Friday, 23 November 2012

APAKAH WARNA LIPSTIK KEGEMARAN ANDA..?

Tahukah anda..... warna lipstik yang anda pakai itu sebenarnya mencerminkan peribadi anda.....

 

1. Warna Merah Tua  - digambarkan anda sebagai seorang yang menarik, ceria, periang, memiliki kepercayaan diri yang tinggi dan anda berjiwa sangat kewanitaan.

2.  Warna Merah Muda -  mencerminkan keperibadian anda yang jujur, tulus, lembut, merasa selesa jika orang lain selesa dengan anda. Namun begitu, jika anda berkulit gelap, warna ini kurang sesuai untuk bibir anda...

3.  Oren  -  anda digambarkan sebagai seorang yang sentiasa mahu tampil lain dari yang lain atau anda sering mahu bertentangan dengan orang lain.

4.  Ungu Tua  -  mahu berkuasa, suka memerintah, mahu orang lain menuruti kehendak anda dan anda digambarkan seorang yang mempunyai fikiran berbeza dari orang lain.

5.  Krim - anda seorang yang dingin, terlalu berhati-hati dan sering menjarakkan diri anda dari orang lain.

6.  Transparent  -  anda memiliki sifat feminin yang tinggi, sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa pandai menjaga penampilan walau di mana sahaja anda berada.

7.  Berry Coklat  -  anda agak misteri, kuat tetapi tetap seorang yang manis di pandang orang lain.

** Sekadar gambaran sahaja. Sama ada ianya benar atau tidak, hanya diri si pemakai lipstik itu sendiri sahaja yang mengetahui bagaimanakah dirinya yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...