Tempe juga turut dijual di pasar milik orang Vietnam ini. Namun jangan tak percaya harga tempe di pasar ini dijual lebih mahal berbanding di Malaysia. Tempe dengan berat hanya 400 gram dijual dengan harga 1.79 Euro atau bersamaan dengan harga RM9.00. Harga tempe di Jerman juga sama dengan harga sekilo peha ayam yang dijual pada harga 1.99 Euro.
Ini adalah merupakan perbezaan yang ketara untuk harga tempe yang dijual di Jerman berbanding di Malaysia. Namun kalau sudah kempunan ingin menikmati tempe, harga tidak menjadi masalah.
Import merupakan salah satu faktor kenapa harga bahan makanan Asia lebih mahal di sini. Tetapi tempe di Jerman tidak diimport dari Malaysia. Jerman sudah menghasilkan sendiri tempe mereka dengan nama yang menggunakan nama yang sama. Tempe dihasilkan oleh perusahan tempatan di Jerman iaitu Natural Vegetarian Food.
Sumber dari Yuda.com
Sumber : Saja Kongsi
No comments:
Post a Comment