Kalau sebelum ini A Aida ada menyarankan agar artis buat pembedahan untuk nampak cantik, hari ini menerusi Harian Metro pelakon ini membuat pengakuan telah 3 kali membuat pembedahan hidung. Namun jangan salah sangka. Pembedahan yang telah menelan belanja lebih kurang RM100,000 ini dilakukan untuk merawat kesan kecederaan yang dialami 20 tahun lalu.
Kata A. Aida:-
Saya tidak pernah membuat pembedahan plastik atau kosmetik di bahagian lain tubuh badan saya untuk cantik seperti artis-artis lain tetapi setakat ini, hanya hidung saja dibedah atas dasar rawatan.Saya bukan buat untuk cantik kerana saya memang sudah berpuas hati dengan apa yang Tuhan beri, tetapi kecederaan itu memaksa saya merawatnya.Saya buat sedikit pembedahan ketika itu tetapi bengkaknya masih berterusan dan saya bertemu doktor untuk rawatan kosmetik sekali lagi kira-kira 10 tahun lepas. Bagaimapun masih ada kesan bengkak dan lendiri berkumpul di bahagian batang hidung hingga hujung tahun lalu.Atas nasihat seorang rakan artis, saya lakukan pembedahan kali ketiga dengan kos sebanyak RM25,000 tetapi masih tidak berpuas hati sebab ia tidak kembali seperti hidung asal saya.
Kecederaan pada hidung ini dialami oleh A Aida ketika menjalani pemggambaran drama Lela Sari di Pulau Besar, Melaka. Akibat kecederaan ini, hidung A Aida mempunyai darah beku di dalamnya. Apa pun kalau untuk tujuan rawatan memang dibolehkan untuk membuat pembedahan. Diharap jangan ada artis yang sengaja gatal sebab duit banyak nak bedah kasi mancung hidung pulak.
No comments:
Post a Comment