Showing posts with label DUNIA ARTIS. Show all posts
Showing posts with label DUNIA ARTIS. Show all posts

Monday, 22 October 2012

AAMIR KHAN DAN IBU TUNAIKAN HAJI

Wanita di sebelah Aamir Khan ini bukan ibunya, tetapi aktres terkenal Bollywod, Rani Mukherjee bergambar semasa pelancaran runut bunyi filem Talaash di Mumbai pada 18 Oktober lalu.

MUMBAI - Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita India Today semalam.

Monday, 15 October 2012

HANS ISAAC SERIUS DENGAN NEELOFA

Akhirnya...Hans Mengaku Hubungannya Dengan Neelofa SERIUS

PETALING JAYA – Aktor dan produser Hans Isaac mengakui hubungannya dengan pelakon Neelofa adalah serius tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kisah tersebut kerana berasa serik dengan kegagalan hubungan cintanya sebelum ini.

Thursday, 11 October 2012

"SAYA SUDAH LAMA TIDAK BERTUDUNG".......

Raja Ema Mengaku Sudah Lama Tidak Bertudung

Raja Ema Mengaku Sudah Lama Tidak Bertudung 

Sudah agak lama tidak mendengar nama pelakon wanita, Raja Ema dalam dunia hiburan tanah air.

Tuesday, 2 October 2012

ARTIS POPULAR 'SELUDUP' PAKAIAN BERNILAI RM2K

Satu gossip di laman hiburan berkenaan dengan seorang aktress yang boleh dikatakan popular telah melakukan sesuatu yang kurang enak di dengar. “Seludup” pakaian yang bernilai RM2,000!!
 Aktress Popular ‘Seludup’ Pakaian Bernilai RM2,000
Gambar Hiasan
Aktress berkenaan di katakan berbuat demikian di satu majlis pembukaan (di rahsiakan) yang turut di hadiri ramai penggiat fesyen, VIP dan selebriti lain.
 Aktress Popular ‘Seludup’ Pakaian Bernilai RM2,000














Turut di katakan, aktress muda tersebut baru sahaja berkahwin pada tahun lepas dan turut mempunyai kedai pakaian sendiri. Siapakah aktress tersebut? Masih lagi menjadi rahsia, mungkin satu hari nanti ianya akan terdedah jua.

ANUGERAH MAJLIS PENGKRITIK FILEM KL 2012

Keputusan Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL 2012

Untuk pengetahuan anda, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).
Mereka ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem.
Tahun ini, majlis itu telah meneliti 62 buah filem untuk dianalisa.
Menurut mereka, terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu.
Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji seperti cerita Bunohan.
Walaupun jalan cerita sukar difahami tetapi teknik pembikinan filem ini boleh dikatakan terbaik setakat ini.
Berikut adalah keputusan Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012 yang telah dikeluarkan hari ini.
FILEM TERBAIK
Songlap (Lina Tan, Ahmad Puad Onah, dan Lee Mee Fung sebagai penerbit)
PENGARAH TERBAIK
Dain Said untuk Bunohan
PELAKON LELAKI TERBAIK
Faizal Hussein untuk Bunohan
PELAKON WANITA TERBAIK
Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Haris Hue Abdullah untuk Songlap
LAKON LAYAR TERBAIK
Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Husyairy Hussein untuk Bunohan
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Normah Damanhuri untuk Songlap
Majlis ini turut memberi pengiktirafan penghormatan buat Charin Pengpanich sebagai pengarah sinematografi untuk Bunohan yang bukan warganegara Malaysia.
Untuk tahun hadapan, pencalonan akan dibuka buat warganegara bukan Malaysia yang membikin filem tempatan, usahasama mahupun di bawah produksi tempatan.
Anda rasa bagaimana? Wajarkah dibuka kepada orang luar?
Oleh: KASIH ISA
MyMassa

Wednesday, 11 July 2012

SHAHIRA TIDAK KISAH MENYARA KELUARGA

Sharifah Shahira

PETALING JAYA – Pelakon Sharifah Shahira mengakui menanggung perbelanjaan keluarga memandangkan suaminya, Zulkifli Azhari, 38, tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon.
Shahira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 38, bagaimanapun berkata, dia tidak kisah dengan hal itu memandangkan suaminya mengambil tugas menguruskan rumah tangga mereka.
“Nak buat macam mana, pelakon lelaki semakin ramai, dah semestinya para penerbit memilih muka-muka baru untuk karya terbitan mereka. Mungkin kerana itu Ijoy sudah tidak lagi mendapat tawaran berlakon.
“Dan memandangkan saya pula mendapat rezeki lebih dengan tawaran berlakon serta mengacara yang datang bertubi-tubi, apa salahnya saya bekerja selagi diperlukan?
“Lagipun, kami tahu tanggungjawab masing-masing, dan saling membantu dalam setiap perkara,” katanya.
Tambah Shahira, walaupun menanggung perbelanjaan keluarga, dia masih lagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam keluarganya itu.
“Walaupun sibuk bekerja, tidak bermakna saya boleh buat sesuatu perkara sesuka hati. Saya masih lagi menghormati Ijoy sebagai suami dan memasak buat seisi keluarga jika ada kelapangan,” tuturnya.
Ditanya pernahkah dia dikritik gara-gara suaminya tidak bekerja, Shahira lebih senang bersikap tidak mengendahkan kata-kata negatif yang dilemparkan.
Malah, dia juga tidak membaca sebarang berita berunsur gosip terutamanya dalam pelbagai laman sosial di internet.
“Saya mengambil sikap tidak mengendahkan gosip-gosip atau kata-kata fitnah yang dilemparkan agar tidak timbul sebarang masalah dalam keluarga.
“Lagipun saya pun tidak mahu bercakap besar kerana kita tidak tahu perkara yang bakal terjadi pada masa akan datang nanti.
“Apa yang saya harapkan ialah agar kami sekeluarga bahagia sehingga akhir hayat, Insya-Allah,” ujarnya.
Shahira dan Ijoy telah mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003 setelah menjalin cinta ketika sama-sama menjayakan drama bersiri ‘Mat Despatch’ suatu ketika dahulu.
Hasil dari perkahwinan itu kedua-dua mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Allisya, 14, Airell, 8, Airra, 5 dan Auddra, 3.
Mengenai perkembangan terbaru, Shahira bakal muncul menerusi program Jom Berbuka (musim ketiga) yang akan disiarkan pada bulan Ramadan ini setiap Sabtu dan Ahad pukul 6.30 petang. – mStar Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...