Saturday, 29 March 2014

WAJAH CANTIK WANITA BERHATI BINATANG !

Li Jinbang dan kucing malang yang sudah dia bunuh

Wajah comel seorang perempuan Cina ternyata tidak setanding dengan perilakunya. Perempuan itu mendapat banyak kecaman selepas dia menghantar foto-fotonya ketika membuat sup dari daging kucing.

Li Jinbang, menyebar gambar-gambar dirinya ketika membunuh seekor kucing peliharaan temannya dengan cara menguliti dan memutilasi kucing tersebut dimasak sebelum untuk dibuat sup. Foto-foto itu kemudian disebar ke laman jejaring sosial di China, Weibo.

 Kucing malang ini sempat diambil gambar sebelum disempurnakan di periuk masak

Perbuatan Jinbang membuat para pengguna Weibo sangat geram. Banyak komen pedas yang ditujukan kepada Jinbang.

Awalnya, wanita berambut pendek ini hanya menulis kata-kata "Hei lihat, saya berjaya menangkap kucing dan memakannya" pada foto yang dia posting. 

Namun, beberapa saat kemudian Jinbang menjelaskan bagaimana dia telah merebus haiwan malang itu sebelum menguliti bulu-bulu dan memotong-motongnya.

Selepas menerima banyak komen pedas dari para pengguna Weibo, Jinbang cuba membela diri dengan mengatakan bahawa kucing tersebut telah terluka parah sebelumnya kerana kemalangan kereta dan dia hanya ingin mengeluarkannya dari penderitaan. 


"Ini adalah pembunuhan yang sempurna. Saya membunuh kucing dan memakannya tanpa melakukan sesuatu yang illegal, "ujar Jinbang.

Seperti diketahui, wilayah Guangdong, China, memang terkenal dengan tabiat memakan makanan yang eksotik, termasuk hidangan dari haiwan yang tidak biasa. Sekitar empat juta kucing dimakan di negara ini setiap tahun. (Daily Mail, Weibo) 

No comments:

Post a Comment