Sekitar Oktober lalu, Mynewshub.my ada melaporkan yang pelakon yang sudah mula berkecimpung dengan dunia politik, Hairie Othman bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang anak VIP bergelar Datuk.
Perkhabaran itu diterima selepas Hairie dikatakan telah mengedarkan kad undangan perkahwinan bersama gadis pilihannya iaitu Dahlia Diana kepada beberapa rakan media.
Walaupun begitu, tarikh perkahwinan mereka tidak didedahkan oleh mana-mana pihak tetapi yang pasti ia akan berlangsung pada tahun ini juga di Dewan Semarak Kayangan Felda, Kuala Lumpur.
Terbaru, menerusi sebuah laman portal, ada mendedahkan sekeping gambar Hairi bersama gadis itu sedang menyarungkan cincin.
Menurut gambar yang yang terdapat di blog berkenaan, gambar itu dimuat naik pada Ahad lalu (25 November).
Nampaknya, Hairie yang bergiat aktif dengan mengikuti parti politik pembangkang ini sudah selamat bernikah dengan gadis pilihannya.
Diharapkan kali ini akan berkekalan sampai bila-bila - mynewshub.
No comments:
Post a Comment