Kuala Terengganu :
Gara-gara gurauan melampau rakan karibnya, seorang pelajar sebuah pondok
pengajian agama di Kuala Ibai di sini, terpaksa memakai pek membuang
najis pada perutnya buat sementara waktu selepas usus di bahagian
duburnya bocor akibat tertusuk batang penyapu yang sudah patah,
kelmarin.
Kejadian berlaku
kira-kira jam 5.30 petang ketika Mohamad Firdaus Zakaria, 14, bergayut
pada bingkai pintu asrama tanpa menyedari rakannya memegang batang
penyapu terbabit secara menegak di bawah tempat dia bergayut.
Menceritakan kejadian
terbabit, menurut Firdaus, sejurus melepaskan tangan pada bingkai pintu
berkenaan, dia terjatuh tepat atas batang penyapu itu dipegang rakannya
menyebabkan tertusuk ke dalam duburnya.
“Dalam keadaan menahan sakit, saya memegang batang penyapu itu yang masih berada pada punggung dan cuba mencabut.
“Saya terpaksa berusaha selama lima minit sebelum dapat mengeluarkan batang penyapu itu".“Dalam keadaan menahan sakit, saya memegang batang penyapu itu yang masih berada pada punggung dan cuba mencabut.
sumber : mymetro
No comments:
Post a Comment