Sunday, 11 August 2013

NENEK 100 TAHUN MAHIR MATEMATIK

Foto

Ampang : Matematik dan Engson Drani sukar dipisahkan. Menjalani kehidupan harian berkait rapat dengan pengiraan membuatkan warga emas berusia 100 ini kekal sihat dan memiliki daya ingatan kuat.

Dilahirkan pada 25 Julai 1913, anak kelahiran Taiping, Perak ini mengamalkan kehidupan sistematik dan tersusun menggunakan Matematik, sama ada ketika bertasbih mahupun menjahit manik pakaian wanita.
“Sejak muda, saya berniaga makanan ringan secara kecil-kecilan di rumah bagi meringankan bebanan ditanggung arwah suami demi membesarkan enam anak.

“Zaman dulu, pengetahuan mengira cuma sedikit dan tiada kemudahan kalkulator seperti hari ini. Jadi pengiraan mudah bukan kesulitan bagi saya kerana terbiasa berniaga,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di Bukit Antarabangsa, di sini.
Tinggal bersama anak kelimanya, Nor Akma Mohd Desa, 51, Engson mempunyai minat tersendiri sebaik menjalani pembedahan membuang selaput mata pada 2008, iaitu menjahit manik pada pakaian wanita.

No comments:

Post a Comment