Tuesday, 25 September 2012
UPAH KEKASIH BUNUH SUAMI
BANGKOK - Seorang isteri tergamak mengupah kekasihnya termasuk seorang lagi teman mereka untuk membunuh suaminya.
Mangsa, Stephen Phillips, 59, dari Torquay, Devon, yang berkahwin dengan wanita warga Thailand, Wilaiwan, 29, ditembak mati berhampiran rumahnya di kampung terpencil di Baan Phai, kira-kira 250 kilometer utara-timur Bangkok ketika sedang menaiki motosikal.
Jurucakap polis berkata, sehari sebelum kejadian itu, isterinya telah meminta £7,000 (RM34,393) dari suaminya dipercayai untuk membayar upah kepada pembunuh suaminya.
“Ia bermotif wang kerana mangsa baru mengeluarkan wang polisi insurans berjumlah £200,000 (RM982,658) dan terdapat £12,000 (RM58,959) transaksi sepanjang minggu lalu,” katanya.
Hasil soal siasat terhadap pengeluaran wang tersebut, isterinya menafikan sejumlah pengeluaran wang itu dilakukan kerana mereka telah ditipu melalui skim pelaburan atas talian. - The Mail.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment