Friday, 26 October 2012

LELAKI KOREA JAGA PENAMPILAN DENGAN BERSOLEK

Lelaki Korea

Pernahkah kita dengar mana-mana lelaki suka menyolek wajah atau senang cakap ‘make-up’?


Selalunya golongan wanita atau perempuan sahaja yang sinonim untuk menyolek wajah.

Amat jarang kita ketahui seseorang lelaki itu sama ada suka menyolek wajah atau tidak.

Kecuali kalau lelaki itu adalah seorang yang ‘metroseksual’.

Berbeza dengan golongan lelaki di negara Korea, mereka cenderung untuk menyolek wajah sebelum ke pejabat.

Bagi mereka, lelaki perlu untuk sentiasa tampil dengan wajah yang berseri dan menarik untuk meningkatkan prestasi kerjaya mereka.

Salah seorang penduduk Korea yang menetap di Seoul, Cho Won-hyuk, tabiatnya setiap pagi adalah memestikan dia untuk memakai bedak dan celak sebelum keluar rumah.

“Memiliki wajah bersih dan licin membuatkan anda kelihatan memiliki penjagaan diri yang baik,” katanya.

Bukan itu sahaja, golongan lelaki yang mementingkan solekan wajah juga akan membawa kotak kecil atau beg yang penuh dengan alat solekan setiap hari ke mana sahaja mereka pergi.

Yang pasti, mereka akan singgah kerap ke tandas untuk menyolek wajah pada waktu-waktu tertentu.

Di Korea, pakar kajian di Universiti Nasional Australia mendakwa, fenomena lelaki bersolek 
semakin meningkat adalah kerana ia menjadi pengukur kejayaan seseorang lelaki.

Dasyat!


Macam mana dengan golongan lelaki di Malaysia?

Sumber : My News Hub

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...