Wednesday, 14 March 2012

BUAH NONA

 

Ðikenali juga sebagai nona serikaya, ia juga dikenali dengan nama Bullock’s Heart (Inggeris), Mulwo/Binao/Manowo/Serikoyo (Indonesia), Noi Nong (Thailand), Sarikaya (Filipina), Ramphal (India), Coeur de Boeuf (Perancis), Coracao de Boi (Portugis) dan Kanowa (Jawa), nona dikatakan berasal dari India Barat dan Amerika Selatan. Tanaman yang tergolong dalam keluarga annonaceae ini merupakan pokok yang mempunyai ketinggian dari tiga hingga tujuh meter. 

 
buah nona di pokok 

Pokok nona mempunyai batang yang tingginya sekitar 3-7 meter. Semua bahagian pokoknya mempunyai bau yang kuat apabila ia diramas, terluka atau lebam. Bentuk daunnya bujur memanjang dan agak lembik di hujung tepinya. Manakala bunganya dalam karangan yang pendek. Kelopak daun sewaktu kuncup tersusun secara tertutup dan bersatu pada pangkalnya. Bahagian bawah bunga meninggi, mempunyai banyak benang sari dan berwarna putih. Penghubung ruang sari di atas ruang sari melebar dan menutup ruangnya.

Putik buahnya banyak. Kepala putik boleh dikatakan seakan duduk. Buahnya majmuk dan lebih kurang berbentuk bola. Anak buahnya khusus dengan hujung mendatar, juga pada waktu masak masih berhubungan. Saiz buahnya pelbagai. Ada yang berbentuk simetri kepada bentuk hati, bujur atau sfera, saiznya berukuran daripada 5 hingga 12 sentimeter. Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit berwarna hijau dan merah. Rasa buahnya manis dan sedap. Biji buah nona amat keras dan jika tertelan tidak akan memberikan kesan sakit tetapi bahagian isi rong biji ini mengandungi racun.

 

Bijinya pula berwarna coklat kehitaman. Isi buah berwarna putih dan seakan kotor. Bahagian yang banyak digunakan adalah biji, buah muda dan daun. Bijinya dikatakan mengandungi khasiat insektisida. Manakala daunnya pula dikatakan mengandungi khasiat anti inflamasi dan antelmintik. Sifat khas tanaman ini ialah kelat dan beracun. Kulit kayu pokok mengandungi kira-kira 0.12% anonaine.

Getah daripada dahan yang dipotong mengandungi akrid dan boleh menyebabkan keradangan dan boleh memberi kecederaan teruk pada mata. Kulit akar kayu pula dikatakan mengeluarkan tiga alkaloid iaitu anonaineliriodenine danreticuline.

❀ Rendah lemak

Buah nona dikatakan rendah dalam lemak tidak tepu, tidak mempunyai kolesterol, rendah kandungan sodium, tiada ada gula, tinggi dalam potassium, tinggi dalam vitamin B6 dan amat tinggi dalam vitamin seperti vitamin C serta mengandungi kalsium dan fosforus. Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak. 

 
Nona hijau dan Nona merah

 
Isi buah nona hijau

 
Isi buah nona merah

Ði India, buah nona dikatakan hanya dimakan oleh kelas bawahan manakala di Amerika Tengah, Mexico dan Hindia Barat, buah nona adalah buah yang paling digemari untuk dimakan. Apabila buah ini masak sepenuhnya, ia amat lembut untuk dipegang dan batang dan juga bahagian dalamnya lebih mudah dikeluarkan. Isinya boleh dimakan dengan cara mencedoknya dengan sudu, seperti mana kita memakan buah avokado dan kiwi. Selalunya isi buahnya dihancurkan dan ditambahkan dengan susu kocak ataupun air krim.

❀ Legakan diarrea dan disentri

Selain itu, setiap bahagian pokok nona ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat alternatif. Air rebusan daun dikatakan boleh digunakan sebagai ubat untuk menghapuskan cacing terutamanya yang terdapat di dalam usus. Ðaun yang telah dihancurkan pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat tampal pada bisul dan juga ulser. Ðaunnya juga dikatakan boleh dijadikan penawar bagi merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit, radang usus (najis berdarah), masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selesema.

Buah yang belum masak pula dikatakan kaya dengan tannin, jika dikeringkan boleh diguanakan sebagai ubat menentang diarrea dan disenteri.

Kulit pokok nona pula dikatakan mempunyai sifat astringen dan air rebusannya yang diambil sebagai tonik juga dikatakan mempunyai khasiat untuk mengubat diarrea dan disenteri. Caranya ialah dengan mengambil sedikit kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Ðalam kes yang teruk, daun, kulit kayu dan buah hijau dikatakan boleh direbus bersama selama lima minit dalam seliter air dan dijadikan sebagai air rebusan yang berkhasiat.

Akar kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat tampal di sekeliling gusi untuk melegakan sakit gigi. Biji buahnya beserta daun pokok nona dikatakan boleh ditumbuk bagi mengatasi masalah sakit sendi dan dijadikan sebagai ubat untuk membunuh kutu kepala. Walau bagaimanapun, bijinya mempunyai kesan toksik dan tidak boleh dimakan.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok nona, namun perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya, bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Sumber : Misteri Alam, Pertanianmjg.perak.gov.myMs.Wikipediapkukmweb.ukm.my dan cepp.utm.

ULAR GUNI BURUK DISANGKA LINTAH GERGASI

 




Gambar kononnya lintah gergasi yang ditemui semasa banjir di Perak ni dah menjadi heboh dalam laman sosial dan juga forum sembang..

Tapi sebenarnya, binatang dalam gambar tu bukanlah seekor lintah.. Ia adalah seekor ular yang dipanggil " ular guni buruk"..

Ular jenis ni tak berbahaya .. Dia tak ada racun dan juga tak mampu mematuk. Sebabnya, ular ni tak ada mata..

Tapi kalau korang kacau dia, gigitan ular ni sakit jugak lah kalau kena..


 








Monday, 12 March 2012

KETAGIH MINUM PETROL???

Budak Perempuan Ketagih Minum Petrol

NEW YORK – Sekiranya menghidu petrol tidak cukup bahaya, temuilah budak perempuan yang meminumnya.
Mengangkat bekas merah minyak itu di depan kamera, budak perempuan bernama Shannon menunjukkan demonstrasi ketagihannya meminum petrol untuk rancangan televisyen TLC My Strange Addiction.
“Ia mendebarkan pada mulanya dan kemudian ia membakar belakang tekak saya,” kata Shannon menjelaskan tabiatnya meminum bahan itu sehingga 12 sudu teh sehari.
“Walaupun ia menyakitkan, ia buat saya rasa selesa,” katanya sama ada menjilat penutup atau meminumnya terus daripada bekas itu yang dikatakan menjadi kegemarannya.
Ibunya berkata, dia pada mulanya tidak percaya ketika mendengar tabiat anaknya itu tetapi kemudian dia terhidu bau minyak itu pada nafas anak perempuannya.
“Saya ambil penutup dan saya hidu bau yang keluar dari bekas itu,” kata Shannon menunjukkan tabiatnya.
TLC menganggarkan Shannon telah mengambil lebih lima gelen petrol untuk tahun lalu saja.
“Meminum petrol boleh menyebabkan terbakar, muntah, cirit-birit dan jika diambil dalam jumlah besar menyebabkan pening atau kematian,” tulis Jabatan Kesihatan New York. Minyak petrol adalah bahan toksik.
Ketagihan Shannon menghirup petrol timbul beberapa hari selepas seorang lelaki di Carolina Utara mati selepas terminum cecair sama dalam sebiji balang tanpa sengaja.
Satelit Pantau Penghijrahan Gajah Pigmy Borneo

SANDAKAN— Seekor gajah pigmy Borneo betina yang dipasang kolar satelit baru-baru ini diharapkan boleh memberi petunjuk dalam usaha mengenal pasti koridor utama penghijrahan haiwan itu di kawasan hutan yang terpisah akibat pembangunan, termasuk pembinaan Jalan Sandakan-Lahad Datu.
Kolar yang dipasang pada haiwan setinggi 1.9 meter yang ditangkap di Hutan Simpan Segaliud Lokan itu, dijangka menghantar data tentang kemungkinan penghijrahan kumpulan gajah berkenaan hingga ke Hutan Simpan Pin Supu atau dari wilayah Hilir Kinabatangan ke Segaliud Lokan.
Ketua Pemuliharaan dan Penyelidikan Amanah Pemuliharaan Borneo (BCT), Raymond Alfred berkata, kumpulan antara 290 dan 310 gajah yang mendiami kawasan Kinabatangan itu kini terpisah daripada kumpulan utamanya di bahagian tengah Sabah, termasuk Hutan Simpan Segaliud Lokan, oleh jalan raya berkenaan.
Alfred berkata, masalah pemisahan habitat itu boleh diselesaikan melalui penyediaan rangkaian koridor hidupan liar yang menghubungkan kawasan hutan simpan.
“Kegiatan pemasangan kolar ini adalah antara komponen Program Koridor Biodiversiti Mega yang diperkenalkan BCT untuk meningkatkan kadar penyambungan hutan dan koridor ekologi di kawasan habitat utama gajah pigmy Borneo dan Orang Utan di Sabah.
“Kewujudan Koridor Biodiversiti Mega akan membolehkan gajah ini serta Orang Utan berhijrah dengan selamat, mendapat sumber makanan dan menjalin hubungan genetik sesamanya,” kata Alfred dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan BCT dan Jabatan Hidupan Liar Sabah di sini, hari ini.— BERNAMA

RUMAH ALAMI GANGGUAN MISTERI SELEPAS DISEWA KRU PRODUKSI 'TANAH KUBUR'

Pemilik Rumah 'Diganggu' Kerana Drama 'Tanah Kubur'

PETALING JAYA – Pemilik sebuah rumah yang disewa kru produksi drama seram mendakwa kediamannya menerima ‘gangguan’ selepas penggambaran drama bersiri Tanah Kubur pada bulan lalu.
Zainab Baharuddin, 65, atau mesra disapa Mek Nab memberitahu, rumahnya yang terletak di Kuang, Sungai Buloh itu ‘diganggu’ dengan pelbagai kejadian pelik termasuk bunyi rumah diketuk dan seakan ada orang menggaru dinding selepas penggambaran drama itu berakhir, kira-kira tiga minggu lalu.
“Mulanya, saya tidak mahu untuk percaya pada ‘gangguan’ itu tapi apabila cucu saya mendengar bunyi dinding rumah kami diketuk dan dicakar pada pukul 2 pagi, kami jadi tidak selesa.
“Malah, saya sendiri pernah mendengar gangguan tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.
Ketika ditanya mengenai perkembangan ‘gangguan’ berkenaan, Mek Nab berkata perkara itu berakhir selepas dia mengamalkan bacaan surah Yasin di dalam rumahnya.
“Saya ini jenis yang susah hendak percaya pada benda pelik-pelik macam itu, jadi saya hanya membaca surah Yasin dan apabila kejadian itu berlaku saya bercakap seolah-olah meminta supaya gangguan itu berhenti.
“Alhamdulillah, kini ‘gangguan’ itu sudah tiada lagi dan saya berasa serik untuk menyewakan rumah kepada produksi drama atau filem seram lagi selepas ini,” katanya.
Mek Nab menunjukkan dinding rumahnya yang “dicakar” selepas penggambaran drama itu.
Katanya, ‘gangguan’ itu pertama kali berlaku kepada keluarganya sejak dia menyewakan rumah bagi tujuan penggambaran drama atau filem sejak beberapa tahun yang lalu.
“Kalau diikutkan saya memang keberatan untuk menyewakan rumah untuk penggambaran drama atau filem seram dan tahyul tetapi disebabkan mereka (kru produksi) merayu, saya jadi kasihan pula.
“Tapi tidak sangka pula, pada kali ini, rumah saya mendapat ‘gangguan’ kerana sebelum ini tidak pernah pun kejadian pelik ini berlaku,” katanya.
Susulan kejadian itu, Mek Nab berkata pada masa akan datang dia hanya akan mempertimbangkan untuk menyewakan rumahnya bagi penggambaran drama atau filem selain daripada genre seram sahaja.
Sementara itu, pengarah drama terbabit, Rashid Sibir yang dihubungi berkata dia tidak pasti sama ada ‘gangguan’ itu berpunca daripada penggambaran dramanya atau produksi lain.
“Saya tidak tahu sama ada kejadian itu berpunca daripada pihak kami, penggambaran drama lain atau mungkin juga secara kebetulan.
“Apa yang pasti, penggambaran Tanah Kubur tidak membabitkan pemujaan, kemenyan atau peralatan yang boleh menggalakkan kehadiran ‘gangguan’ itu.
“Sebaliknya, drama arahan saya itu hanyalah tentang mayat orang meninggal dan upacara penyempurnaan jenazah yang melibatkan ayat-ayat Al-Quran dan bukan berkaitan syaitan atau perkara mistik,” katanya.
Rashid berkata dakwaan sebegitu pertama kali didengarnya sejak Tanah Kubur dilanjutkan sehingga musim ketiga.
Musim terbaru drama 13 episod itu disiarkan pada setiap Jumaat pada pukul 7.30 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) bermula 24 Februari lalu. (Mstar.com.my)

POLIS SAHKAN RANGKA MANUSIA RENTUNG ADALAH NURUL NADIRAH

Nurul Nadirah

PASIR GUDANG: Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.

RIBUT MATAHARI : KEINDAHAN YANG MENAKUTKAN!

Keindahan Menakutkan Di Kala Ribut Matahari

WASHINGTON – Minggu ini sekali lagi matahari dilanda ribut dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merakamkan beberapa foto perubahan planet itu yang dianggap begitu menakjubkan.
Balai Cerap matahari Dinamik NASA merakamkan perbezaan keadaan suhu pada matahari menerusi rakaman foto paparan kekalutan yang bermaharajalela sehingga mewujudkan satu permukaan lubuk pusaran ribut.
Beberapa letupan gergasi pada planet itu memberi kesan radiasi dan menggegarkan medan magnetik bumi.
“Kami masih belum menerima laporan dari bahagian operasi sistem janakuasa, tetapi kemungkinan ianya muncul selepas ribut tamat,” kata peramal cuaca angkasa lepas di Pusat Pentadbiran Peramal Cuaca Angkasa Lepas dan Laut Kebangsaan, Buolder, Colorado, semalam.
Katanya, ribut itu telah mencapai tahap sederhana Khamis lalu, sebelum melonjak pada paras terkuat semalam.
Bagaimanapun, menurut para saintis ribut berkenaan hanya memberi kesan kepada teknologi dan tidak kepada manusia.
Lamam web pusat cuaca angkasa lepas memberitahu, kuasa ribut matahari mampu mengganggu sistem voltan dan mencetuskan amaran palsu pada alat-alat perlindungan, meningkatkan kelewatan satelit dan menjejejaskan orientasinya.
Minggu ini, ribut berkenaan tidak menunjukkan kesan nyata terhadap sistem elektronik atau teknologi utama tetapi wujud keadaan di mana komunikasi radio berfrekuansi telah terputus selama dua jam melibatkan pengoperasian radio amatur khasnya dari timur Afrika ke timur Australia. (Sinar Harian)

JALANRAYA UNIK

GAMBAR-GAMBAR JALAN RAYA BERIKUT SANGAT MENARIK DAN UNIK.....
APAKAH anda akan berani memandu di jalan-jalan ini? Atau anda akan menikmati pemandangan yang ada dan tidak kisah dengan bentuknya?
 
 
 
 
 
 
 

UNIK : 'RUMAH TERBALIK' DI SABAH

Keunikan ‘Rumah Terbalik’ Di Sabah Tarik Ribuan Pelancong
KOTA KINABALU – Satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah.
Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.
Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini.
Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.
Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.
“Pelancong asing dan tempatan tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka (pada 1 Februari),” kata Yee semasa majlis pembukaan rasmi rumah terbalik itu ole Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun pada malam jumaat.
Yee berkata, rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu diibaratkan sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan, yang direka berdasarkan gaya gabungan etnik Sino-Dusun dan Dusun.
Beliau berkata, ia dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli selain kelengkapan rumah seperti peti sejuk dan set sofa di mana semuanya berada dalam keadaan terbalik.
Keunikan ‘Rumah Terbalik’ Di Sabah Tarik Ribuan PelancongMasidi sedang meninjau bahagian dalam rumah terbalik bersama Yee.
Masidi Manjun mengucapkan tahniah kepada Yee di atas ideanya yang unik, berkata idea seperti itu adalah penting bagi pertumbuhan berterusan industri pelancongan yang pesat di Sabah.
“Idea-idea kreatif perlu menjadi sebahagian daripada industri pelancongan, kerana bukan semua yang datang ke Sabah mahu melihat hidupan liar atau pulau-pulau kerana mereka juga berkunjung di sini bagi melihat sesuatu yang berbeza.
“Kita perlu lakukan sesuatu yang berbeza untuk berjaya,” katanya.
Yee berkata, beliau menyampaikan mesej alam sekitar menerusi rumah itu yang mengingatkan bahawa perlu menjaga alam sekitar, jika tidak dunia akan musnah.
Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun. – Mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...