Sunday, 11 August 2013

LIF PALING LAJU DI DUNIA


Shanghai : Kerana tidak berpuas hati dengan kedudukannya di tempat kedua bangunan tertinggi di dunia, pereka Shanghai Towers terpaksa memilih kategori berbeza untuk berada di tempat nombor satu.
Mereka menjadikan kelajuan lif sebagai pilihan.
Lif bangunan itu direka oleh Mitsubishi dan mampu bergerak selaju 64 kilometer sejam, mengatasi juara ketika ini Taipei 101 yang berkelajuan 60 kilometer sejam.
Lif itu berupaya bergerak dari tingkat bawah ke tingkat teratas dalam masa seminit dengan kadar 18 meter sesaat yang mungkin boleh menyebabkan pengguna menggeletar atau muntah. - AP
sumber : mymetro

No comments:

Post a Comment