Thursday, 13 December 2018

KENTANG PUTAR LEMAK BERKRIM



KENTANG PUTAR LEMAK BERKRIM


Bahan-bahan :

(A)

10 biji ubi kentang (boleh kurangkan kuantiti)
1/2 cawan susu cair
secubit garam

(B)

1 labu bawang besar
2 labu bawang putih
2 kuib pati ayam
2 cawan air

(C)

1 1/2 camca besar tepung gandum
1 camca besar marjerin planta
1 camca besar lada hitam (kisar)

Cara :

1. Bersihkan ubi kentang, belah-belah dan rebus hingga empuk. Tambahkan secubit garam, kemudian dilecek (ditumbuk) sehingga lumat dan halus (tidak berketul). Tambahkan susu cair sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati. Ketepikan.

2. Bawang besar dan bawang putih dikisar halus dengan 2 cawan air. Kemudian didihkan dengan kiub pati ayam. Tapiskan. Ambil air tapisan sahaja. Ketepikan.

3. Panaskan marjerin hingga cair, masukkan sedikit demi sedikit (sehingga habis) tepung gandum sambil digaul rata agar tidak berketul-ketul. Masukkan pula air tapisan bawang tadi secara sedikit demi sedikit sambil dikacau rata agar kuah tidak berketul2. Jika mahu kuah lebih cair boleh ditambahkan air. Akhir sekali masukkan lada hitam yang telah dikisar halus ke dalam kuah dan biarkan mendidih.

4. Scoop ubi kentang yang telah dilecek tadi dan letakkan di dalam mangkuk kecil. Tuangkan kuah. Siap untuk di makan. 

SELAMAT MENCUBA. 

No comments:

Post a Comment