Friday, 5 September 2014

KETABAHAN SEORANG WANITA SANGGUP BERENANG 2 JAM UNTUK KE HOSPITAL BERSALIN


Seorang wanita hamil terpaksa berenang dalam sungai dari kampungnya menuju ke sebuah hospital di Bangalore, India, di mana dia kemudian selamat melahirkan seorang bayi lelaki, Malaysia Nanban melaporkan. 


Yellavva Balappa Gaddige menetap di "kampung air" Neelakantarayanagadde, dimana kampung ini terputus hubungan dari dunia luar selepas air dilepaskan dari empangan Basava Sagara. 

Menurut akhbar itu, dia berenang selama dua jam sebelum sampai ke hospital.. 

Bercakap kepada pemberita di Bangalore, sepupunya Jattappa berkata Yellavva terpaksa dibedah oleh doktor, sambil menambah bahawa bayi yang baru lahir itu sihat dengan berat 4kg.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...