Tuesday, 10 July 2012

'TAMBAT' ANAK DI TEMPAT KERJA KERANA MISKIN

tied_up_babies_640_05

Jumlah rakyat China kini dianggarkan sekitar 1.3 billion orang.
Walaupun dianggap sebuah kuasa besar dalam ekonomi, ramai rakyatnya masih dicengkam derita kemiskinan.
Pendapatan yang rendah menyebabkan ramai pekerja bawahan di sana tidak dapat membayar untuk khidmat penjagaan anak-anak mereka.
Apa yang menyedihkan, disebabkan faktor tersebut, ramai yang terpaksa membawa sekali anak-anak mereka ke tempat mereka mencari rezeki.
Bukan itu saja, bagi memastikan anak mereka selamat, mereka terpaksa ‘menambat’ anak mereka ketika bekerja.
Mungkin perkataan ‘menambat’ itu agak kasar bunyinya, tapi lihat sendiri gambar-gambar di bawah ini.
Bersyukurlah kerana apa yang kita lihat, tidak berlaku di negara Malaysia yang kita cintai ini.





POKOK TERBALIK

Adansonia Digitata atau Pokok Baobab merupakan pokok aneh yang boleh ditemui di Afrika dan Australia.
Baobab dikenali sebagai pokok terbalik kerana memiliki daun yang sedikit dan memiliki ranting yang kelihatan seperti akar kayu.

Menurut cerita dongeng yang kononnya dijadikan lagenda, ianya menceritakan bahawa Dewa Thora tidak menyukai Baobab yang tumbuh di kebunnya lalu mencampakkan pokok itu dari syurga ke bumi.  Walaubagaimana pun, pokok tersebut mendarat dan tumbuh dalam posisi terbalik.

Versi dongeng lain pula menyatakan bahawa pokok tersebut ditanam oleh dewa tapi pokok tersebut terus berjalan, lalu tuhan menarik pokok tersebut ke atas dan menanamnya secara terbalik bagi mengelakkannya dari terus bergerak.

Pokok ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 5 hingga 30 meter dan memiliki diameter 7 hingga 11 meter.  Ia juga boleh hidup selama ribuan tahun.  Penduduk setempat menggunakan pokok Baobab untuk membuat jaring ikan, tali, karung dan pakaian.











5 KESILAPAN KECIL NASA MEMBAWA KERUGIAN YANG SANGAT BESAR


1. Challenger Space Shuttle

Estimated Loss: $6.7 billion

Di lancarkan pada 28 januari 1986..punca kegagalan yang di kenal pasti adalah o seal di sebelah kanan solid rocket booster tidak berfungsi ketika berlepas dan telah menyebabkan sambungan solid rocket booster berlubang dan meletup membunuh 7 krew di dalam kapal angkasa






2. Orbiting Carbon Satellite (OCO)

Estimated loss: $170 million

Fungsi benda ni adalah menkaji peredaran dan lapisan asal karbon dioksida untuk mencegah global warming.pelancaran dah cantik tetapi bila tiba ke atmosfera satelite gagal berpisah dari roket dan jatuh semula ke bumi terhempas dalam laut.




3. Genesis

Estimated Loss: $264 million

Kapal angkasa ni di lancarkan untuk menkaji dan membawa balik angin di setiap peringkat sistem solar..dari data yg di kumpul saintis boleh mengkaji dgn lebih tepat lagi tetapi NASA telah silap langkah dgn cuba mengapungkan setelite ni di ruang udara mengunakan payung terjun ketika cuba mendarat ke bumi.hancur beb..mendarat memang mendarat di Utah tapi dah tak rupa setelite dah..






4.Apollo 1 Test Cabin

Estimated loss: $616 million

Kabin ni terbakar tiba tiba dan membunuh 3 krew di dalamnya..setelah di siasat punca kebakaran tidak di temui tetapi banyak barang mudah terbakar seperti nylon dan velcro dalam kabin tu..




5. Columbia Space Shuttle

Estimated Loss: $ 1.5 billion (approximately)

27 kali dgn jayanya berlepas ke angkasa tetapi kali ke 28 berderai jadi debu..ketika cuba masuk ke lapisan atmosfera bumi kapal angkasa ni tidak berjaya menahan kepanasan berpunca dari penebat haba kecil yg tertanggal ketika berlepas.







Monday, 9 July 2012

JURUFOTO UNTUK PERCERAIAN..

Lazimnya khidmat jurufoto atau jurugambar atau fotographer adalah untuk mengabadikan saat-saat indah dan manis dalam kehidupan, seperti majlis pertunangan, hari konvokesyen, harijadi, perkahwinan dan sebagainya.



Seorang fotografer asal Itali, Gianni Fasolini  memiliki idea briliant setelah mendengar bahawa statistik pasangan suami-isteri yang bercerai di negaranya mengalami kenaikan. Suami-istri yang menikah pasti akan menyewa jasa fotografer untuk mengabadikan momen indah mereka, lalu Giani berfikir mengapa tidak menawarkan jasa fotografer untuk mengabadikan perceraian sepasang suami-isetri.
Fotografer berumur 45 tahun ini mengatakan bahawa pernikahan adalah sesuatu hal yang sangat penting pada kehidupan seseorang, namun tidak boleh dinafii bahawa perceraian merupakan juga sebuah momen penting. Sebuah idea yang cukup kreatif, meskipun hal tersebut lebih terlihat seperti mengabadikan kesedihan seseorang.

MASIH MENYUSU 'BOTOL' WALAUPUN SUDAH BERUSIA 31 TAHUN !!

Seorang lelaki yang sudah berusia 31 tahun dikenali sebagai Stanley cuba untuk menjadi seorang kanak-kanak kecil. Tabiat pelik itu dilakukan adalah semata-mata mahu merasai pengalaman menjadi kanak-kanak.








Stanley Thornton bukan sahaja tidur dalam kandang bayi malah dia juga mempunyai bilik tidur sendiri yang dihiasi dengan perhiasan budak kecil. Menurut Stanley, setiap hari dia berlagak seolah-olah dia budak berusia dua tahun dan dengan melakukannya, dia merasakan ia satu perkara paling penting dalam hidupnya. Ia merupakan perasaan yang tidak pernah saya alami sepanjang saya membesar.



__________________

JUAL SUSU SEGAR SECARA KREATIF

VAN BERGERAK YANG MENJUAL SUSU SEGAR DI CHINA. NI BARU LA BETUL-BETUL KREATIF....TAK PERLU SUSAH-SUSAH PERAH DI KANDANG... TAPI CARA KREATIF NI JUAL SAMBIL PERAH....

Kesian pulak aku tengok muka kambing-kambing nih....hehehe


Kambing tu tak buang najis la pulak kan.... 


Selamat.........membeli.

SUSU....PELENGKAP GAYA HIDUP


BIARPUN rasanya tawar dan ramai tidak menggemarinya, susu memiliki banyak fungsi serta manfaat kepada tubuh badan.

Bagi mendapatkan umur yang produktif, susu membantu pertumbuhan agar lebih cergas dan bertenaga manakala untuk mereka yang lanjut usia, minuman berwarna putih ini menguatkan tulang supaya tidak mudah rapuh. 

Disebabkan susu mempunyai banyak vitamin dan protein, setiap orang disarankan untuk mengambilnya sebagai diet harian mereka.

Jadi, tidak hairanlah jika Hari Susu Sedunia yang disambut setiap 1 Jun diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingannya kepada tubuh badan seseorang tanpa mengira usia.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Marigold, Michael Ong, ramai yang tidak mengetahui fungsi susu dalam badan dan peranannya kepada tubuh seseorang.

“Kebanyakan pengguna tidak tahu bagaimana nutrien penting dalam susu berfungsi kepada tubuh mereka, contohnya 95 peratus daripada kalsium dalam badan terdapat dalam gigi dan tulang.

“Jika kita tidak mengambil kalsium yang mencukupi melalui susu untuk menambah lagi jumlahnya yang hilang, ia boleh mengakibatkan osteoporosis iaitu suatu keadaan yang dialami oleh kira-kira 200 juta wanita di seluruh dunia.

“Pengambilan susu sejak awal dan diamalkan setiap hari boleh membantu untuk membina badan dan tulang yang kuat. Ia juga membantu dalam pembekuan darah dan pengecutan otot,” katanya yang menyarankan pengambilan dua hingga tiga gelas susu setiap hari.

Tambahnya, kesedaran mengenai kebaikan pengambilan susu terhadap kesihatan memberi inspirasi kepada Marigold untuk terus mendidik masyarakat mengenai kepentingannya.

Justeru, sempena Hari Susu Sedunia itu juga, Marigold menganjurkan siri jelajah ke seluruh Malaysia selama seminggu bagi mengiktiraf khasiat susu dan faedah kesihatan kepada generasi hari ini.

“Kesihatan berterusan pengguna memberi inspirasi kepada kami di Marigold untuk meraikan sambutan Hari Susu Sedunia yang diharap dapat mendidik orang ramai mengenai kepentingannya sejak di alam kanak-kanak hingga dewasa.

“Pengambilan susu yang berkualiti dapat melengkapkan gaya hidup sihat di samping membantu mencapai tahap kesihatan yang lebih baik secara keseluruhannya.

“Kami bangga menyokong dan meraikan Hari Susu Sedunia di Malaysia sebagai pengilang dan pengedar produk tenusu yang berkualiti sejak 1969,” katanya mengenai pembabitan jenama itu meraikan Hari Susu Sedunia, baru-baru ini.

Siri jelajah yang bermula di Jusco Mid Valley, Kuala Lumpur Jun lalu bertujuan mengetengahkan faedah dan kepentingan susu kepada semua peringkat masyarakat tanpa mengira usia dan jantina.

Pengambilan susu membantu dalam menggalakkan kesihatan gigi dan tulang serta mencegah osteoporosis sebagai sebahagian daripada komitmen Marigold untuk memberi nutrisi berkualiti kepada masyarakat.

Karnival berkenaan turut mendedahkan pengunjung mengenai kebaikan susu yang mengandungi kalsium, fosforus, magnesium dan protein, antara nutrien penting untuk pertumbuhan tulang serta tumbesaran kepada seisi keluarga.

Antara produk minuman Marigold dikenali ramai ialah HL Marigold Susu Rendah Lemak yang mengandungi sumber nutrien tinggi seperti kalsium dan protein selain diperkaya dengan sterol tumbuhan tambahan.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk minuman Marigold, layari www.marigold.com.my.

DALAM DURIAN ADA DURIAN

Rosli menunjukkan buah sebiji lagi durian dalam durian dijualnya.

KOTA BHARU - Seorang peniaga durian di Kampung Jambu Merah Melor, Rosli Deraman, 40- an, terkejut selepas melihat sebiji lagi durian berada di dalam durian yang dijualnya di kampung terbabit kelmarin.

“Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya.

Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan buah,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian terbabit turut disaksikan seorang penggemar buah terbabit, Halim Razak, 33, dan dia juga amat terkejut dengan kejadian itu.

“Saya memang penggemar durian, tetapi ini merupakan pengalaman pertama melihat durian mengeluarkan sebiji lagi durian dan bukan isinya.

“Memang agak pelik, walaupun ia tidak mempunyai buah namun keunikannya itu menjadi perhatian ramai,” katanya.

Wednesday, 4 July 2012

MARILAH BERAMAL....


SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD : "HENDAKLAH KAMU BERTAQWA KEPADA ALLAH, JIKA ADA SESEORANG MEMALUKAN ENGKAU DGN SESUATU YANG MEMANG ADA PADA ENGKAU (KEBURUKAN YANG ENGKAU LAKUKAN ) ,,MAKA JANGANLAH ENGKAU BERTINDAK BALAS MEMALUKANNYA PULA DGN MENDEDAHKAN SESUATU (KEBURUKAN ATAU KEJAHATAN) YANG ADA PADANYA. KERAANA (JIKA KAMU SABAR) KAMU AKAN MEMPEROLEHI PAHALA (CACIANNYA ) DAN IA MEMPEROLEHI CELAKA (DOSA) . JANGANLAH KAMU MEMAKI SESUATU..... ( IMAM AHMAD TARMIZI )..

SABDA NABI LAGI :......." JIKA ADA DUA ORANG SERING MENCACI-MAKI DIANTARA MASING-MASING,MAKA KEDUA-DUANYA ADALAH SYAITAN YANG MENYALAK-NYALAK DAN MEMBUAT KEKACAUAN. " ( IHYA` ULUMUDDIN OLEH IMAM GHAZALI ..

KELEBIHAN BULAN SYAABAN



Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Nisfu Syaaban

 

Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.

* Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. * Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. * Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)

Puasa Sunat di bulan Syaaban

Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)

1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)

Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w

Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin) 

Bertaubat

Sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)


Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...