Wednesday, 4 November 2015

APAKAH BOLA BOWLING YANG SESUAI UNTUK ANDA ?



Bermain bowling dengan menggunakan bola yang betul akan membantu anda bermain dengan lebih konsisten dan meningkatkan jumlah jatuhan pin. Ia secara tidak langsung akan membuatkan anda lebih seronok bermain bowling bersama rakan-rakan dan mana tahu ada bakat terpendam yang boleh ditonjolkan bagi sukan ini. 

Untuk itu, dapatkan bola bowling sendiri buat anda yang sesuai dengan diri anda. Ia bukan tugas mudah dan pelaburannya yang bukanlah murah. Oleh itu baca panduan ini dengan baik atau dapatkan juga nasihat dari Pro Shops (Kedai Bowling) atau pakar-pakar di pusat bowling berdekatan dengan anda.

Suka saya jelaskan di sini bahawa pengeluar-pengeluar bola bowling terkemuka seperti Storm, Hammer, eBonit, Roto Grip dan Brunswick telah membuat pelaburan yang banyak dalam membangunkan rekabentuk bola bowling yang berprestasi tinggi dengan penekanan pada garisan seimbangan (well balanced lines) pada bola bowling serta keupayaan tindak balas bola (ball reaction capabilities). 

Di peringkat yang lebih 'advance', anda akan mendapati pemilihan bola yang sesuai dalam pertandingan akan memainkan peranan yang besar dalam kejayaan anda nanti. Namun, bagi peringkat permulaan, cukup kita lihat antara faktor-faktor asas yang hendaklah anda pertimbangan bila memilih bola bowling untuk kegunaan sendiri.

Biasanya kita akan melihat 3 perkara UTAMA iaitu:-

  1. Berat dan harga bola

  2. CoverStock

  3. Potensi Hook Bola
Namun ini boleh dipecahkan kepada faktor-faktor lain yang lebih banyak lagi mengikut turutan berikut:-

Harga Bola


Harga bola bowling bukanlah murah dan oleh itu pastikan bajet anda mencukupi bagi membeli bola bowling yang sesuai. Dapatkan bajet semakisma yang boleh agar anda tidak perlu lagi 'upgrade' di masa akan datang. Bola yang dalam lingkungan harga RM 500 hingga RM 700 adalah memadai dan amat sesuai. Jika kurang bajet, mungkin anda terpaksa menangguhkan pembelian bola atau menggunakan bola bowling yang rendah kualitinya.

Berat Bola


Jangan terlalu ghairah untuk membeli bola yang berat atau terlalu ringan. Cari berat yang ideal untuk tangan anda yang anda rasa selesa. Untuk teknik 'hook', anda perlukan lebih dari satu bola bowling dan bola hendaklah semaksima berat yang anda boleh hayun dengan selesa. Berat bola yang biasanya digunakan oleh pemain bowling dewasa bagi teknik 'hook' adalah dalam lingkungan 14 hingga 16 pound. Bola lurus (straight ball) ialah 12 hingga 16 pound, manakala pemain-pemain 'spin' akan menggunakan bola yang ringan dalam lingkungan 10.5 hingga 12.5 pound.

Coverstock


Ini merujuk kepada bahan yang digunakan pada permukaan bola bowling anda. Ada empat jenis yang biasa digunakan iaitu:

  • Polyester (selalu dipanggil bola plastik dan digunakan sebagai 'house ball' di pusat-pusat bowling). Ia biasanya akan meluncur laju di atas lane dan selalunya digunakan oleh pemain-pemain yang membaling bola lurus (straight ball) dan juga 'spinner'. Ia lebih murah berbanding dengan bola-bola yang lain.

  • Urethane dan Reactive Resin - Sekiranya anda mahu membaling secara 'hook' atau menggunakan beberapa 'board' sebelum bola tiba ke pin bowling, maka anda perlukan bola yang boleh mengenggam (grip) lane sebaik mungkin akan ia tidak terkeluar dari landasan.

  • Particle - Punyai kesan yang sama dengan Urethane dan Reactive Resin akan tetapi lebih sesuai pada lane yang amat berminyak kerana keupayaannya kekal konsistent memotong minyak di lane dan kekal dalam landasan.
Pemain-pemain pro biasanya punyai lebih dari satu bola dan akan memilih bola yang sesuai mengikut lane pertandingan. Untuk anda, gunakan bola yang sesuai di pusat bowling yang anda selalu bermain.

Potensi Hook Bola


Pemain-pemain 'hook' perlu juga melihat pada 'Potensi Hook Bola'. Bola-bola zaman ini direka dengan potensi hook mengikut selera anda dan anda boleh pilih cara hook yang mana anda mahu. Baby hook lebih mudah di kawal kerana ia hampir lurus, manakala hook yang besar sebagaimana yang digunakan oleh Zulmazran Zulkfiliperlukan latihan dan kawalan yang sesuai serta bola dengan potensi hook yang tinggi. Untuk itu, anda boleh lihat pada  flare potential rating dan RG rating (radius of gyration) pada bola bowling tersebut. Untuk hook yang besar dan memakan banyak board, gunakan bola bowling yang punyai 6" inch flare potential rating atau lebih tinggi lagi.

Grip dan Lubang Yang Sesuai


Dapatkan bantuan Pro Shop untuk buatkan lubang yang sesuai dengan tangan anda dan cara lontaran anda. Pemain tangan kiri dan kanan punyai lubang yang berbeza. Begitu juga pemain-pemain hook, spin dan bola lurus. Pemain hook biasanya akan meminta bola di drill agak lebar dan menghasilkan 'finger tip release', manakala spinner dan staright bowlers akan menggunakan lubang yang lebih rapat.

Diharap artikel ini dapat membantu anda memilih bola bowling yang sesuai dan bermain dengan lebih baik lagi. Selamat maju jaya. Enjoy the game and high score!

SUMBER - Brader Sports 

No comments:

Post a Comment