Monday, 2 September 2013

PILIHAN DIET TERBAIK UNTUK PESAKIT DIABETES


Bagi anda yang mempunyai penyakit diabetes, tentu anda penat untuk mengawal pemakanan anda. Tidak boleh makan makanan yang manis, berkarbohidrat tinggi dan banyak lagi. 
Jadi pastinya anda akan keliru dan tidak tahu apa yang patut di makan untuk mengawal diabetes. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa jenis makanan sihat dan bagaimana anda boleh menvariasikan resepi anda tanpa perlu risau tentang penyakit yang dihidapi. 

Oat 
Jadikan ia sebagai sarapan pagi kegemaran anda kerana ia kaya dengan serat beta-glucan yang membantu anda mengurangkan kolestrol dalam badan dan mengawal glukosa dalam darah. Oat bukan sahaja boleh dimakan ketika sarapan malah pada waktu makan tengah hari atau malam juga. Caranya, jika anda ingin memasak bebola daging, campurkan ia bersama. Fungsi oat yang seperti span akan menyerap kandungan lemak. 

Barli 
Barli yang juga kaya dengan serat beta-glucan ia mampu memberikan kesan positif pada glukosa darah anda berbanding oat. 

Ikan salmon 
Salmon sangat kaya dengan lemak yang berfungsi untuk melindungi jantung iaitu Omega 3. Omega 3 membantu melindungi daripada penyakit diabetes, jantung dan pembentukan darah beku. Jika anda tidak menyukai ikan salmon, anda boleh menukarkan kepada ikan sardin. 

Kacang tanah dan mentega kacang 
Snek yang sesuai untuk anda yang menghidap penyakit diabetes. Jangan risau, mentega kacang tidak menggemukkan. Satu penyelidikan membuktikan kacang dan mentega kacang mempunyai kaitan sihat dengan pengurangan diabetes tahap 2 dan penyakit jantung koronari. 

Ambil kira-kira satu auns kacang tanah (1/4 cawan) setiap hari. Jika anda inginkan karbohidrat tambahan, campurkan beberapa buahan kering dan emping jagung ke atas roti yang disapu dengan mentega kacang. Enaknya! 

Selamat Mencuba.


No comments:

Post a Comment