Showing posts with label AYAM HIDUP. Show all posts
Showing posts with label AYAM HIDUP. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

AYAM CEMANI - SERBA-SERBI HITAM


UNIK dan jarang ditemui.... Hitam bukan warna yang luar biasa dalam dunia haiwan : beruang hitam, gorila berwarna hitam, terdapat baka anjing dan kucing yang berwarna hitam. Tetapi ini baka ayam Indonesia dikenali sebagai Ayam Cemani 'hitam' adalah sama sekali berbeza. Warna hitam Ayam Cemani tidak terhad kepada bulu - warna pada keseeluruhan dan juga di bahagian dalam. Segala-galanya tentang ayam ini adalah hitam - kulit, paruh, lidah, kaki, kuku kaki, termasuk daging, tulang, dan organ-organ. Walaupun darah ayam ini tidak hitam, tetapi sangat berwarna gelap. Ayam Cemani begitu menakjubkan dan eksotik ia disebut sebagai "Lamborghini of poultry." 

Saturday, 21 April 2012

PELIK : MAKAN AYAM HIDUP UNTUK HIDUP..?!

Wanita Pelik Makan Ayam Hidup Setiap Hari

Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia.
Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.
Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!
Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.
Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari!
Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.
Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.
Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...