Saturday 20 October 2012

AKHIRNYA....NEWSWEEK DIBERHENTIKAN !

newsweek-cover
Newsweek hari ini mengumumkan ia akan menamatkan percetakan majalah berusia 80 tahun itu, dan menerbitkannya menerusi medium digital sebagai tanda industri itu sedang bergelut dalam era internet.

Ketua Pengarang dan pengasas Newsweek, Tina Brown, tidak mengatakan selamat tinggal kepada majalah itu.
"Seperti majalah dan surat khabar Amerika Syarikat yang lain, Newsweek bergelut dengan kejatuhan menerusi keuntungan pengiklanan media cetak, pengedaran yang semakin merosot dan penghijrahan pembaca untuk berita online percuma,” katanya.
Edisi terakhir Newsweek edisi cetak akan diterbitkan pada 31 Disember ini, sebelum ia akan kekal dalam format 'online' sahaja.
Edaran majalah itu jatuh daripada lebih empat juta sejak sedekad lalu kepada sekitar 1.5 juta tahun lalu.
Sebelum ini, sebuah lagi majalah terkemuka Far Eastern Economic Review (FEER) turut menamatkan penerbitan pada 2009 selepas bergelut dengan masalah yang sama. Lebih malang pada FEER kerana ia terus ditutup selepas terbit sejak 1946.- AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...