Showing posts with label SABAH. Show all posts
Showing posts with label SABAH. Show all posts

Thursday, 31 May 2012

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 'LAUT MERAH/RED TIED'?

Description: cid:image001.jpg@01CD1986.54BEB9B0

Lebih kurang 2 bulan yang lepas, Jabatan Perikanan Sabah memaklumkan kejadian Air Merah /Red Tide di perairan laut Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokaliti berhampiran. Semua jenis kerang (tiram, dalus, remis dll) serta ikan palagik (tamban, basung, dll) adalah tidak selamat dimakan buat semantara waktu. Namun ikan laut dalam, udang, ketam dan sotong selamat dimakan tetapi insang dan organ dalam perlu dibuang serta dicuci sebelum di masak.


Description: cid:image002.jpg@01CD1986.54BEB9B0

Red tide yang berlaku di pantai barat Sabah ini berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton dinoflagellate di dalam air laut. Orang ramai juga perlu berhati-hati ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini kerana dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar. Kajian yang dijalankan mendapati kandungan toksin pada kerang seperti kupang, tiram dan lain-lain makanan siput laut meningkat. "Kandungan toksin ini boleh menyebabkan keracunan makanan laut itu akan menyebabkan cirit-birit dan muntah yang membahayakan kepada kesihatan.,
Kesan awal akibat memakan makanan laut yang tercemar ini termasuklah rasa loya, kebas, pening dan sakit kepala. sesiapa yang mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin di pusat kesihatan berhampiran. Phytoplankton atau alga ialah sejenis tumbuhan laut satu sel yang sangat halus. Ia menjadi makanan kepada pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan dan kerang-kerangan.Walaupun terdapat beribu-ribu spesies phytoplankton, hanya lebih kurang 100 spesies boleh mendatangkan keracunan. Perubahan cuaca, pertukaran arus, peningkatan aliran sungai ke laut, penggunaan baja berlebihan dan peningkatan aliran kumbahan boleh menyebabkan harmful algal bloom (HAB) atau pertumbuhan pesat phytoplankton yang mengandungi toksin berlaku. Faktor-faktor ini akan menyebabkan peningkatan nutrien dalam air. Pertukaran suhu juga dikesan dapat menggalakkan pertumbuhan phytoplankton. HAB berlaku apabila jumlah phytoplankton meningkat melebihi 10,000 sel setiap liter air laut. Kadangkala fenomena HAB menyebabkan air laut bertukar warna menjadi merah-coklat.


Tuesday, 22 May 2012

NAMA-NAMA PELIK DI SABAH


  

KOTA KINABALU –  Mereka yang bukan berasal dari Sabah sering keliru dengan nama-nama pelik yang digunakan penduduk pelbagai etnik di negeri itu.
Nama-nama pelik seperti Mogumbirak, Tigabelas, Ponyrace, Samalia Cuba dan Rothmans sering menjadi bahan gurauan dan menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.
Namun, terdapat cerita menarik di sebalik bagaimana nama-nama tersebut diberikan seperti dalam kes melibatkan seorang bekas Pengarah Jabatan Arkib Negeri Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin.

“Agak sukar untuk membawa nama ini. Di sekolah, saya sering diusik dan sukar untuk berkawan tetapi saya belajar membiasakan diri dengan keadaan itu,” katanya.
Beliau berkata, nama tersebut diberikan selepas kematian tragik berturut-turut yang menimpa keluarganya.
Nama itu sebenarnya diberikan untuk menyelamatkan nyawa beliau.
“Sebelum kehadiran saya, ibu bapa saya memiliki 12 cahaya mata dan kesemuanya meninggal dunia.
“Mereka (ibu bapa) mendapatkan nasihat daripada penduduk kampung di Kota Belud termasuk bomoh dan mereka memberitahu sama ada memberikan saya nama unik atau menyerahkan saya kepada keluarga angkat,” katanya.
Tigabelas berkata, doktor yang menyambut kelahirannya mencadangkan nama tersebut kepada ibu bapanya selepas mengetahui mengenai kematian adik-beradik saya.
“Selepas mengetahui saya anak yang ke-13, dia mencadangkan agar saya dinamakan Tigabelas.
“”Saya percaya, saya anak ke-13 yang bertuah kerana hanya saya seorang terselamat. Ibu melahirkan dua anak selepas saya tetapi mereka turut meninggal,” katanya.
Dalam kebanyakan kes melibatkan nama aneh, ibu bapa yang buta huruf pada 1960 dan 1970 merupakan penyebab utama.
Mereka memberikan nama berdasarkan bunyi atau memilih perkataan popular seperti Ponyrace atau jenama rokok terkemuka seperti Rothmans atau Benson.
Mogumbirak, seorang lelaki dari etnik Rungus berusia 50 tahun yang berasal dari Kudat menarik perhatian tanpa diminta.
Pekerja buruh, Samalia Cuba yang namanya diangkat sempena dua negara iaitu Somalia dan Cuba enggan memberikan sebab keluarganya memilih nama tersebut.
“Tidak apalah, tidak payah tanya. Saya ada kerja sekarang,” katanya ketika dihubungi Ahad. (Mstar.com.my)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...