KASHMIR : Seorang pemuda buat pertama kalinya menceritakan kehidupannya ‘tanpa muka’ dan bagaimana dia begitu takut keadaannya itu diwarisi oleh anak yang masih dalam kandungan isterinya.
Showing posts with label PELIK TAPI BENAR. Show all posts
Showing posts with label PELIK TAPI BENAR. Show all posts
Wednesday, 10 October 2012
MANUSIA TANPA WAJAH
Tuesday, 11 September 2012
BAYI KELUAR DARI TANAH
Menurut sumber, bencana banjir besar yang berlaku di Bangladesh yang telah menenggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh banjir dan terkubur didalam tompokan lumpur.
Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian suatu keajaiban terjadi dimana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur itu telah melahirkan bayinya yang timbul diatas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa.
Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada didalam rahim ibunya yang sudah mati didalam lumpur. Berikut merupakan gambar-gambar tersebut ketika dijumpai.

AYAM BERKAKI 4...?
TUMPAT – Seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia terbeli ayam yang mempunyai empat kaki. Didapati dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut. Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua lalu. “Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara. Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki.”
“Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,” katanya. Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu. “Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat. Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya.
Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut. “Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah. “Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk,” katanya.
Sunday, 5 August 2012
KUCING LAHIRKAN 8 ANAK KEMBAR SIAM BERCANTUM
KLUANG: Seekor kucing yang dipelihara sejak lima tahun lalu dan diberi nama ‘Mak Boy’ melahirkan lapan anak kembar siam, kelmarin.
Pemiliknya, Arafat Subandi, 28, berkata, kelahiran yang berlaku di rumahnya di Felda Kahang Barat di sini, pada jam 8 malam hanya disedarinya selepas berbuka puasa.
“Saya terkejut apabila mendengar Mak Boy berbunyi kuat sebelum melahirkan anak walaupun sudah menjangka dia akan beranak.
“Bagaimanapun, saya terkejut ketika cuba mengangkat anaknya kerana semuanya melekat antara satu sama lain,” katanya.
Arafat yang juga kontraktor berkata, dia yang mengutip Mak Boy di tepi jalan sebelum menjadikannya kucing peliharaan menjaganya dengan penuh kasih sayang dan menyifatkan haiwan itu baik dan mendengar kata.
sumber : Harian Metro
Monday, 30 July 2012
KANAK-KANAK 5 TAHUN DITEMUI HIDUP BERSAMA LEMBU
Moscow – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui hidup dengan lembu, tidak boleh bercakap dan cuma mampu berkomunikasi menerusi bunyi ‘moo’.
Budak berkenaan diselamatkan polis Russia selepas jirannya di daerah Solikamsk membuat laporan.
“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk,” kata polis.Pihak berkuasa dihubungi oleh jiran yang tinggal berhampiran ladang kecil yang diuruskan ibu bapa budak itu.
“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk”. – Jurucakap polis
Pegawai berkata, jiran memberitahu mereka seorang kanak-kanak perempuan tinggal dengan lembu.
“Ketika menyiasat dakwaan itu, kami mendapati ia benar,” katanya.
Ketika ditemui kanak-kanak itu tidak memakai sebarang pakaian dan tinggal dengan lembu di ladang berkenaan.
Dia juga selalu dikurung dalam bilik stor oleh ibu bapanya.
Selepas dihantar ke pusat pemulihan, kanak-kanak itu kini ditempatkan dengan keluarga angkat.
Bukan kes pertama
Dia bukan kanak-kanak pertama ditemui dibesarkan oleh haiwan di Russia.
Pada tahun 2009, Natasha Mikhailova ditemui dibesarkan dengan sekumpulan anjing di kediaman bapanya di Chita.
Natasha, yang juga berusia lima tahun ketika ditemui, cuma menyalak untuk berkomunikasi, menyedut makanan dan cuma sebesar kanak-kanak berusia dua tahun. – Agensi
Friday, 20 July 2012
LANGIT RUNTUH DI GARIE, AUSTRALIA ?
Satu kejadian yang amat aneh telah berlaku di Garie, Australia yang mana kelihatan langit telah dipaparkan seperti sedang runtuh. Gambar yang telah dirakam oleh David Dullaway pada tahun 2009 ini dikatakan diambil dengan secara tidak sengaja ketika satu ribut besar bakal melanda Pantai Garie yang berada selatan Sydney.
Seorang penduduk Garie yang namanya dirahsiakan berkata, “Saya seperti bermimpi apabila melihat kejadian yang sangat aneh ini. Langit seakan-akan sedang runtuh“. Beliau telah menetap di Garie selama 10 tahun dan mengatakan ini merupakan pengalaman pertama beliau. Di bawah merupakan gambar langit runtuh (atauthe sky is falling).
Lihat saja langit yang seolah-olah hendak runtuh ini, penulis pun terasa seram di hati. Bagaimanalah keadaannya hari kiamat itu di mana langit terbelah, gunung bertaburan, manusia seperti serangga berterbangan, ibu mengandung keguguran anak, ibu lupakan anak dan macam-macam lagi. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan mematikan kita dalam iman kita paling tinggi.
Sumber: Melayukini
Monday, 9 July 2012
DALAM DURIAN ADA DURIAN
KOTA BHARU - Seorang peniaga durian di Kampung Jambu Merah Melor, Rosli Deraman, 40- an, terkejut selepas melihat sebiji lagi durian berada di dalam durian yang dijualnya di kampung terbabit kelmarin.
“Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya.
Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan buah,” katanya kepada Sinar Harian.
Kejadian terbabit turut disaksikan seorang penggemar buah terbabit, Halim Razak, 33, dan dia juga amat terkejut dengan kejadian itu.
“Saya memang penggemar durian, tetapi ini merupakan pengalaman pertama melihat durian mengeluarkan sebiji lagi durian dan bukan isinya.
“Memang agak pelik, walaupun ia tidak mempunyai buah namun keunikannya itu menjadi perhatian ramai,” katanya.
“Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya.
Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan buah,” katanya kepada Sinar Harian.
Kejadian terbabit turut disaksikan seorang penggemar buah terbabit, Halim Razak, 33, dan dia juga amat terkejut dengan kejadian itu.
“Saya memang penggemar durian, tetapi ini merupakan pengalaman pertama melihat durian mengeluarkan sebiji lagi durian dan bukan isinya.
“Memang agak pelik, walaupun ia tidak mempunyai buah namun keunikannya itu menjadi perhatian ramai,” katanya.
Monday, 4 June 2012
BUAH KELAPA BERTUNASKAN POKOK PISANG
Penduduk di Kampung Peracak, Ogan Komering Ulu Timur di Sumatera Selatan terkejut apabila mereka menemui buah kelapa yang pelik kerana ia bertunaskan sebatang pokok pisang.
Mereka semua terkejut apabila menemui sebiji buah kelapa ditumbuhi pokok pisang. Pokok pisang setinggi kira-kira 80 sentimeter yang tumbuh pada buah kelapa itu ditemui oleh Muhamad Edi, 52, warga RT 02, kampung Peracak, mukim Bungamayang.
Dia menemui buah kelapa pelik itu ketika sedang menanam jagung di ladang rakannya, Komar, dua minggu lalu. Menurut Edi, sebelum dia menemui buah kelapa itu, dia terhidu bau bungamelati.
“Ekoran bau bunga itu sangat kuat, saya dan Komar berusaha mencarinya tetapi sebaliknya menemui buah kelapa ini,” katanya kepada Sripoku.com. Edi berkata, buah kelapa bertunas pokok pisang itu ditemui di atas timbunan kulit kelapa di tempat pengupasan kelapa.
PELIK : AKAR HERBA YANG MENYERUPAI BUDAK
Seorang petani dari China telah menemukan salah satu daripada tanamannya yang pelik apabila pokok herba yang di tanamnya mempunyai akar herba yang menyerupai seorang budak kecil seperti di dalam gambar.
Para saintis berusaha untuk memahami proses penghasilan pelik akar herba yang telah digali keluar dari tanah oleh seorang petani di China itu.
Petani itu, Zheng Dexun, 63 menunjukkan heshouwu iaitu herba china atau sejenis ubi yang berupa manusia, di Langzhong, Barat Daya Wilayah Sichuan, China. Ubi ini seberat 5.8 kilogram dan berdiri 62 sentimeter tinggi, menyerupai kanak-kanak yang telanjang.
Petani itu, Zheng Dexun, 63 menunjukkan heshouwu iaitu herba china atau sejenis ubi yang berupa manusia, di Langzhong, Barat Daya Wilayah Sichuan, China. Ubi ini seberat 5.8 kilogram dan berdiri 62 sentimeter tinggi, menyerupai kanak-kanak yang telanjang.
Uniknya, di bahagian ‘kepala’ ubi terdapat mata dan hidung yang menonjol. Sebagaimana bentuk tubuh manusia, ubi tersebut juga dilengkapi dengan lengan, kaki.
Ini bukan kali pertama penemuan ubi pelik. Penemuan yang hampir serupa oleh seorang petani turut menggemparkan dunia dimana ubi berjantina.
Sumber: Zerotional untuk Portal Berita Pelik
Ini bukan kali pertama penemuan ubi pelik. Penemuan yang hampir serupa oleh seorang petani turut menggemparkan dunia dimana ubi berjantina.
Sumber: Zerotional untuk Portal Berita Pelik
Labels:
AKAR HERBA,
PELIK TAPI BENAR
Tuesday, 29 May 2012
PELIK TAPI BENAR : AYAM MASIH HIDUP WALAU SUDAH 9 HARI DISEMBELIH
Tiada sesiapa yang dapat menafikan kekuasaan yang dimiliki oleh Allah S.W.T baik manusia mahu pun makhluk-makhluk lain.
Setiap yang hidup dan mati, semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T dan ketentuan itu jugalah dapat dilakukan olehNya hatta dalam sekelip mata.
Misteri menyelubungi sebuah kampung Bukit Raya Dalam di Pendang apabila seekor ayam sabung kacukan selasih yang disembelih masih lagi hidup walaupun sudah melepasi sembilan hari ternakan itu disembelih.
Kejadian tersebut masih lagi baru di mana pemilik ayam ternakan itu, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayamnya untuk dijadikan juadah pada dua minggu yang lepas.
Selepas disembelih, Esomuddin membiarkan ayam itu mati dengan sendirinya memandangkan urat mareh dan urat leher sudah pun terputus.
Bagaimanapun, selepas dua jam dibiarkan ayam itu untuk ‘mati’, Esomuddin terkejut kerana ‘nyawa’ ayam itu masih lagi panjang.
“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.
“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,”
Dengan keajaiban dan misteri yang terjadi di kawasan kampung itu, ramai pula yang menawarkan harga yang tinggi untuk memiliki ayam tersebut.
Tetapi, Esomuddin menolak pelawaan tawaran yang diberikan berikutan takut sekiranya perkara misteri itu berubah menjadi khurafat.
Semalam, genap sembilan hari ayam tersebut masih lagi bernyawa. Esomuddin sendiri berasa kasihan dengan ayam itu memandangkan haiwan ternakannya itu tidak dapat makan kerana urat leher sudah diputuskan.
Namun, seorang penduduk kampung tersebut telah membacakan beberapa surah dan ayat Al-quran dan barulah ayam itu mati dengan serta-merta.
Tidaklah sukar bagi Allah S.W.T untuk menyempurnakan semula kejadian setiap makhluk setelah mengalami kereputan jasad dan tulang belakang ketika dibangkitkan atau dicipta semula.
Firman Allah S.W.T bermaksud: “Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya : “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”. Katakanlah : “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya).” – Surah Yasin : Ayat 78-79.
Subhanallah, kuasa Tuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

