Peminat drama melayu bersiri 'CINTA ITU MILIKKU' tentu tidak menyukai watak antagonis wanita bernama DINI... jahat, tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri sendiri. Dalam siri minggu terakhir drama tersebut, Dini memohon cerai dari suaminya kerana bimbang rahsia kejahatannya terbongkar, tetapi suaminya, Rizuan enggan menceraikannya, tapi itu lakonan dalam drama.
Sebenarnya......
Teka-teki mengenai status pelakon Ana
Dahlia dan Chef Riz terjawab apabila kedua-dua mereka bercerai secara
rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor
dekat sini pada 10 Disember lalu.
Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri
Redzuawan, 31, mengesahkan perkara itu secara ringkas ketika dihubungi
mStar Online, di sini, pada petang Rabu.
“Benar, kemelut perhubungan kami sudah
selesai. Kami telah pun bercerai talak satu secara sah,” katanya ringkas
kerana sibuk berada di gimnasium.
Keretakan perkahwinan pasangan tersebut
mula dihidu pada Oktober lalu selepas Ana dan Riz dikatakan sedang
menghadapi masalah rumah tangga walaupun perkahwinan mereka belum
menjangkau setahun lagi.
Penceraian itu dikatakan berpunca kerana
tiada persefahaman di antara mereka selain perkenalan singkat iaitu
selama lapan bulan yang turut menjadi penyebab perpisahan itu.
Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar dan Riz telah diijabkabulkan pada 11 Disember 2011.
Ia adalah perkahwinan kedua buat Ana.
Sementara itu, Ana yang dihubungi pula
berkata, dia berasa sedikit sunyi sejak berpisah dengan anak lelaki
tukang masak selebriti popular Chef Wan itu.
“Saya berasa sunyi sedikit, mungkin
kerana saya tinggal bersendirian. Tetapi kesannya tidaklah teruk mana
kerana sebelum ini pun saya tinggal sendiri juga.
“Inilah ketentuan dan takdir Tuhan. Saya
terima seadanya dan berharap agar kami dapat menjalani kehidupan dengan
lebih baik, Insya-Allah,” tuturnya yang kini sedang sibuk dengan
penggambaran drama Kerana Lelaki Itu.
Tambah Ana, walaupun kedua-dua mereka
telah bercerai, namun dia tidak pernah menganggap Riz sebagai musuhnya
dan masih lagi berkawan seperti biasa.
“Saya tidak pernah memusuhinya, kami kawan seperti biasa. Cuma hubungan kami tidaklah seperti dahulu lagi,” ujarnya. - mStar Online
No comments:
Post a Comment