bersetuju untuk membeli laman
rangkaian sosial ciptaannya, Tumblr pada harga AS$1.1 bilion (RM3.31
bilion).
Karp yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tumblr dijangka mengekalkan
sebahagian besar kawalannya ke atas syarikatnya itu selepas penjualan
tersebut berlaku.
Pemuda yang berasal dari New York itu sebelum ini merupakan pelajar sekolah tinggi yang tercicir.
Karp mula mempelajari kod komputer semasa dia berumur 11 tahun.
Dia mencipta laman tersebut di sebuah unit apartmen kecil milik ibunya pada tahun 2007.
Sebelum ini, laman tersebut dianggarkan bernilai AS$800 juta (RM2.4 bilion).
Karp tinggal di sebuah apartmen yang sederhana bersama kekasihnya,
Rachel Eakley yang merupakan seorang lulusan universiti dan chef.
Dia kemudian berpindah ke sebuah apartmen mewah bernilai AS$1.6 juta (RM4.82 juta) di Williamsburg, Brooklyn.
Syarikat Yahoo! turut mendedahkan tentang urus niaga itu menerusi ketuanya, Marrisa Mayer semalam.
Pada minggu lalu, kedua-dua buah syarikat itu mengesahkan spekulasi
berhubung wujudnya perikatan melibatkan kedua-dua syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, Tumblr dibenarkan untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat yang bebas selepas penjualan tersebut.
"Tumblr merupakan rangkaian media yang berkembang dengan pesat di dunia.
"Ia memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pengguna Yahoo!," kata Mayer. - Agensi
No comments:
Post a Comment