Thursday, 24 September 2015

KHASIAT KUNYIT


Kunyit atau kunir merupakan salah satu rempah yang mudah ditemui di Indonesia. Sayang sekali kita bila tidak memanfaatkan akar tanaman yang berwarna kuning ini kerana pelbagai kajian telah menunjukkan manfaatnya bagi kesihatan tubuh.


Manfaat tersebut didapatkan dari kompaun bernama kurkumin yang mempunyai sifat anti peradangan, antioksidan, antitumor, antivirus, dan antibakteria seperti yang diungkapkan dalam kajian Journal of American College of Nutrition.

Berikut beberapa resipi untuk pemulihan dan menjaga kesihatan daripada KUNYIT :

1. Jerawat

Salah satu fungsi kunyit adalah anti peradangan sehingga pas sebagai penyelesaian jerawat. Doktor sekaligus penulis What Doctors Eat, Tasneem Bhatia mengesyorkan campuran kunyit dengan air atau yogurt untuk mengurangkan bekas luka jerawat.

2. Alzheimer

Penyekit neurodegeneratif Alzheimer boleh dicegah, salah satunya dengan pengambilan kunyit. Kajian menunjukkan kurkumin pada kuntuo mampu membersihkan plak beta-amyloid yang berkaitan dengan penyakit ini.

3. Arthritis

Sebuah kajian dalam Inflammopharmacology menunjukkan orang yang menderita sakit lutut mendapat perbaikan dalam hal kesakitan, kekakuan, dan keterbatasan fungsi setelah rutin mengambil kunyit.

Bahkan, orang yang mengambil kunyit terdapat peningkatan lebih besar daripada yang mengambil makanan tambahan untuk sakit sendi.

4. Kembung

Menurut pengasas Amitabha Clinic & Healing Center, Isaac Eliaz, keradangan usus boleh menyebabkan kembung. Dan kunyit berfungsi untuk mengatasi itu semua. Serta meningkatkan peredaran darah dan detoksifikiasi sehingga pencernaan kembali berjalan normal.

5. Kanser

Mengambil ayam panggang memang lazat, namun di sisi lain sebabkan karsinogen. Namun jika menambah rempah yang mengandungi kunyit boleh mengurangkan terkena kanser hingga 50 peratus seperti yang diungkapkan Cancer Research Center of Hawaii.

6. Diabetes
Sebuah kajian dari Diabetes Care mendedahkan ketika seseorang mengambil kapsul curcumin sehari selama sembilan bulan membantu melindungi prediabetes berkembang menjadi diabetes jenis 2.

7. Sakit
Kunyit merupakan cara alami yang aman untuk membantu mengawal rasa sakit seperti diungkapkan Eliaz.

No comments:

Post a Comment