Saturday, 23 June 2012

KETAHUI TANDA AWAL KANSER

IMEJ BERIKUT MEMAPARKAN BEBERAPA TANDA AWAL PELBAGAI KANSER...
MUDAH-MUDAHAN MEMBERI PENGETAHUAN KEPADA KITA SEMUA :


AWAS!! GAMBAR DI FACEBOOK BOLEH UNDANG BENCANA...???




MAKLUMAT DARI SEORANG RAKAN FACEBOOK PENULIS :




 Khusus utk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online ** PENTING...!!!!

Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jgn ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihar didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist adan dngan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patut tu delete sahaja !

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.

sumber: Khairul Amree

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT


11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

ISTERI SAYA HANYA ERRA FAZIRA - ENGKU EMRAN


PETALING JAYA: Selepas berbulan berdiam diri, akhirnya suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua dan menafikan segala cerita itu.

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.

“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran.



GAMBAR-GAMBAR COMEL ENGKU ALEESYA - ANAK PASANGAN BAHAGIA ERRA DAN EMRAN












TITAN ANUM YANG MEKAR DAN BERBAU SANGAT BUSUK


COPENHAGEN, Denmark - Sejumlah pelawat yang mengunjungi Taman Botani di sini semalam dikejutkan dengan bau mayat mereput.
Bau busuk itu sebenarnya berpunca daripada tumbuhan Titan arum atau nama saintifiknya, Amorphophallus Titanum.
Spesies tersebut turut dikenali sebagai bunga mayat kerana mengeluarkan bau busuk apabila mekar.
Bunga tersebut berkembang sekali sejak sembilan tahun lalu. - Agensi

MATI KERANA BERJAGA 11 MALAM TANPA HENTI DEMI EURO 2012




BEIJING: Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11 malam, lapor media semalam.

Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat letih melampau. 

Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari.

Selepas perlawanan Ireland menentang Itali, Sina.com melaporkan, Jiang pulang ke rumahnya di Changsha kira-kira jam 5 pagi. “Dia kemudian mandi, tertidur dan tidak membuka matanya langsung selepas itu,” lapor Sina.com.

Rakan Jiang berkata, kematian itu mengejutkan kerana setahu mereka, Jiang “agak sihat” dan aktif bermain bola sepak mewakili universitinya beberapa tahun lalu. Namun, sumber lain berkata, kesan pengambilan alkohol dan rokok, bercampur faktor keletihan kerana berjaga menyebabkan sistem imunisasi Jiang lemah.

HUKUMAN GANTUNG DI TEMPAT TERBUKA


Negara ini tidak mengamalkan hukuman gantung sampai mati di hadapan khalayak ramai seperti yang diamalkan oleh beberapa buah negara termasuklah Iran. Bahkan Amerika Syarikat yang mengaku mereka sebagai sebuah negara paling bertamadun pun, belum pun sampai tiga suku abad menghapuskan perlaksanaan hukuman mati secara terbuka.

Apa yang anda saksikan sebentar tadi adalah perlaksanaan hukuman gantung sampai mati di sebuah wilayah di selatan Iran. Kesalahan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan adalah MEROGOL.

Dan biarpun, hukuman gantung sampai mati dilaksanakan secara terbuka, namun kadar jenayah di negara yang berfahaman Syiah itu tetap juga meningkat. Bahkan biarpun hukuman mati dilaksanakan terhadap golongan gay dan lesbian, kewujudan kumpulan berkenaan tetap juga tidak berkurangan.

Perlukah Malaysia mengamalkan kaedah hukuman yang serupa bagi menyedarkan rakyatnya agar tidak melakukan jenayah kejam atau pun mengurangkan perbuatan dosa dan maksiat yang kebelakangan ini berlaku secara terbuka?

Tuesday, 12 June 2012

WANITA HAMIL 9 BULAN DIBAKAR DAN DITEMBAK, SELAMAT....


Detroit - Seorang wanita hamil di Amerika Syarikat (AS) diculik dan ditahan oleh orang yang tidak dikenali, kemudian dibakar hidup-hidup dan ditembak dari belakang. Mujur, wanita muda ini berhasil bertahan hidu, bahkan menyelamatkan dirinya sendiri.

Daro Detroit Free Press, insiden yang menyayat hati tersebut dialami oleh wanita yang sedang mengandung 9 bulan. Ianya bermula, wanita dan kekasihnya selesai menonton filem bersama. Wanita ini menghantar kekasihnya pulang ke rumahnya di Warren, Ohio. 

Setelah menghantar kekasihnya pulang, tiba-tiba ada seseorang yang mendekatinya dari belakang. Dengan cepat, orang yang tidak dikenali itu mengikat tangan dan kakinya, serta menutup matanya dengan pelekat besar. Wanita berusia 22 tahun ini kemudian dipaksa masuk ke dalam keretanya sendiri.

Si pelaku memandu kereta wanita tersebut ke sebuah wilayah terpencil di Detroit. Di lokasi tersebut, pelaku kemudian menuangkan cairan ke tubuh wanita tersebut lalu membakarnya. Tidak hanya itu, pelaku juga menembak wanita tersebut dari belakang. Tembakan tersebut mengenai punggung bahagian atas wanita tersebut.

"Dia sama sekali tidak tahu ada di mana dirinya saat itu," terang anggota polis Warren, Sersan Dave Geffert.

Setelah membakar dan menembak wanita ini, pelaku langsung melarikan diri. Ditinggal sendirian, wanita ini berjaya menanggalkan pelekat yang ditempel  dimata, tangan, dan kakinya. Dia kemudian berusaha memadamkan api yang membakar badannya dengan berguling-guling di tanah. Beruntung, api tersebut boleh padam.

"Segera setelah pelaku menembaknya, dia lari dari lokasi kejadian," terang Gefferts, sambil menyatakan, pelaku adalah laki-laki kerana suara pelaku adalah suara laki-laki.

Setelah berhasil lepas dari api, wanita ini memandu keretanya ke sebuah stesen pam minyak  di Detroit. Di sana, dia menelefon ibunya yang kemudian datang menjemputnya.

Keduanya kemudian menuju ke Rumah Sakit Beaumont di Royal Oak, Detroit, untuk membuat pemeriksaan terhadap wanita tersebut. Hasil pemeriksaan USG menunjukkan, keadaan kandungan wanita tersebut baik-baik saja. "Dia masih dalam masa pemulihan," ucap Geffert.
Pihak polis tempatan telah memulakan penyiasatan terhadap kes tersebut. Namun, hingga saat ini, polis masih menjalankan siasatan dan memburu pelaku.

PLAYBOY CRISTIANO RONALDO....

Kacak, bergaya, tangkas, berharta dan segalanya ada pada CR7....

SIAPA tak kenal Cristiano Ronaldo? Si tampan asal Portugal ini tidak hanya dikenal kerana kepiawaiannya mengolah si kulit bundar, namun kerana karismanya di kalangan wanita.

Salah satu bintang handalan Real Madrid, Cristiano Ronaldo memang selalu menarik perhatian. Dalam dunia sepak bola, pemain yang kerap di juluki CR7 ini terkenal kerana kecepatannya dalam berlari dan tendangannya yang sering menerjah gawang lawan.

Tidak hanya bersinar di lapangan hijau, ketampanan lelaki yang pernah membela Manchester United ini juga dilirik oleh banyak label. Ronaldo bahkan menggantikan David Beckham sebagai bintang label asal Italia, yakni Armani.

Dalam beberapa iklannya, bungsu dari tiga bersaudara ini tampil seksi sambil mempamerkan otot-otot yang ada pada tubuhnya. Konon, untuk mendapatkan tubuh seindah itu, Ronaldo harus melakukan 3.000 kali sit up setiap hari.

Dari segi fesyen, dia boleh dikatakan trendy.Seperti lelaki Latin, dia gemar memakai pakaian yang memperlihatkan bentuk tubuhnya, demikian yang dikutip dari This is London.

Tshirt, kemeja, hingga jaket yang dipilih, selalu dengan potongan yang membentuk tubuhnya. Ronaldo juga gemar memakai perhiasan berupa anting, serta kalung dari berlian.

Kehidupan peribadi lelaki bertinggi badan 186 sentimeter ini juga sering menjadi pemberitaan media masa. Kombinasi antara ketampanan, kekayaan, serta karisma membuatnya dekat dengan banyak wanita cantik. Ronaldo pun sempat diberitakan dekat dengan beberapa perempuan terkenal. Mereka di antaranya Raffaela Fico, Kim Kardashian, Paris Hilton, Mirella Grisales, Imogen Thomas, dan Luana Belleti. Namun, nampaknya hati lelaki 27 tahun ini telah tertambat pada Irina Shayk, seorang model kelahiran Rusia.

Ronaldo dan Shayk dikhabarkan menjalani hubungan percintaan sejak 2010. Rupanya, kedekatan ini terjadi sejak mereka bekerja sama dalam beberapa iklan Armani. Meski sempat beberapa kali mengalami pasang surut dalam hubungan, mereka dikhabarkan masih dekat dan akan menikah pada tahun ini.

Pada 2010, Ronaldo mengumumkan telah rasmi menjadi seorang ayah lewat akaun Facebook. Dia pun menamakan anak laki-laki tersebut Cristian Ronaldo Junior. Hingga saat ini, Ronaldo masih merahsiakan siapa ibu dari puteranya. Namun, Ronaldo mengklaim bahawa anak tersebut berada penuh dalam pengasuhannya. Kini, Ronaldo Junior dirawat oleh nenek (ibu Ronaldo) dan  (kakak Ronaldo).

WAJAH DIRAKAM BERTUKAR NGERI


IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.
Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.
Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.
“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.
“Mulanya saya berasa pelik.
Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.
“Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.
“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.
“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.
Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.
- SINAR HARIAN

BESARNYA KUCING!!


SYDNEY: Dengan saiz tiga kali ganda berbanding kucing biasa, ramai yang berfikir Rupert tidak akan membesar lagi buat masa ini.

Bagaimanapun, kucing saiz besar melampau itu yang berat sembilan kilogram dan dianggap sebagai antara kucing paling besar di dunia, hanya baru membesar separuh dan dijangka terus bertambah gemuk.

Kucing baka Maine coon itu baru mencapai separuh daripada berat kemungkinannya pada usia hampir tiga tahun. Beratnya dijangka bertambah sebanyak lima kilogram lagi.

Hakim pertandingan kucing berkata, Rupert yang tiga kali menjadi juara di negara asalnya, Australia, adalah kucing Maine coon baka tempatan paling besar pernah mereka lihat.


Hakim, Lesley Morgan Blythe berkata: “Dia sungguh besar, kucing gergasi dan masih belum membesar sepenuhnya.


“Dia lebih besar berbanding kucing Maine coon yang pernah saya lihat.”

Pemilik Rupert, Kyra Foster, berkata: “Dia kelihatan sungguh hebat dengan bulu yang panjang di samping mukanya yang kelihatan liar.

“Orang ramai akan terpesona apabila melihatnya.”

Kucing Maine coon terkenal sebagai baka yang menghasilkan kucing tempatan besar.

Berasal dari Maine, negeri di Amerika Syarikat, kucing itu mempunyai ciri tersendiri kerana ekornya yang berbulu lebat dan panjang dan boleh membesar sehingga lebih satu meter - DM



GARA-GARA CHECK TELEFON SUAMI, PEHA ISTERI CEDERA DIGIGIT.....

SUBANG JAYA: Gara-gara mahu memeriksa telefon bimbit suaminya, seorang wanita bukan saja cedera di paha akibat digigit, malah turut dicekik lelaki berkenaan dalam kejadian di rumah rakan mereka di Puchong Hartamas, Bukit Puchong, di sini, Jumaat lalu.

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut menyambung semula tindakannya di rumah sewa mereka di Taman Tasik Puchong dengan menampar dan menolak isterinya ke dinding sebelum rebah di lantai beberapa jam selepas kejadian pertama.

Dalam kejadian yang bermula di rumah rakan mereka kira-kira jam 11.30 pagi itu, wanita berusia 32 tahun itu dikatakan berselisih faham dengan suaminya sebelum bertindak merampas telefon bimbit suspek dan cuba memeriksa kandungan telefon berkenaan selepas mengesyaki lelaki itu menjalin hubungan sulit dengan rakannya sendiri.


Menurut sumber, ketika cuba mengambil semula telefon bimbit miliknya, suspek yang berusia 31 tahun itu terus menggigit tangan kiri isterinya, namun gagal menyebabkan suspek memukul badan dan menggigit paha kanan mangsa sebelum mencekiknya.

Katanya, lebih memalukan, kejadian berlaku di rumah rakan mereka yang turut disaksikan rakan lain.


Menurut sumber lagi, tidak cukup dengan itu, suami mangsa menyambung perbuatannya di rumah sewa mereka.



Katanya, dua rakan serumah mereka kemudian membantu mangsa dan menenangkan suspek sebelum membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.



myMetro

Friday, 8 June 2012

BERTUDUNG : TUNTUTAN DAN TREND


Bertudung bukan sahaja trend, malahan ianya adalah satu tuntutan kepada semua wanita Muslim agar menutup aurat. Perkembangan trend bertudung dilihat semakin berkembang dengan adanya fesyen tudung terkini dengan pelbagai warna yang lebih menawan untuk digayakan.
Selain daripada itu juga, si pemakai tudung gemar menjadikan selebriti tanah air sebagai ikon mereka dalam menggayakan tudung. Antara selebriti yang terkenal dengan gaya bertudung mereka adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Datin Norjuma Habib, Wardina Safiyyah dan juga Yuna dimana gaya mereka menjadi ikutan sehingga kini.
Ramai yang memakai tudung tetapi pemakaiannya tidak kena dengan fesyen yang digayakan dan juga tidak mengikut tuntutan syariah dalam panduan menutup aurat.
Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang memakai tudung:
Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat.
Pilihan tudung yang tepat
Jangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang.
Pakaian harus bersesuaian
Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim.
Pakaian yang singkat dari pinggul
Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang.
Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher
Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung.
Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung.
Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam
Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. – yahoo.com

KARUT : BUNUH, MAKAN DAGING 3 WANITA UNTUK SUCI JIWA

Bunuh, Makan Daging 3 Wanita Untuk Suci Jiwa

BRASILIA – Tiga warga Brazil didakwa membunuh tiga wanita dan memakan daging mereka sebagai sebahagian upacara pemujaan yang bertujuan mensucikan jiwa mereka dan mengawal pertumbuhan populasi, kata polis.
Pihak berkuasa semalam mengenakan tuduhan itu ke atas tiga suspek berkenaan – pasangan suami isteri dan seorang wanita, menuduh mereka membunuh tiga mangsa terbabit yang berusia antara 17 dan 31 tahun antara 2008 dan tahun ini di timur laut Pernambuco. “Tertuduh mengakui memakan daging mangsa mereka,” kata jurucakap polis, Paulo Berenguer kepada wartawan sambil menambah polis masih menyiasat sama ada mereka terbabit dengan kematian empat orang lagi.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek masing-masing berdepan hukuman maksimum 30 tahun penjara. – AFP

BEKAS RATU CANTIK JADI IBU AYAM.....


Vo Thi My Xuan

HANOI – Polis Vietnam berjaya menumpaskan rangkaian sindiket seks kelas atasan dan menahan empat orang, termasuk bekas ratu cantik kerana menawarkan model, penyanyi dan aktres kepada pelanggan kaya, lapor media kerajaan, semalam.

Polis mematahkan rangkaian sindiket itu selepas menyerbu sebuah hotel di selatan bandar raya Ho Chi Minh hujung minggu lalu dan menahan dua wanita yang mengakui bekerja untuk rangkaian sindiket itu bersama dua pelanggan, lapor akhbar Thanh Nien.

Wanita terbabit memberitahu polis mereka bekerja untuk ratu cantik Vo Thi My Xuan, 29, dan mampu memperoleh hingga AS$4,000 (RM12,707) untuk setiap perkhidmatan, lapor kenyataan itu sambil menambah rangkaian sindiket itu membabitkan 20 model, penyanyi, aktres dan pelajar.

Vo Thi My yang memenangi pertandingan ratu cantik di selatan delta Mekong pada 2009 dipercayai menjadi seorang daripada dalang utama di sebalik rangkaian sindiket seks itu.
Sesetengah wanita itu dibayar hingga AS$8000 (RM25,414) sehari untuk dihantar ke luar negara bagi melayan pelanggan kaya. Vo Thi My dan tiga lagi suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut, manakala wanita yang ditahan di hotel itu sudah dibebaskan. – AFP


Thursday, 7 June 2012

NGERI : PEKERJA ASING DITEMUI MATI LEHER DIKELAR

alt

GURUN 7 Jun - Seorang pekerja asing telah ditemui dalam dalam keadaan mengerikan setelah dikenalpasti terdapat kesan kelaran pada bahagian leher.

Kejadian yang berlaku di Taman Utama di sini petang tadi telah dijumpai seorang penyelia tapak pembinaan kira-kira pukul 3.20 petang tadi. Turut ditemui berhampiran mayat ialah tangan kanan dipercayai milik suspek yang putus dalam pergaduhan berkenaan.

Suspek yang cedera parah ditemui orang ramai tidak jauh dari tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian, dan berkata siasatan awal mendapati suspek serta mangsa baru sembilan hari masuk ke negara ini untuk bekerja di sektor pembinaan di sini.

BUKU 40 HADIS POPULAR PALSU YANG PALSU


Buku ini telah tersebar di pasaran. Diterbitkan oleh PTS. Dan menurut penulis buku ini bahawa hadith yang didedahkan di dalam bukunya kesemuanya darjatnya adalah PALSU.

Adakah pendedahan penulis ini benar keseluruhannya ? Marilah kita sama-sama menelusuri hadith-hadith yang dihukum sebagai palsu di dalam buku terbitan PTS di atas :

Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China :

Jawapan : Hadith ini bukanlah palsu bahkan mencapai darjat hasan dan juga darjat dhoief. Penjelasannya di sini : Status hadith : Tuntulah Ilmu Hingga Ke Negeri China

« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » “ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

 Nash di atas adalah matan dari hadits dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman. Ahli hadits menyatakan di antara perowi hadits tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadits sebagai perowi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadits ini sebagai hadits dhoif, bathil atau tidak bersanad. Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mazi : karena hadits ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi. Oleh karena itu tidak boleh bagi kita mengatakan bahwa itu bukan hadits.

 شعب الإيمان للبيهقي – (4 / 174) 

 أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ، أخبرنا أبو الحسن علي بن محمد بن عقبة الشيباني ، حدثنا محمد بن علي بن عفان ، ح وأخبرنا أبو محمد الأصبهاني ، أخبرنا أبو سعيد بن زياد ، حدثنا جعفر بن عامر العسكري ، قالا : حدثنا الحسن بن عطية ، عن أبي عاتكة ، – وفي رواية أبي عبد الله – حدثنا أبو عاتكة ، عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » « هذا حديث متنه مشهور ، وإسناده ضعيف » وقد روي من أوجه ، كلها ضعيف

 جامع الأحاديث – (5 / 2)

 اطلبوا العلم ولو بالصين فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم (العقيلى ، وابن عدى ، والبيهقى فى شعب الإيمان ، وابن عبد البر عن أنس) أخرجه العقيلى (2/230 ، ترجمة 777) ، وابن عدى (4/118 ، ترجمة 963) كلاهما فى ترجمة طريف بن سلمان أبو عاتكة . والبيهقى فى شعب الإيمان (2/253 ، رقم 1663) ، وقال : هذا الحديث شبه مشهور ، وإسناده ضعيف ، وقد روى من أوجه كلها ضعيفة . وأخرجه ابن عبد البر فى العلم (1/9) . وأخرجه أيضاً : الخطيب (9/363) ، وأورده ابن الجوزى فى الموضوعات (1/347 ، رقم 428) . قال العجلونى (1/154) : ضعيف بل قال ابن حبان : باطل . وذكره ابن الجوزى فى الموضوعات ، ونوزع بقول الحافظ المزى : له طرق ربما يصل بمجموعها إلى الحسن ، وبقول الذهبى فى تلخيص الواهيات : روى من عدة طرق واهية وبعضها صالح ، ورواه أبو يعلى عن أنس بلفظ : اطلبوا العلم ولو بالصين فقط ، ورواه ابن عبد البر أيضاً عن أنس بسند فيه كذاب . 

 مسند البزار – (1 / 55( 

 وَحَدِيثُ أَبِي الْعَاتِكَةِ : اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ لاَ يُعْرَفُ أَبُو الْعَاتِكَةِ وَلاَ يُدْرَى مِنْ أَيْنَ هُوَ ، فَلَيْسَ لِهَذَا الْحَدِيثِ أَصْلٌ. قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 66( وفي عون الباري نقلاً عن النووي أنه قال ((الحديث الضعيف عند تعدد الطرق يرتقى عن الضعف إلى الحسن ويصير مقبولاً معمولاً به))

 قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 77(

 الخامسة قولهم هذا الحديث ليس له أصل أو لا أصل له قال ابن تيميه معناه ليس له إسناد

 قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 /86( 

 الثامن المشهور وهو ماله طرق محصورة بأكثر من اثنين سمى بذلك لوضوحه ويطلق على ما اشتهر على الألسنة فيشمل ماله إسناد واحد فصاعداً بل مالا يوجد له إسناد أصلا (كذا في النخبة) وما اشتهر على الألسنة أعم عن اشتهاره عند المحدثين خاصة أو عندهم أو

عند العامة مما لا أصل له شرح إختصار علوم الحديث – (1 / 363(

 والشهرة أمر نسبي، فقد يشتهر عند أهل الحديث، أو يتواتر ما ليس عند غيرهم بالكلية ، ثم قد يكون المشهور متواترا أو مستفيضا، وهذا ما زاد نقلته على ثلاثة، وعن القاضي الماوردي أن المستفيض أكثر من المتواتر، وهذا اصطلاح منه، وقد يكون المشهور صحيحا كحديث: الأعمال بالنيات وحسنا، وقد يشتهر بين الناس أحاديث لا أصل لها، أو هي موضوعة بالكلية، وهذا كثير جدا

Sumber : Http://www.Forsansalaf.Com 

Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya

Hadis ini tidak palsu. Bahkan, banyak ulama' menilai hadis ini sebagai hasan seperti Sheikh Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari. Sebahagiannya menilai hadis ini dha'if. Tetapi, tidak sampai tahap maudhu'.

Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih .

Memang yang selalu kita dengar tentang kelebihan solat terawih pada setiap malam tu ada yang palsu. Namun ada juga hadith sahih yang menyatakan kelebihan solat terawih. Penjelasannya di sini : Fadhilat-fadhilat Sahih Solat Terawih

Hadis ke-15: " kita pulang dr jihad yg kecil kepd jihad yg besar".Para sahabat bertanya:"apakah jihad yang paling besar?"Nabi Muhammad menjawab:"Jihad hati( memerangi hawa nafsu)"

 Hadith ini juga bukan palsu bahkan sanadnya adalah sahih. Penjelasannya di sini : Status hadith : Jihad Al Akbar - Memerangi Hawa Nafsu 

Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat 

Hadith ini juga bukan palsu. Sudah dijelaskan oleh Ustaz Nazrul Nasir : Perselisihan Adalah Rahmat

Takhrij Hadith : Al Allamah Al Minawi ketika mentakhrij hadith ini dalam kitab beliau, Faidhul al Qadir Jilid 1, m/s 212 menyatakan : [As Subki berkata : Hadith ini tidak diketahui oleh para muhaddisin. Aku tidak menemui sanadnya yang sahih, dhoief mahupun maudhu'] - Lihat perkataan ulamak yang wara' tidak mudah terus menyatakan PALSU.

As Sayuti berkata: BOLEH JADI ia diriwayatkan dalam sesetengah kitab para penghafal hadith yang tidak sampai kepada kita. - Lihat akhlak ulamak yang berkredibiliti dan tidak bermudah menghukum PALSU secara semberono hanya kerana ia tidak mengetahui sanadnya.

Albaihaqi dalam kitab al Madkhal dan ad Dailami dalam Musnad al Firdaus menyatakan isnadnya. Kedua-duanya daripada hadith marfu' Ibnu Abbas dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Perselisihan sahabat sama dengan perselisihan Umat. Akan tetapi al Hafiz Al Iraqi berkata : Sanad ini dhoief. Anak beliau Abu Zar'ah seorang pentahqiq berkata : Ia juga diriwayatkan oleh Adam bin Abi Ilyas dalam kitab al 'ilmi wal hilm dengan lafaz : "Perselisihan para sahabatku adalah rahmat". Hadith ini mursal dhoief. Dalam Tabaqot Ibnu Sa'ad daripada al Qasim bin Muhammad dinyatakan hadith seumpamanya]

Dr Yusof al Qardhawi ( Kitab Ash-Shahwah Al-Islamiyyah baina Al-Ikhtilaf Al-Masyruwa At-tafarruq Al-Madzmum) berpandangan hadith ini sahih pengertiannya. Pengertian hadith ini disokong oleh riwayat Darulqutni yang dianggap sebagai hadith hasan oleh Imam An Nawawi dalam kitabnya Matan al Arbai'en :
Sesungguhnya Allah Ta'ala meletakkan garis sempadan, janganlah kamu melampauinya. Dia mewajibkan perkara fardhu, janganlah kamu mensia-siakannya. Dia mendiamkan hukum bagi beberapa perkara sebagai rahmat kepada kamu dan bukannya lupa, janganlah kamu mencari-carinya. 

Biasanya, perkara yang didiamkan oleh Allah menjadi sebab kepada perselisihan. Ini kerana ia membentuk ruang kosong dalam perundangan Islam. Setiap ulama akan cuba mengisinya berlandaskan asas-asas pengambilan hukum dan aliran sekolahnya. Ada yang mengambil jalan qiyas. Yang lain mengambil jalan istihsan, Yang ketiga mengambil jalan maslahat. Yang keempat berdasarkan 'uruf. yang lain pula berdasarkan Bara ah al Asliyyah.. dan sebagainya.

Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu 

Hadith ini bukan palsu. Sebab ada hadith yang bererti : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Hassan sahih;diriwayatkan oleh an-nasai’e. Seorang sahabat bernama Jahimah ra datang menemui RasulluAlllah saw meminta pandangan baginda untuk dia ikt serta dalam ekspedisi berjihad.Rasullah saw bertanya: "adakah kamu ada ibu?"Jahimah menjawab : "Ya!" Lalu RasulluAllah saw bersabda:"tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya". 


Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin. 

Tidak semua hadith mengenai kelebihan membaca Surah Yasin adalah palsu. Ada hadith sahih kelebihan membaca surah yasin.

 Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :


 "Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."

 (Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397).

Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

 Rujuk : Prof Dr Sayyid Muhammad 'Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah, Tahqiq al amal fi ma yan fa'u al mayyitu min al a'mal, Jahabersa, 2007, Johor

 Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran

 Ini bukan hadith palsu

Daripada Anas RadiyaLlahu 'anhu :

 قال النبي صلى الله عليه وسلم : إن لكل شيء قلبا و قلب القرأن يس و من قرأ يس كتب الله له بقراءتها قراءة القراءن عشر مرات

Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :
  "Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada jantung, dan jantung al Quran ialah Yasin. Dan sesiapa yang membaca Yasin, akan dituliskan Allah baginya dengan membacanya pahala seumpama membaca al Quran sepuluh kali" 

(Riwayat at Tirmizi dan ad Darimi)

 Menurut Imam at Tirmizi darjat hadith ini adalah hasan gharib. Ia telah diriwayatkan oleh lima orang sahabat radiyaLlahu anhum iaitu Abu Bakar as Siddiq, Anas r.a, Abu Hurairah r.a, Ubay bin Kaab r.a dan Ibn Abbas radiyallahu anhuma. Maka dari segi istilah ia bilangan yang cukup menjadi hadith mahsyur. (Rujuk Majalah Q & A Bil 3, m/s 76-77. Dijelaskan oleh Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS))

 Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat 

 Dijelaskan oleh Ustaz Ayman Akiti : di dalam kitab berjudul al-Hujjaj al-Qath'iyyah fi Shihhah al-Mu'taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66: Adanya Rasulullah SAW itu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya setelah setiap kali doa.

Telah terdapat di dalam sebagian Hadis-Hadis seperti berikut: عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari Bapaknya bahawa Nabi SAW adanya beliau ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan. (Riwayat Sunan Abu Daud, no. 1275)

 Begitu juga disunnahkan bagi orang yang telah solat untuk mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah doa, kerana terkandung di dalamnya beberapa doa kepada Allah Yang Menjadikan Mahasuci-Nya Ta'ala. Maka barangsiapa solat maka dia benar-benar telah berdoa kepada Allah azza wajalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk mengusap wajahnya setelah setiap kali solat. Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:

 وروينا في كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن

 Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).

 Maka jadilah perkara tersebut sebagai dalil bahwa sesungguhnya mengusap wajah itu disyariatkan di dalam agama, dengan pengetahuan bahwasanya Nabi SAW juga mengamalkannya. Penjelasannya ada di sini : Hukum Mengusap Wajah Selepas Solat

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tertulis dengan jelas nama penulis buku tersebut..... siapakah beliau..????

Sudah jelas buku di atas amat bermasalah dan melakukan jenayah ilmiyyah dalam hadith yang amat dahsyat sekali. Kepada asatizah/para pelajar/ibu ayah agar berhati-hati dalam membeli buku agama di pasaran. Apa akan jadi kepada anak-anak kita pada masa akandatang yang membentuk masyarakat dan Umat Islam apabila didedahkan dengan penulis yang mengelirukan umat Islam dan melakukan jenayah Ilmiyyah samada dalam perkara aqidah dan hukum hakam ?

Tolong sebar-sebarkan sebagai langkah mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran. Wallahu'alam 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...