COLOMBO - Helah seorang pengunjung untuk mencuri berlian bernilai hampir AS$14,000 (RM44,000) dengan cara menelan batu permata berharga itu akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa di pameran barang kemas terbesar di Sri Lanka, semalam.
Menurut polis, lelaki warga China berumur 32 tahun itu berpura-pura untuk melihat berlian tersebut secara dekat semasa dia berkunjung ke Facets Sri Lanka yang diadakan di Colombo.
Dia telah memasukkan berlian itu ke dalam mulutnya tanpa menyedari perbuatan tersebut diperhatikan oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment