Thursday, 11 October 2012

"SAYA SUDAH LAMA TIDAK BERTUDUNG".......

Raja Ema Mengaku Sudah Lama Tidak Bertudung

Raja Ema Mengaku Sudah Lama Tidak Bertudung 

Sudah agak lama tidak mendengar nama pelakon wanita, Raja Ema dalam dunia hiburan tanah air.


Baru-baru ini, sebuah majalah tempatan, Majalah Nona telah menampilkan wajah baru Raja Ema yang menghiasai muka hadapan majalah itu.

Memang penampilan dan rupa paras Raja Ema jauh berbeza dengan yang dahulu ketika dia pernah memakai tudung dengan sopan.

Jadi, ramai juga yang agak terkejut dan hairan dengan kemunculan Raja Ema yang sekarang ini.

Melalui laporan akhbar Harian Metro, Raja Ema sendiri hairan dengan isu dia tidak memakai tudung dibangkitkan oleh orang ramai.

Malah, dia menerangkan sudah bertahun-tahun dia tidak bertudung.

“Terus terang, saya tak faham kenapa isu buka tudung pula yang digembar-gemburkan kerana saya sudah bertahun-tahun tidak bertudung cuma ramai orang yang tak tahu kerana saya sudah lama tidak aktif dalam bidang hiburan lagi,” kata Raja Ema.

Mengenai tampil dengan bertudung, Raja Ema mempunyai pandangannya sendiri tentang perlunya untuk menutup aurat.

Kata Raja Ema, bertudung tidak perlu dilakukan dalam keadaan terpaksa.


“Bertudung bukanlah satu paksaan kerana kita perlu dengan rela hati untuk melaksanakan kewajipan itu.

“Saya tidak mahu sekadar bertudung saja tapi pakaian tetap mengikut bentuk badan, menjolok mata atau bertudung tapi masih mendedahkan sebahagian rambut,” katanya.

SUMBER : My News Hub

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...