Showing posts with label JENAYAH. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH. Show all posts

Monday, 1 October 2012

MATI DIBUNUH DENGAN LESUNG BATU

Hiasan

KAPAR: “Sewaktu keluar rumah pagi tadi, saya terhidu bau busuk dan sebaik meninjau ke rumah jiran sebelah saya melihat seorang lelaki terbaring di ruang bilik dengan kesan darah yang banyak,” kata jiran kepada seorang lelaki Myanmar dipercayai dibunuh di rumah sewanya di Jalan Haji Tarmidi, Rantau Panjang, semalam.

Saksi yang enggan dikenali berkata, dia kemudian memanggil beberapa ahli keluarganya sebelum seorang daripada mereka bergegas ke balai polis berhampiran membuat laporan.

Katanya lagi, dia tidak menyangka berlaku pembunuhan di rumah berkenaan kerana tidak mendengar sebarang bunyi bising seperti pergaduhan sebelum kejadian, tetapi mengetahui rumah berkenaan dihuni tiga warga Myanmar masing-masing seorang wanita dan dua lelaki termasuk mangsa.


Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an maut akibat cedera di kepala dipercayai diketuk dengan lesung batu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad berkata, polis menemui lesung batu di dapur rumah berkenaan dengan kesan darah dan dipercayai digunakan suspek untuk memukul kepala mangsa.


Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa tinggal bersama dua lagi rakan namun kedua-duanya sudah melarikan diri sebaik pembunuhan berlaku.

Tuesday, 25 September 2012

UPAH KEKASIH BUNUH SUAMI


BANGKOK - Seorang isteri tergamak mengupah kekasihnya termasuk seorang lagi teman mereka untuk membunuh suaminya.

Mangsa, Stephen Phillips, 59, dari Torquay, Devon, yang berkahwin dengan wanita warga Thailand, Wilaiwan, 29, ditembak mati berhampiran rumahnya di kampung terpencil di Baan Phai, kira-kira 250 kilometer utara-timur Bangkok ketika sedang menaiki motosikal.

Jurucakap polis berkata, sehari sebelum kejadian itu, isterinya telah meminta £7,000 (RM34,393) dari suaminya dipercayai untuk membayar upah kepada pembunuh suaminya.

“Ia bermotif wang kerana mangsa baru mengeluarkan wang polisi insurans berjumlah £200,000 (RM982,658) dan terdapat £12,000 (RM58,959) transaksi sepanjang minggu lalu,” katanya.

Hasil soal siasat terhadap pengeluaran wang tersebut, isterinya menafikan sejumlah pengeluaran wang itu dilakukan kerana mereka telah ditipu melalui skim pelaburan atas talian. - The Mail. 


Thursday, 7 June 2012

NGERI : PEKERJA ASING DITEMUI MATI LEHER DIKELAR

alt

GURUN 7 Jun - Seorang pekerja asing telah ditemui dalam dalam keadaan mengerikan setelah dikenalpasti terdapat kesan kelaran pada bahagian leher.

Kejadian yang berlaku di Taman Utama di sini petang tadi telah dijumpai seorang penyelia tapak pembinaan kira-kira pukul 3.20 petang tadi. Turut ditemui berhampiran mayat ialah tangan kanan dipercayai milik suspek yang putus dalam pergaduhan berkenaan.

Suspek yang cedera parah ditemui orang ramai tidak jauh dari tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian, dan berkata siasatan awal mendapati suspek serta mangsa baru sembilan hari masuk ke negara ini untuk bekerja di sektor pembinaan di sini.

Saturday, 17 March 2012

JENAYAH MAKIN PARAH!!!!

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang bekerja sebagai kerani kewangan sebuah syarikat swasta di Ampang ditemui mati dengan kesan kelar di leher di sebuah pangsapuri di Sungai Besi, di sini petang ini (semalam)

Mayat mangsa, Suzila Sabtu, 27, yang hamil dua bulan itu ditemui pada pukul 5.30 petang dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah tersebut oleh seorang lelaki yang merupakan rakan kepada suami wanita itu.

Polis mengesyaki suami wanita berkenaan telah mengelar leher mangsa. – UTUSAN

*** Apa punya kes ni.... sampai mengelar leher isteri sendiri.  Sakit mental?? Pengaruh dadah?? Atau terdengar bisikan yang menyuruh melakukan sedemikian...??? Akal sudah hilang kewarasan!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...