Saturday, 6 December 2014

BUAH TIDAK BERTANGKAI MELEKAT PADA POKOK


Kanak-kanak selalu main teka-teki, apakah buah tidak bertangkai ?  Mungkin kini jawapan 'buah melaka' sudah tidak sesuai lagi. 



Pokok ini dikenali sebagai Jabuticaba .  Tumbuh di Amerika Selatan berhampiran Bandar Sao Paolo, di daerah Brazil Selatan.


Pokok ini mempunyai buah berwarna hijau ketika muda dan bertukar hitam menyerupai anggur apabila telah matang dan sesuai untuk di makan. Uniknya, buahnya tidak bertangkai tapi terus muncul dari kulit batang pokok. Sehingga kebanyakan orang mungkin akan berkata bukan buah tapi cendawan-cendawan yang melekat di pokok. Padahal itu adalah buah Jabuticaba.



Buah dari 
pokok ini sejenis buah beri dan rasanya cukup sedap. Selain dimakan, buahnya juga boleh digunakan untuk membuat minuman wine. Jabuticaba wines merupakan minuman yang popular di daerah tersebut.


Di alam fauna, pokok Jabuticaba berbuah dua kali setiap tahun. Selain berwarna hitam, sebahagian yang lain buahnya ada yang berwarna hijau.




Geli pulak nampaknya... seolah-olah kumbang atau pun telur-telur kutu !

No comments:

Post a Comment