Monday, 29 October 2012

PAKSA KANAK-KANAK JADI PELACUR GUNAKAN SIHIR


LONDON : Seorang lelaki yang menggunakan ritual sihir bagi memaksa kanak-kanak menjadi pelacur, didapati bersalah di mahkamah Canterbury atas dakwaan menyeludup manusia dan merogol.

Friday, 26 October 2012

LELAKI INI KUNYAH JARINYA SENDIRI

Makan Jari Sendiri 

Satu ketika dulu, Mynewshub.my ada mengeluarkan satu artikel mengenai seorang lelaki telah memakan muka gelandangan setelah mengambil dadah jenis Bath Salt.

RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS LIMAU KASTURI

Dah selalu sangat menikmati nasi impit dan lemang setiap kali musim raya. Lagipun makanan tersebut juga boleh didapati pada bila-bila masa sahaja, walaupun bukan musim perayaan.

Untuk juadah makan tengahari hari ni, penulis ingin berkongsi resepi dengan semua pembaca setia WARNA-WARNI KEHIDUPAN.

IKAN SIAKAP KUKUS LIMAU KASTURI

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan siakap - berat anggaran 600 gm
Bersihkan.

LELAKI KOREA JAGA PENAMPILAN DENGAN BERSOLEK

Lelaki Korea

Pernahkah kita dengar mana-mana lelaki suka menyolek wajah atau senang cakap ‘make-up’?

Monday, 22 October 2012

UBAH WAJAH KERANA TAKSUB KARTUN



Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai impian menjadi kenyataan.  Gara-gara terlalu taksub dengan watak dalam dunia animasi, seorang gadis Jepun sanggup menjalani pembedahan plastik untuk menukar wajahnya menjadi wajah kartun kegemarannya.



DLCW JUARA TERBUKA DENMARK 2012


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima hadiah hari jadi ke-30 paling istimewa apabila menjuarai Kejohanan Yonex Terbuka Denmark yang berlangsung di Odense, Denmark Ahad malam waktu Malaysia.


Pemain nombor satu dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan menundukkan cabaran pemain China Du Pengyu yang memberi tentangan sengit sebelum akur 15-21, 21-12, 21-19.

Chong Wei membawa pulang wang tunai US$30,000 (RM91,500).

Sementara itu, beregu lelaki negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Shin Baek Choel/Yoo Yeon Seong 21-19, 11-21, 19-21  - BERNAMA

AAMIR KHAN DAN IBU TUNAIKAN HAJI

Wanita di sebelah Aamir Khan ini bukan ibunya, tetapi aktres terkenal Bollywod, Rani Mukherjee bergambar semasa pelancaran runut bunyi filem Talaash di Mumbai pada 18 Oktober lalu.

MUMBAI - Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita India Today semalam.

Sunday, 21 October 2012

OKU KENDALIKAN RESTORAN DI GAZA

Restoran di Gaza dikendalikan pekerja bisu


BEBERAPA pekerja menggunakan bahasa isyarat di dapur restoran Atfaluna di Bandar Gaza kelmarin.


BANDAR GAZA, Palestin - Sebuah restoran di sini yang dikendalikan beberapa pekerja bisu dibuka kepada orang ramai pada Selasa lalu.

STADIUM CANGGIH DAN FUTURISTIK DI QATAR


Berikut dipaparkan gambar-gambar stadium yang bakal dibina di Qatar sempena World Cup 2022 yang akan diadakan di negara itu.... canggih dan sangat futuristik!!!

Al-Khor Stadium, Capacity +45000
al khor Qatars Amazing Stadiums
 

RUMAH TERPANJANG DI DUNIA, SEPANJANG 150 METER



Rumah ini terletak di atas bukit Khao Yai, THailand dan direka oleh Shinichi Ogawa & Associates dari Jepun. Rumah ini merupakan rumah terpanjang di dunia iaitu sepanjang 150 meter dan dilengkapi dengan kawasan rumah, kolam renang dan bilik yang sangat panjang. 

Saturday, 20 October 2012

AKHIRNYA....NEWSWEEK DIBERHENTIKAN !

newsweek-cover
Newsweek hari ini mengumumkan ia akan menamatkan percetakan majalah berusia 80 tahun itu, dan menerbitkannya menerusi medium digital sebagai tanda industri itu sedang bergelut dalam era internet.

KEBAKARAN DI SEMPOERNA, 611 PENGHUNI KAMPUNG SELAMAT, TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG !

KEBAKARAN BESAR: Penduduk Kampung Selamat berpusu-pusu menyelamatkan harta benda di kediaman masingmasing ketika kebakaran berlaku.

 

SEMPORNA  : Seramai 611 penghuni di Kampung Selamat, Simunul, tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman yang diduduki musnah dalam satu kebakaran yang memusnahkan 81 rumah di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu.

Namun difahamkan lima penduduk cedera kerana melecur di bahagian kaki dalam kebakaran itu dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Semporna.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Semporna, Mohd Razali Awang Ahmad, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.41 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, bomba hanya mengambil masa beberapa minit untuk tiba ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna.

Menurut beliau, operasi memadam api turut menerima bantuan daripada sebuah jentera dan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau selain dua jentera utiliti bersama tujuh anggota dari Daerah Kunak.

“Bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 1.50 petang.

“Operasi tamat sepenuhnya sekitar jam 3.53 petang serta kami difahamkan lima penduduk tercedera kerana melecur di dalam insiden itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya sambil menambah, hasil siasatan awal mendapati jumlah kerugian mencecah kira-kira RM938,000.

Kampung Selamat yang rata-ratanya merupakan penempatan di atas air dan padat dengan kapasiti penghuninya sekitar 3,000 orang itu terletak berhampiran bandar Semporna.

SUMBER :  Borneo Post

Wednesday, 17 October 2012

MASJID QIBLATAIN

masjid qiblatain 

Masjid ini mempunyai 2 kiblat. Sebab itulah di sebut sebagai Masjid Qiblatain. Masjid ini terletak di Madinah.

KISAH MASJID QIBLATAIN..... 

BUAH LABU YANG MENYERAMKAN


BELLAIRE  : Inilah skulptur menyeramkan yang diukir daripada buah labu.
Artis, Ray Villafane dan Andy Bergholtz menghasilkan ciptaan Halloween yang menyeramkan ini di bengkel mereka.

WARIS RAJA RICHARD III BERDEBAR TUNGGU KEPUTUSAN UJIAN DNA

 
GAMBAR fail menunjukkan dua lelaki yang memakai kostum askar pada zaman pertengahan berdiri di lokasi tempat rangka tulang dipercayai milik Raja Richard III ditemui di Leicester pada 12 September lalu.

LONDON - Sekumpulan ahli arkeologi kini menunggu dengan penuh debaran hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang akan menentukan sama ada rangka tulang yang ditemui di dalam lubang di sebuah tempat meletak kereta di Leicester milik bekas pemerintah England, Raja Richard III.

SEKOLAH TERBESAR DI DUNIA

 

Sebuah sekolah di India, City Montessori School di Lucknow, India dinobatkan menjadi sekolah terbesar di dunia oleh Guinness Book of World Records.

Tuesday, 16 October 2012

OBSES PADA KEBERSIHAN, MANDI 5 JAM ?

Kak Julia Ni Cuci Tangan 300 Kali Sehari, Syampu 25 Kali Sehari, Mandi Lima Jam!

Kak Julia Ni Cuci Tangan 300 Kali Sehari, Syampu 25 Kali Sehari, Mandi Lima Jam!

Penyakit terlalu taksub dengan kebersihan memang wujud di dunia ini.

APAKAH BANGSA NISNAS ???

Disebutkan dalam Kitab-kitab bahwa ada orde Mahluk yang menghuni dan menguasai Bumi sebelum Orde Manusia. Konon dikatakan bahwa mahluk tersebut adalah Bangsa Jin dan Bangsa Nisnas. 

Bangsa Nisnas adalah makhluk hidup pertama di Bumi, mereka hidup satu masa dengan Jin, merekapun hidup satu masa dengan Dinosaurus. 

Monday, 15 October 2012

HANS ISAAC SERIUS DENGAN NEELOFA

Akhirnya...Hans Mengaku Hubungannya Dengan Neelofa SERIUS

PETALING JAYA – Aktor dan produser Hans Isaac mengakui hubungannya dengan pelakon Neelofa adalah serius tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kisah tersebut kerana berasa serik dengan kegagalan hubungan cintanya sebelum ini.

KOPI GAJAH...???

Kopi luwak yang  berasal dari Indonesia telah dikenal sebagai kopi termahal di dunia. Kini kopi Asli Indonesia mulai dapat pesaing dari negera gajah putih. Sebuah resort di Chiang Rai, Thailand, mengembangkan jenis kopi baru, yang juga diproses dari Gajah.
“Sebuah penelitian menunjukkan bahwa selama proses pencernaan, enzim gajah memecah protein kopi. Protein merupakan salah satu faktor utama dari cita rasa pahit, maka pemecahan protein mengurangi rasa pahit itu sendiri,” kata resor dalam rilisnya, sebagaimana dilansir CNNGO, (12/10).
Kopi gajah asal Thailand ini miliki harga jual dua kali ganda dari kopi luwak. Kopi gajah dijual USD 1.100  per kg atau USD 50 secawan. Sebagai perbandingan, kopi luwak dijual seharga USD 500-600  per kg atau USD 30 secawan.
Buat yang teruja dengan kopi gajah, Anda boleh mencubanya di Thailand. 
*** Bahan campurnnya berasal dari gajah??? Huhu.... halal ke kopi ni? 

NORODOM SIHANOUK MENINGGAL DUNIA

Norodom Sihanouk


PHNOM PENH – Norodom Sihanouk, bekas raja Kemboja yang menjadi tokoh yang berpengaruh besar dalam politik lebih enam abad, meninggal dunia hari ini.

Thursday, 11 October 2012

"SAYA SUDAH LAMA TIDAK BERTUDUNG".......

Raja Ema Mengaku Sudah Lama Tidak Bertudung

Raja Ema Mengaku Sudah Lama Tidak Bertudung 

Sudah agak lama tidak mendengar nama pelakon wanita, Raja Ema dalam dunia hiburan tanah air.

AKIBAT TIDAK BERSYUKUR DENGAN WAJAH CANTIK ..

Hang Mioku seorang wanita cantik yang berusaha mempertahankan kecantikannya dengan melakukan implan silicon pada wajahnya. Pengalamannya semoga menjadi pelajaran buat kita semua tentang hal ini. Wanita ini mengalami kerosakan teruk pada wajahnya kerana silicon yang di tanamkan di wajahnya.

Suntikan pertamanya belum membuat dia puas atas penampilan barunya, dia pun melakukannya beberapa kali tapi belum juga membuatnya mendapatkan kepuasan atas usahanya tersebut, bahkan tidak cuma menyuntik silicon, dia juga menjalani beberapa kali pembedahan untuk hal tersebut. Namun yang terjadi tidak seperti yang di harapkannya. Apa yang di lakukan justru semakin memburukkan keadaan kerana retouching yang berlebihan.

Ada baiknya kita mengetahui tentang apa sebenarnya silicon yang biasa di gunakan untuk "memperbaiki" wajah tersebut.


Silikon adalah polimer nonorganik yang berbeza-beza, dari cecair, gel, getah, hingga sejenis plastik keras. Beberapa ciri-ciri khusus silikon: tak berbau, tak berwarna, kalis air, serta tak rosak akibat bahan kimia dan proses pengoksidaan, tahan dalam suhu tinggi, serta tidak dapat menghantarkan elektrik. Pertama kali ditemui, digunakan untuk membuat lem, pelincir, injap jantung buatan, hingga implan payudara.

Wednesday, 10 October 2012

LAGI...LAGI... NABILA HUDA..!!!

 

Tiba hari Rabu & dunia hiburan masih bercakap tentang Nabila Huda atau sekurang kurangnya kami masih menulis tentang pelakon ini. Jadi, ini adalah Minggu Nabila Huda. Heh.

MANUSIA TANPA WAJAH


KASHMIR  : Seorang pemuda buat pertama kalinya menceritakan kehidupannya ‘tanpa muka’ dan bagaimana dia begitu takut keadaannya itu diwarisi oleh anak yang masih dalam kandungan isterinya.

BESARNYA BUAH LABU !!

DANIKA STARR bergambar di tepi buah labu bapanya.

TELUK HALF MOON, California - Seorang petani dari Oregon, Thad Starr memenangi pertandingan buah labu paling berat di sini kelmarin.

Buah labu milik Starr, 45, itu seberat 805 kilogram.


Ekoran kemenangan itu, dia memperoleh wang tunai berjumlah AS$10,650 (RM32,700).


Menurutnya, dia mahu menggunakan wang tersebut untuk membawa keluarganya melancong ke Disneyland. - AP"

IKAN PAUS MATI SELEPAS DISERANG JERUNG

SEBUAH jentolak digunakan untuk menolak ikan paus ke arah pantai dekat Cape Town kelmarin.

CAPE TOWN - Bangkai seekor ikan paus gergasi sepanjang 30 meter ditemui terdampar di tepi pantai dekat sini, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Haiwan tersebut dipercayai mati akibat diserang oleh beberapa ekor ikan jerung putih pada Ahad lalu.


Ikan paus yang mati itu akan dihantar ke pusat pembuangan bangkai haiwan di Vissershok di sini.


Bangkai ikan itu dihanyutkan ombak ke pantai Muizenberg.


Jurucakap Pusat Pengurusan Risiko Bencana Cape Town, Wilfred Solomons-Johannes berkata, dia belum mengetahui sama ada haiwan itu masih hidup semasa diserang ikan jerung putih.


Pantai itu terkenal dengan kehadiran beberapa ekor ikan jerung tersebut. - Agensi"

WANITA KETIKA SEDANG BERCINTA HARGA DIRINYA LEBIH RENDAH DARI PELACUR....?


Mungkin ini suatu cerita yang fiktif bagi anda, namun kali ini  cerita yang mungkin boleh saja menyedarkan anda semua.

Saturday, 6 October 2012

SALURAN TV INTERNET HARAM (MyIPTV) DISERBU SKMM

Sebuah syarikat pembekal langganan siaran antarabangsa diserbu pihak berkuasa menyebabkan kira-kira 2,000 pelanggan televisyen menggunakan protokol internet itu yang dikenali sebagai MyIPTV di sini berputih mata. 

 

Saluran TV Internet haram, MyIPTV diserbu SKMM - Terbakor

TELUR TERSENYUM

 

Sebuah telur membuat terkejut  pemiliknya saat mengunjungi reban tempatnya memelihara ayam. Dia menemukan sebiji telur yang dikulitnya memiliki pola senyuman. 

KUDA KETAGIH MEE SEGERA ?



MARGATE – Seekor kuda poni ketagih makan mee instant @ mee segera setelah ia mencuba memakan mee yang ditinggal pemiliknya. Kuda itu menggemari mee dengan rasa ayam dan cendawan.

Zoe Foulis dari Margate, Inggris memiliki kuda poni bernama “Magic” yang senang memakan mee instant. Di usianya yang ke-empat, Magic suka mengunyah jerami di kandang.

Tuesday, 2 October 2012

ARTIS POPULAR 'SELUDUP' PAKAIAN BERNILAI RM2K

Satu gossip di laman hiburan berkenaan dengan seorang aktress yang boleh dikatakan popular telah melakukan sesuatu yang kurang enak di dengar. “Seludup” pakaian yang bernilai RM2,000!!
 Aktress Popular ‘Seludup’ Pakaian Bernilai RM2,000
Gambar Hiasan
Aktress berkenaan di katakan berbuat demikian di satu majlis pembukaan (di rahsiakan) yang turut di hadiri ramai penggiat fesyen, VIP dan selebriti lain.
 Aktress Popular ‘Seludup’ Pakaian Bernilai RM2,000














Turut di katakan, aktress muda tersebut baru sahaja berkahwin pada tahun lepas dan turut mempunyai kedai pakaian sendiri. Siapakah aktress tersebut? Masih lagi menjadi rahsia, mungkin satu hari nanti ianya akan terdedah jua.

ANUGERAH MAJLIS PENGKRITIK FILEM KL 2012

Keputusan Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL 2012

Untuk pengetahuan anda, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).
Mereka ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem.
Tahun ini, majlis itu telah meneliti 62 buah filem untuk dianalisa.
Menurut mereka, terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu.
Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji seperti cerita Bunohan.
Walaupun jalan cerita sukar difahami tetapi teknik pembikinan filem ini boleh dikatakan terbaik setakat ini.
Berikut adalah keputusan Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012 yang telah dikeluarkan hari ini.
FILEM TERBAIK
Songlap (Lina Tan, Ahmad Puad Onah, dan Lee Mee Fung sebagai penerbit)
PENGARAH TERBAIK
Dain Said untuk Bunohan
PELAKON LELAKI TERBAIK
Faizal Hussein untuk Bunohan
PELAKON WANITA TERBAIK
Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Haris Hue Abdullah untuk Songlap
LAKON LAYAR TERBAIK
Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Husyairy Hussein untuk Bunohan
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Normah Damanhuri untuk Songlap
Majlis ini turut memberi pengiktirafan penghormatan buat Charin Pengpanich sebagai pengarah sinematografi untuk Bunohan yang bukan warganegara Malaysia.
Untuk tahun hadapan, pencalonan akan dibuka buat warganegara bukan Malaysia yang membikin filem tempatan, usahasama mahupun di bawah produksi tempatan.
Anda rasa bagaimana? Wajarkah dibuka kepada orang luar?
Oleh: KASIH ISA
MyMassa

TRAJEDI 2 BOT PENUMPANG BERLANGGAR DI HONG KONG

25 maut tragedi 2 bot penumpang Hong Kong 
Salah satu bot penumpang yang terlibat dalam perlanggaran di Pulau Lamma, Hong 
Kong lewat malam tadi

HONG KONG - Seramai 25 orang maut selepas dua bot penumpang berlanggar di Pulau Lamma, Hong Kong lewat malam tadi.

Salah satu bot membawa 121 penumpang dan tiga anggota krew ke lokasi pertunjukkan bunga api sempena satu perayaan. China mengisytiharkan cuti umum sempena perayaan semalam dan perariran Hong Kong sibuk sebelah malam tadi.

Lebih 40 orang cedera dalam kejadian itu. Operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini.

Monday, 1 October 2012

MATI DIBUNUH DENGAN LESUNG BATU

Hiasan

KAPAR: “Sewaktu keluar rumah pagi tadi, saya terhidu bau busuk dan sebaik meninjau ke rumah jiran sebelah saya melihat seorang lelaki terbaring di ruang bilik dengan kesan darah yang banyak,” kata jiran kepada seorang lelaki Myanmar dipercayai dibunuh di rumah sewanya di Jalan Haji Tarmidi, Rantau Panjang, semalam.

Saksi yang enggan dikenali berkata, dia kemudian memanggil beberapa ahli keluarganya sebelum seorang daripada mereka bergegas ke balai polis berhampiran membuat laporan.

Katanya lagi, dia tidak menyangka berlaku pembunuhan di rumah berkenaan kerana tidak mendengar sebarang bunyi bising seperti pergaduhan sebelum kejadian, tetapi mengetahui rumah berkenaan dihuni tiga warga Myanmar masing-masing seorang wanita dan dua lelaki termasuk mangsa.


Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an maut akibat cedera di kepala dipercayai diketuk dengan lesung batu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad berkata, polis menemui lesung batu di dapur rumah berkenaan dengan kesan darah dan dipercayai digunakan suspek untuk memukul kepala mangsa.


Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa tinggal bersama dua lagi rakan namun kedua-duanya sudah melarikan diri sebaik pembunuhan berlaku.

7 PERKARA YANG TIDAK BOLEH SELEPAS MAKAN

Berikut ini adalah 7 fakta yang tidak boleh dilakukan setelah makan.

1. Jangan merokok

Penelitian dari para ahli membuktikan bahwa merokok sebatang rokok setelah makan sama dengan merokok 10 batang rokok (kemungkinan terserang kanker lebih besar).


2. Jangan langsung memakan buah-buahan

Memakan buah-buahan secara langsung setelah makan akan menyebabkan perut dipenuhi dengan udara. Untuk makan buah, lebih bagus di lakukan satu jam setelah jam makan atau 1 jam sebelum makan.


3. Jangan minum teh

Karena daun teh mengandung kandungan asam yang tinggi. Konten ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita konsumsi sulit untuk dicerna.


4. Jangan melonggarkan tali pinggang

Longgarkan sabuk setelah makan akan menyebabkan usus memutar dan diblokir.


5. Jangan berjalan secara langsung


Orang sering mengatakan bahwa berjalan beberapa langkah setelah makan akan memperpanjang hidup Anda. Padahal ini tidak benar. Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak bisa menyerap nutrisi dari makanan yang kita makan. Ini menjadi USELESS!


6. Jangan Mandi


Mandi akan meningkatkan aliran darah ke tangan, kaki dan tubuh yang menyebabkan jumlah darah di sekitar perut akan terus berkurang. Ini akan melemahkan sistem pencernaan dalam perut kita.

7. Jangan langsung tidur


Makanan yang kita makan tidak dapat dicerna dengan baik. Ini akan menyebabkan radang usus dan pengalaman lambung.

Dan hal yang paling penting adalah JANGAN lupa untuk membayar makanan anda jika Anda makan di sebuah restoran....

UNIK : KERETA BULUH

PARDO memandu 'kereta buluh' di sebatang jalan raya di Bogota pada Jumaat lalu.


BOGOTA, Colombia - Seorang artis seni, Jose Mauricio Pardo membina badan sebuah kereta dengan menggunakan sejumlah batang buluh.
Dia memandu kereta tersebut di sekitar bandar raya ini pada Jumaat lalu.
Kereta itu turut dilengkapi dengan enjin dan tayar. - Agensi