Showing posts with label WARNA DUNIA SENI. Show all posts
Showing posts with label WARNA DUNIA SENI. Show all posts

Saturday, 9 August 2014

AKSI STUNT DI SET PENGGAMBARAN YANG HAMPIR MERAGUT NYAWA


Manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan sebuah kehidupan... Terutama di dalam kerjaya yang menjadikan hampir keseluruhan hayat kita dihabiskan untuknya....malah sanggup 'menggadaikan' nyawa....

Wednesday, 26 February 2014

A.AIDA MENGAKU 3 KALI BUAT PEMBEDAHAN HIDUNG

a aida bedah hidung

Kalau sebelum ini A Aida ada menyarankan agar artis buat pembedahan untuk nampak cantik, hari ini menerusi Harian Metro pelakon ini membuat pengakuan telah 3 kali membuat pembedahan hidung. Namun jangan salah sangka. Pembedahan yang telah menelan belanja lebih kurang RM100,000 ini dilakukan untuk merawat kesan kecederaan yang dialami 20 tahun lalu.

Wednesday, 31 July 2013

'KAU TAKKAN BERNIKAH DENGAN DIA, KAU AKAN BERNIKAH DENGAN AKU BALIK'


TIDAK ramai yang tahu akan cerita ini. Peristiwa yang berlaku dalam hidupnya pada satu malam, kira-kira tujuh tahun lalu menjadikan penyanyi Memburu Rindu terus-terusan dilanda kasmaran kepada wanita bernama Arianie Mohd. Abidin.

Saturday, 13 July 2013

( FOTO ) : KEMESRAAN BETO KUSYAIRI BERSAMA ISTERI

Ramai yang telah mengenali pelakon Beto Kusyairi. Seorang pelakon drama dan filem yang hebat dan namanya semakin meniti di bibir peminat. Aku amat terkesan dengan lakonan beliau bersama Lisa Surihani dalam filem 'Istanbul, Aku Datang' dan drama bersiri 'Hanya Padamu' yang disiarkan TV3 di samping Emelda Rosmila. Kini beliau giat meneruskan aktiviti di dalam bidang lakonan...

Hari ini aku nak kongsikan beberapa gambar Beto Kusyairi bersama isterinya yang comel dan kecil molek. 


Friday, 12 July 2013

DEMI KECANTIKAN, RAJA EMA JUJUR AKUI BENANGKAN KULIT MUKA, PANTANG MAKAN KACANG

raja-ema

Berita kemunculan semula Raja Ema, 45, dalam industri hiburan tanah air sejak awal tahun ini semestinya menggembirakan segenap peminatnya. Tak kurang beliau menjadi bualan hangat ramai apabila muncul menerusi lakonan dalam drama fenomena, Setia Hujung Nyawa yang disiarkan di TV3.

Tuesday, 21 May 2013

FAKTA MENARIK JIKA ANDA GEMAR 'HIGH-HEEL'

High heels kerap dijadikan sebagai alasan oleh wanita untuk penampilan lebih menarik, lebih tinggi dan tegap agar kelihatan lebih 'seksi'. Tapi ramai tidak menyedari bahawa kalimat 'cantik itu menyakitkan', para selebriti yang tidak pernah lari dari berbuat demikian seolah-olah tidak peduli akan keselesaan kaki mereka demi mahu tampil 'sempurna'.

Berikut dipaparkan beberapa pasang kaki para selebriti hollywood yang 'tidak cantik' akibat pemakaian 'high-heel' yang kurang sesuai.....

Wednesday, 20 February 2013

AKHIRNYA....FIZZ FAIRUZ PUTUS TUNANG DENGAN ISTERI ORANG...

 

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan ramai pihak kerana Fizz sebelum ini bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Credit to Hmetro

Monday, 14 January 2013

MAYA KARIN BERMISAI ?!

Maya Karin sememangnya sinonim dengan filem-filem yang diarahkan oleh Osman Ali. Khabarnya Maya turut memegang watak utama dalam filem terbaru arahan pengarah itu yang diberi judul Sejoli.

Apa yang menarik, terdapat babak dalam filem tersebut yang memerlukan Maya bermisai, dan nampaknya Maya kelihatan kacak dengan misai seperti yang boleh anda lihat dalam gambar di bawah.

Thursday, 20 December 2012

'DINI' DICERAI SUAMI DENGAN TALAK SATU

Chef Riz Lepaskan Ana Dahlia 

Peminat drama melayu bersiri 'CINTA ITU MILIKKU' tentu tidak menyukai watak antagonis wanita bernama DINI... jahat, tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri sendiri. Dalam siri minggu terakhir drama tersebut, Dini memohon cerai dari suaminya kerana bimbang rahsia kejahatannya terbongkar, tetapi suaminya, Rizuan enggan menceraikannya, tapi itu lakonan dalam drama.

Sebenarnya......

Teka-teki mengenai status pelakon Ana Dahlia dan Chef Riz terjawab apabila kedua-dua mereka bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor dekat sini pada 10 Disember lalu. 

Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, mengesahkan perkara itu secara ringkas ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada petang Rabu.

Monday, 17 December 2012

FOTO - KREATIVITI SENI STOKING......

Hong Yi, seorang artis Malaysia yang sangat kretif telah menghasilkan potret hanya dengan menggunakan  stoking. Mari lihat gambar-gambar berikut sehingga habis.........

 

Saturday, 15 December 2012

DATUK K TERLANTAR 10 HARI DI HOSPITAL....

 

Khamis lalu, Datuk K dilaporkan telah mengalami kemalangan ketika menunggang motorsikal kuasa tinggi di New Zealand & telah di’masukkan ke hospital.

Insiden itu memaksa isterinya Dato’ Siti Nurhaliza membatalkan persembahan di Indonesia untuk terbang ke New Zealand melawat suaminya disana & sudah pun selamat tiba.

Kosmo! pada hari ini menyebut yang Datuk K mungkin terpaksa terlantar di hospital untuk tempoh 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand — sebelum dibenarkan pulang.


Namun begitu, keputusan untuk membawa pulang Datuk K lebih awal bergantung kepada keadaan terkini ahli perniagaan itu & keputusan daripada ahli keluarga beliau sendiri.

“Alhamdulillah, keadaan Datuk K stabil tetapi dia mungkin ditahan hospital selama 10 hari sebelum dia dibenarkan pulang ke Malaysia,” kata sumber yang turut memaklumkan Datuk K mengalami patah bahu, tangan & kaki akibat insiden itu.

Kita doakan yang terbaik buat beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...