Monday 1 October 2012

MATI DIBUNUH DENGAN LESUNG BATU

Hiasan

KAPAR: “Sewaktu keluar rumah pagi tadi, saya terhidu bau busuk dan sebaik meninjau ke rumah jiran sebelah saya melihat seorang lelaki terbaring di ruang bilik dengan kesan darah yang banyak,” kata jiran kepada seorang lelaki Myanmar dipercayai dibunuh di rumah sewanya di Jalan Haji Tarmidi, Rantau Panjang, semalam.

Saksi yang enggan dikenali berkata, dia kemudian memanggil beberapa ahli keluarganya sebelum seorang daripada mereka bergegas ke balai polis berhampiran membuat laporan.

Katanya lagi, dia tidak menyangka berlaku pembunuhan di rumah berkenaan kerana tidak mendengar sebarang bunyi bising seperti pergaduhan sebelum kejadian, tetapi mengetahui rumah berkenaan dihuni tiga warga Myanmar masing-masing seorang wanita dan dua lelaki termasuk mangsa.


Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an maut akibat cedera di kepala dipercayai diketuk dengan lesung batu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad berkata, polis menemui lesung batu di dapur rumah berkenaan dengan kesan darah dan dipercayai digunakan suspek untuk memukul kepala mangsa.


Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa tinggal bersama dua lagi rakan namun kedua-duanya sudah melarikan diri sebaik pembunuhan berlaku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...