Sedar tak sedar rupa-rupanya dah lebih 2 tahun ruangan ini terbiar bersawang. Yang dah lepas biarkanlah berlalu. Kita perlu teruskan kehidupan dan melangkah penuh yakin untuk mengharungi warna-warni kehidupan seterusnya.
Mulai hari ini, pelan-pelan saya akan memeriahkan kembali ruangan ini dengan cetusan pelbagai idea setiap hari.
Mungkin tidak seindah seperti yang lainnya. Garapan di sini bukan untuk bersaing dengan sesiapa. Bukan untuk mencari populariti apatah lagi publisiti. Anggaplah ia sekadar perkongsian garismasa sementara masih mampu untuk membenarkan jari jemari mengetuk jasad keyboard usang ini.
No comments:
Post a Comment