Monday, 1 February 2016

MISTERI MASJID JIN


Pernah dengar tak sebuah masjid di Sabak Bernam dikenali sebagai Masjid Jin. Masjid itu mendapat gelaran tersebut dari penduduk setempat kerana dipercayai mempunyai pelbagai kisah misterti sejak dibuka pada 1905.


Beralih tempat, terdengar suara berzikir, bunyi tapak kaki berjalan dan seperti diperhatikan antara pengalaman dilalui jemaah masjid lama di Kampung Panchang Bedena, dekat sini.

Masjid Jin terletak lapan kilometer dari Pekan Sungai Besar.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Lama Panchang Bedena Shamsul Kamar Samad, 43, berkata, masjid yang usianya lebih 100 tahun itu sememangnya menampilkan keunikan tersendiri terutama dari segi seni bina.

“Pembuatan daripada kayu dan reka bentuk seperti rumah yang mempunyai serambi ini menyerlahkan lagi keistimewaannya.

“Disebabkan masjid ini unik dan memaparkan ciri tradisional, ia diletakkan oleh Kerajaan Selangor di bawah pemantauan Muzium Negeri sebagai Harta Warisan Negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...