SEJUMLAH orang berhimpun di Stonehenge, England sempena ramalan hari kiamat.
SYDNEY - Bumi yang diramalkan kiamat berdasarkan ramalan sebahagian
peminat fanatik kalendar kaum Maya di Amerika Tengah didapati tidak
berlaku semalam.
Akaun Facebook agensi yang mempromosikan pelancongan di Australia,
Tourism Australia dihujani dengan pertanyaan sama ada penduduk di negara
itu terselamat pada 21 Disember.
Australia merupakan antara negara pertama di dunia yang menerima cahaya matahari pada hari yang diramalkan kiamat itu.
Menurut ahli-ahli arkeologi, kalendar Maya yang bermula antara 11 dan 13
Ogos 3114 Sebelum Masihi (SM) akan berakhir pada 21 Disember atau 23
Disember 2012.
Bagaimanapun, sebahagian pihak membuat tafsiran kemusnahan Bumi akan
berlaku dengan menyebabkan ketibaan hari kiamat pada tarikh tersebut.
Negara-negara Asia semalam tidak dilanda bencana alam yang besar dengan
penduduk di benua tersebut meneruskan kegiatan harian mereka.
Di Taichung, Taiwan, sejumlah pelajar sekolah dan orang dewasa menunggu
ketibaan hari kiamat seperti yang diramalkan itu di depan sebuah binaan
piramid.
- Begitulah keadaannya jika kiamat boleh ditetapkan...
No comments:
Post a Comment