Sunday 29 September 2013

RATU FILIPINA DINOBATKAN MISS WORLD 2013, BEKAS MODEL SEPARUH BOGEL..???


NUSA DUA, Bali - Peserta Filipina, Megan Young dinobat sebagai Miss World dalam pertandingan ratu cantik berkenan yang berlangsung di sini semalam.
Young mengenepikan lima finalis lain termasuk peserta Perancis dan Brazil.
Acara berprestij itu disiarkan secara langsung di lebih 180 negara.
Kemenangannya diumumkan ketika kawalan keselamatan dipertingkatkan ekoran siri bantahan oleh kumpulan radikal Islam di Indonesia sejak beberapa minggu lalu.
Terdahulu, beratus-ratus orang Islam mengadakan solat hajat semalam sebagai memprotes pertandingan ratu cantik antarabangsa itu
Solat hajat itu disertai oleh beratus-ratus anggota Barisan Pembela Islam (FPI) yang berhimpun di sebuah masjid di Sentul, pinggir bandar raya Jakarta.
"Indonesia jelas tentang pendiriannya berhubung pertandingan Miss World, kami menolaknya di negara ini atau di mana sahaja," kata seorang anggota FPI, Ustad Maman.
Pertandingan akhir Miss World kali ini menampilkan 129 peserta dari seluruh dunia.
Sejak beberapa minggu lalu ribuan penduduk Islam mengadakan protes jalanan di seluruh Indonesia untuk mengecam acara itu yang dilabel sebagai 'pertandingan jalang' dan 'pornografi'.
Terdahulu, beberapa kedutaan asing di Indonesia memberi amaran acara berkenaan berisiko menjadi sasaran serangan pengganas. 
megan young bikini topless
Menurut sumber, Megan Young yang baru dinobatkan menjadi Miss World 2013, wanita jelita berasal dari Filipina ini pernah ditolak mengikuti pertandingan Ratu Cantik Filipina, Binibining Pilipinas 2013. 
Dikutip dari MyKiru, Megan Young ditarik semula kelayakannya dari pertandingan tersebut kerana berposing separuh bogel atau topless di sebuah majalah lelaki dewasa, Rogue pada tahun 2012.


Pertandingan Binibining Pilipinas 2013 diadakan pada 14 April 2013 lalu dan pemenangnya adalah Ariella Arida. Ariella Arida akan mewakili Filipina dalam pertandingan Miss Universe 2013. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...