Tuesday, 25 March 2014

KEJELITAAN PEGUAM NEGARA CRIMEA IDAMAN PRESIDEN RUSSIA ?


Ketika ini dunia antarabangsa melihat perkembangan Crimea setiap masa, tetapi ada lebih menarik menjadi perhatian dunia. Pekara itu adalah, seorang perempuan muda dan cantik Natalia Poklonskaya yang di lantik sebagai Peguam Negara Crimea yang baru.



Wanita cantik berambut perang ini telah dilantik minggu lalu, namun baru diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah sidang akhbar pada Rabu (19/3/2014). Wajah ayu Natalia tersebar ke seluruh dunia setelah berakhir di sidang akhbar tersebut. Bahkan beberapa media antarabangsa meminta wawancara eksklusif dengannya.

Terpilihnya perempuan ini menjadi pendakwa agung Crimea juga menjadi salah satu topik popular di dunia maya. "Sekurang-kurangnya kini kita tahu kenapa Putin begitu menginginkan Crimea," kata seorang pengguna internet.



Kecantikan Wanita berusia 33 tahun itu, menyebabkan banyak seniman yang membuat gambar kartun manga peguam negara baru tersebut. Seorang artis amatur bahkan melukis gambar kartun Natalia semasa perjumpaan sidang akhbar tersebbut, lengkap dengan seragam rasmi pendakwaraya yang dikenakannya. 

"Jika digunakan dengan betul, kecantikan memang senjata yang mematikan," tulis pelukis itu di atas lukisan hasil karyanya. 

Menurut laman web Wikipedia, Natalia Poklonkskaya merupakan alumni Universiti Dalam Negeri di Yalta, Crimea. Selepas menamatkan pengajian, Natalia bekerja sebagai pendakwaya kes-kes alam sekitar. 

Natalia dipilih  PM Crimea Sergei Aksyonov selepas empat orang lelaki menolak jawatan itu. Natalia sejak awal dikenali loyal kepada Crimea dan kerajaan lama Ukraine. Dia bahkan menilai pergantian pemerintahan di Kiev adalah sebuah rampasan kuasa anti-perlembagaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...