Monday, 12 March 2012

KETAGIH MINUM PETROL???

Budak Perempuan Ketagih Minum Petrol

NEW YORK – Sekiranya menghidu petrol tidak cukup bahaya, temuilah budak perempuan yang meminumnya.
Mengangkat bekas merah minyak itu di depan kamera, budak perempuan bernama Shannon menunjukkan demonstrasi ketagihannya meminum petrol untuk rancangan televisyen TLC My Strange Addiction.
“Ia mendebarkan pada mulanya dan kemudian ia membakar belakang tekak saya,” kata Shannon menjelaskan tabiatnya meminum bahan itu sehingga 12 sudu teh sehari.
“Walaupun ia menyakitkan, ia buat saya rasa selesa,” katanya sama ada menjilat penutup atau meminumnya terus daripada bekas itu yang dikatakan menjadi kegemarannya.
Ibunya berkata, dia pada mulanya tidak percaya ketika mendengar tabiat anaknya itu tetapi kemudian dia terhidu bau minyak itu pada nafas anak perempuannya.
“Saya ambil penutup dan saya hidu bau yang keluar dari bekas itu,” kata Shannon menunjukkan tabiatnya.
TLC menganggarkan Shannon telah mengambil lebih lima gelen petrol untuk tahun lalu saja.
“Meminum petrol boleh menyebabkan terbakar, muntah, cirit-birit dan jika diambil dalam jumlah besar menyebabkan pening atau kematian,” tulis Jabatan Kesihatan New York. Minyak petrol adalah bahan toksik.
Ketagihan Shannon menghirup petrol timbul beberapa hari selepas seorang lelaki di Carolina Utara mati selepas terminum cecair sama dalam sebiji balang tanpa sengaja.
Satelit Pantau Penghijrahan Gajah Pigmy Borneo

SANDAKAN— Seekor gajah pigmy Borneo betina yang dipasang kolar satelit baru-baru ini diharapkan boleh memberi petunjuk dalam usaha mengenal pasti koridor utama penghijrahan haiwan itu di kawasan hutan yang terpisah akibat pembangunan, termasuk pembinaan Jalan Sandakan-Lahad Datu.
Kolar yang dipasang pada haiwan setinggi 1.9 meter yang ditangkap di Hutan Simpan Segaliud Lokan itu, dijangka menghantar data tentang kemungkinan penghijrahan kumpulan gajah berkenaan hingga ke Hutan Simpan Pin Supu atau dari wilayah Hilir Kinabatangan ke Segaliud Lokan.
Ketua Pemuliharaan dan Penyelidikan Amanah Pemuliharaan Borneo (BCT), Raymond Alfred berkata, kumpulan antara 290 dan 310 gajah yang mendiami kawasan Kinabatangan itu kini terpisah daripada kumpulan utamanya di bahagian tengah Sabah, termasuk Hutan Simpan Segaliud Lokan, oleh jalan raya berkenaan.
Alfred berkata, masalah pemisahan habitat itu boleh diselesaikan melalui penyediaan rangkaian koridor hidupan liar yang menghubungkan kawasan hutan simpan.
“Kegiatan pemasangan kolar ini adalah antara komponen Program Koridor Biodiversiti Mega yang diperkenalkan BCT untuk meningkatkan kadar penyambungan hutan dan koridor ekologi di kawasan habitat utama gajah pigmy Borneo dan Orang Utan di Sabah.
“Kewujudan Koridor Biodiversiti Mega akan membolehkan gajah ini serta Orang Utan berhijrah dengan selamat, mendapat sumber makanan dan menjalin hubungan genetik sesamanya,” kata Alfred dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan BCT dan Jabatan Hidupan Liar Sabah di sini, hari ini.— BERNAMA

RUMAH ALAMI GANGGUAN MISTERI SELEPAS DISEWA KRU PRODUKSI 'TANAH KUBUR'

Pemilik Rumah 'Diganggu' Kerana Drama 'Tanah Kubur'

PETALING JAYA – Pemilik sebuah rumah yang disewa kru produksi drama seram mendakwa kediamannya menerima ‘gangguan’ selepas penggambaran drama bersiri Tanah Kubur pada bulan lalu.
Zainab Baharuddin, 65, atau mesra disapa Mek Nab memberitahu, rumahnya yang terletak di Kuang, Sungai Buloh itu ‘diganggu’ dengan pelbagai kejadian pelik termasuk bunyi rumah diketuk dan seakan ada orang menggaru dinding selepas penggambaran drama itu berakhir, kira-kira tiga minggu lalu.
“Mulanya, saya tidak mahu untuk percaya pada ‘gangguan’ itu tapi apabila cucu saya mendengar bunyi dinding rumah kami diketuk dan dicakar pada pukul 2 pagi, kami jadi tidak selesa.
“Malah, saya sendiri pernah mendengar gangguan tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.
Ketika ditanya mengenai perkembangan ‘gangguan’ berkenaan, Mek Nab berkata perkara itu berakhir selepas dia mengamalkan bacaan surah Yasin di dalam rumahnya.
“Saya ini jenis yang susah hendak percaya pada benda pelik-pelik macam itu, jadi saya hanya membaca surah Yasin dan apabila kejadian itu berlaku saya bercakap seolah-olah meminta supaya gangguan itu berhenti.
“Alhamdulillah, kini ‘gangguan’ itu sudah tiada lagi dan saya berasa serik untuk menyewakan rumah kepada produksi drama atau filem seram lagi selepas ini,” katanya.
Mek Nab menunjukkan dinding rumahnya yang “dicakar” selepas penggambaran drama itu.
Katanya, ‘gangguan’ itu pertama kali berlaku kepada keluarganya sejak dia menyewakan rumah bagi tujuan penggambaran drama atau filem sejak beberapa tahun yang lalu.
“Kalau diikutkan saya memang keberatan untuk menyewakan rumah untuk penggambaran drama atau filem seram dan tahyul tetapi disebabkan mereka (kru produksi) merayu, saya jadi kasihan pula.
“Tapi tidak sangka pula, pada kali ini, rumah saya mendapat ‘gangguan’ kerana sebelum ini tidak pernah pun kejadian pelik ini berlaku,” katanya.
Susulan kejadian itu, Mek Nab berkata pada masa akan datang dia hanya akan mempertimbangkan untuk menyewakan rumahnya bagi penggambaran drama atau filem selain daripada genre seram sahaja.
Sementara itu, pengarah drama terbabit, Rashid Sibir yang dihubungi berkata dia tidak pasti sama ada ‘gangguan’ itu berpunca daripada penggambaran dramanya atau produksi lain.
“Saya tidak tahu sama ada kejadian itu berpunca daripada pihak kami, penggambaran drama lain atau mungkin juga secara kebetulan.
“Apa yang pasti, penggambaran Tanah Kubur tidak membabitkan pemujaan, kemenyan atau peralatan yang boleh menggalakkan kehadiran ‘gangguan’ itu.
“Sebaliknya, drama arahan saya itu hanyalah tentang mayat orang meninggal dan upacara penyempurnaan jenazah yang melibatkan ayat-ayat Al-Quran dan bukan berkaitan syaitan atau perkara mistik,” katanya.
Rashid berkata dakwaan sebegitu pertama kali didengarnya sejak Tanah Kubur dilanjutkan sehingga musim ketiga.
Musim terbaru drama 13 episod itu disiarkan pada setiap Jumaat pada pukul 7.30 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) bermula 24 Februari lalu. (Mstar.com.my)

POLIS SAHKAN RANGKA MANUSIA RENTUNG ADALAH NURUL NADIRAH

Nurul Nadirah

PASIR GUDANG: Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.

RIBUT MATAHARI : KEINDAHAN YANG MENAKUTKAN!

Keindahan Menakutkan Di Kala Ribut Matahari

WASHINGTON – Minggu ini sekali lagi matahari dilanda ribut dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merakamkan beberapa foto perubahan planet itu yang dianggap begitu menakjubkan.
Balai Cerap matahari Dinamik NASA merakamkan perbezaan keadaan suhu pada matahari menerusi rakaman foto paparan kekalutan yang bermaharajalela sehingga mewujudkan satu permukaan lubuk pusaran ribut.
Beberapa letupan gergasi pada planet itu memberi kesan radiasi dan menggegarkan medan magnetik bumi.
“Kami masih belum menerima laporan dari bahagian operasi sistem janakuasa, tetapi kemungkinan ianya muncul selepas ribut tamat,” kata peramal cuaca angkasa lepas di Pusat Pentadbiran Peramal Cuaca Angkasa Lepas dan Laut Kebangsaan, Buolder, Colorado, semalam.
Katanya, ribut itu telah mencapai tahap sederhana Khamis lalu, sebelum melonjak pada paras terkuat semalam.
Bagaimanapun, menurut para saintis ribut berkenaan hanya memberi kesan kepada teknologi dan tidak kepada manusia.
Lamam web pusat cuaca angkasa lepas memberitahu, kuasa ribut matahari mampu mengganggu sistem voltan dan mencetuskan amaran palsu pada alat-alat perlindungan, meningkatkan kelewatan satelit dan menjejejaskan orientasinya.
Minggu ini, ribut berkenaan tidak menunjukkan kesan nyata terhadap sistem elektronik atau teknologi utama tetapi wujud keadaan di mana komunikasi radio berfrekuansi telah terputus selama dua jam melibatkan pengoperasian radio amatur khasnya dari timur Afrika ke timur Australia. (Sinar Harian)

JALANRAYA UNIK

GAMBAR-GAMBAR JALAN RAYA BERIKUT SANGAT MENARIK DAN UNIK.....
APAKAH anda akan berani memandu di jalan-jalan ini? Atau anda akan menikmati pemandangan yang ada dan tidak kisah dengan bentuknya?
 
 
 
 
 
 
 

UNIK : 'RUMAH TERBALIK' DI SABAH

Keunikan ‘Rumah Terbalik’ Di Sabah Tarik Ribuan Pelancong
KOTA KINABALU – Satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah.
Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.
Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini.
Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.
Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.
“Pelancong asing dan tempatan tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka (pada 1 Februari),” kata Yee semasa majlis pembukaan rasmi rumah terbalik itu ole Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun pada malam jumaat.
Yee berkata, rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu diibaratkan sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan, yang direka berdasarkan gaya gabungan etnik Sino-Dusun dan Dusun.
Beliau berkata, ia dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli selain kelengkapan rumah seperti peti sejuk dan set sofa di mana semuanya berada dalam keadaan terbalik.
Keunikan ‘Rumah Terbalik’ Di Sabah Tarik Ribuan PelancongMasidi sedang meninjau bahagian dalam rumah terbalik bersama Yee.
Masidi Manjun mengucapkan tahniah kepada Yee di atas ideanya yang unik, berkata idea seperti itu adalah penting bagi pertumbuhan berterusan industri pelancongan yang pesat di Sabah.
“Idea-idea kreatif perlu menjadi sebahagian daripada industri pelancongan, kerana bukan semua yang datang ke Sabah mahu melihat hidupan liar atau pulau-pulau kerana mereka juga berkunjung di sini bagi melihat sesuatu yang berbeza.
“Kita perlu lakukan sesuatu yang berbeza untuk berjaya,” katanya.
Yee berkata, beliau menyampaikan mesej alam sekitar menerusi rumah itu yang mengingatkan bahawa perlu menjaga alam sekitar, jika tidak dunia akan musnah.
Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun. – Mstar

Thursday, 8 March 2012

RAHSIA TERSEMBUNYI MISTERI KOTA MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN NASA

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97) “Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi."Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim. 

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi Firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7) Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota. 


Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33) Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi).


Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit. Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi. Nabi MuhammadSAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.” 


Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah) Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini. Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. 


Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. 


Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub . Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. 


Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah. Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. 


Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita. Rasulullah SAW bersabda: “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj) “Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani) credit to http://hasnulhadiahmad.com via GENERASI PEJUANG BANGSA

HILANG AKAL !!! WAJAHNYA DIUBAH KEPADA WAJAH ANJING..!!!


Seorang lelaki telah hilang akal apabila sanggup mengubah mukanya kepada seekor anjing. Mari kita lihat kebodohan lelaki ini.sekiranya anda ada masalah jantung ataupun apa jua penyakit yang anda alami,jangan lihat gambar di bawah.takut nanti sesuatu akan terjadi pada anda pagi-pagi ni..

INI AMARAN BUAT PEMBACA !!!

SILA IKUT YER !!!

KITA LIHAT KEBODOHAN LELAKI INI !!!

Melayukini.net – Lelaki Tukar Muka Menjadi Muka Anjing | Gila! Inilah perkataan pertama yang penulis ingin sampaikan. Seorang lelaki yang berkemungkinan besar kehilangan kewarasan fikiran telah bertindak untuk menukar wajahnya yang agak kacak itu kepada seekor anjing secara kekal. Pembedahan kosmetik muka lelaki gila ini telah dijalankan di sebuah tempat yang tidak diketahui. Ingatlah bahawa sedangkan lelaki yang menyerupai seorang perempuan pun hukumya haram, inikan pula ingin menyerupai seekor anjing? Manusia kini sudah berani melakukan perkara di luar tabie sebegini. Tidak hairanlah gempa bumi berlaku di seluruh dunia kerana ada golongan melampau batas seperti ini. Mari kita lihat transformasi muka manusia kepada anjing yang dibuat oleh lelaki gila ini.

 

 

 

 

 

Sumber dari SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...