Showing posts with label IBU DAN ANAK. Show all posts
Showing posts with label IBU DAN ANAK. Show all posts

Friday, 25 May 2012

RENUNGAN UNTUK IBU DAN ANAK

IBU KITA DAN KITA SEBAGAI IBU....

  • Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila ada masa untuk buat benda tidak baik tetapi tidak ada masa nak buat yang baik.
  • Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
  • Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang. Oleh itu ibu-ibu jangan jatuhkan air mata dan anak-anak jangan buat ibu jatuhkan air mata. Menangislah kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
  • Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
  • Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
  • Membaca al-Quran sehingga menitis air mata.
  • Memandang wajah ibu yang sedar tidur atau sedar sehingga berlinang air mata.
3 orang yang kita perlu tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
  • Anak
  • Ibu
  • Suami.
Kalau kita ada perselisihan faham dengan suami sehingga nak bercerai, tataplah muka suami kita ketika dia tidur - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tetapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang tidak ada, bolehlah teruskan apa yang patut.

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya tidak akan menangis di hari kematian ibunya, cuma menangis dalam hati sahaja. Oleh itu bagi sesiapa yang masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu. 

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu.


Kalau ada niat yang baik teruskanlah.. 

Kalau tidak mampu melakukan sesuatu, pasang niat pun sudah mencukupi. Maksudnya jika tidak mampu menolong orang, niat nak menolong pun sudah memadai.

Kalau kita tidak mampu meletakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat meletakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dahulu. 

Ada kaedah di mana kita boleh meminta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah ini dipanggil “wasilah amal” .
  • “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
  • Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Maknanya wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
  • Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit atau musibah.
    • Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah.
    • “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”.
    • “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
  • Malah suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
Berdoa

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakan beliau!
  • Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.
  • Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
    • Contohnya pergi ke pusara mak kita dan cakap..“Mak, esok anak saya nak kahwin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kahwinkan” atau “Bapa saya nak kahwin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”
    • Luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
  • Bila melalui kawasan perkuburan, perlahankan perjalanan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “Berkatilah si A ini” dan jika tidak bagi salam, mereka akan kata “Celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam kepada merika.
Bersedekah

Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain menyimpan harta sampai mati dan tidak pernah keluarkan zakat. 
  • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
  • Bila hendak keluar berbelanja, selalu sediakan duit untuk bersedekah kerana dalam duit kita itu ada hak orang susah. Jadi bila ada orang buta datang masa makan, bagilah duit sebab kita nak cari orang susah untuk diberi sedekah agak susah masa sekarang dan tidak ada masa jadi Allah hantarkan orang susah ini untuk kita dapatkan pahala! Tetapi awas dengan mereka yang menyamar atau berpura-pura.
  • Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tidak ada teruskanlah memberi peruntukkan itu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku”. Itu yang buat ibu kita bahagia di sana.
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
Ibu atau Bapa Sakit
  • Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk.. ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyok.. Hakikatnya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu atau bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
  • Allah kalau boleh tidak mahu kita masuk neraka oleh itu Allah tidak akan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi Dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum Dia mengambil kita.
Saka

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
  • Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi. Di samping itu selalu sakit tulang belakang atau tulang belakang bengkok atau rasa mengantuk selepas asar.
  • Saka dipindahkan melalui kasih sayang, harta pusaka walaupun sebiji pinggan atau amalan atau sentuhan.
  • Di antara penyakit saka adalah kanser payu dara, kanser rahim dan kanser tulang.
Tanda-tanda terkena saka 
  • Tidak boleh tidur lena tetapi apabila hampir azan subuh, senang lena.
  • Bila sudah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
  • Susah hendak dapat anak, senang gugur.
  • Ada rasa kelibat orang lalu.
  • Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak bersama, bercakaplah sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka
  • Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyaAllah saka akan cair dan keluar dari badan.
  • 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah kanser, aids dan leukemia.
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
  • Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.
Anak Lari Dari Rumah
  • Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dipenyangkut baju dan anginkan dan hadiahkan surah al-Ikhlas setiap hari.
  • Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyAllah akan sampai panggilan kita kepadanya.
Anak Degil

Bila anak sudah tidur, duduk di hujung kepala panggil Roh Anak
  • Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.
Maklum balas daripada mereka  yang pernah mencuba sungguh menakjubkan, setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi.


Wallahualam....

IBU BERPRESTASI ANAK BERKUALITI



Tahukah anda, perkembangan minda, mental dan fizikal anak bergantung pada prestasi ibu yang mendampingi mereka. Tak percaya?

Ibu berprestasi tidak semestinya mreka yang menduduki jawatan tinggi dan gaji besar, bahkah si ibu yang sederhana tetapi amat disiplin membahagi masanya untuk anak mungkin lebih berpeluang mendapat anak-anak yang hebat. Atau mereka yang mempunyai keahlian tertentu dan sangat bangga dengan dirinya akan membawa pengaruh positif dalam proses mendidik anak.

Walaupun si ibu hanya seorang penjual karipap, tetapi dia amat bangga dengan hasil jualannya, kemudian perasaan bangga dan gembira itulah yang dibawanya bersama ketika berinteraksi dengan anak, tentu perasaan positif sebegini akan mempengaruhi jiwa anak untuk lebih bersemangat membina kehidupannya. Anak juga akan berasa amat menghargai ibu yang telah menunjukkan pengorbanannya untuk keluarga.

Tetapi, jika si ibu yang kononnya berpangkat tinggi pulang membawa masalah dan tekanan sehingga mempengaruhi interaksinya dengan anak, tentu si anak akan berasa kecewa didampingi ibu yang kerap marah-marah, stress, tak menghargai apatah lagi sudi memuji anak. Oleh itu, siapapun anda dan apapun status yang anda pegang, bergembiralah di hadapan anak-anak kerana ia menunjukkan anda bersedia memberi impak positif pada anak.

Apakah ciri-ciri anda berprestasi supaya anak-anak tumbuh dengan kualiti sahsiah yang hebat?

1 – Kuat semangat

Anda tidak pernah rasa malu walaupun harus bersaing dengan ibu-ibu hebat yang berkelulusan tinggi dan bergaji besar. Tidak menganggap kekurangan rupa dan harta menjadi faktor kegagalan dalam mendidik anak.

Pernahkah anda mendengar seorang anak yang gagal dalam peperiksaan akhirnya menjadi orang yang hebat kerana ibunya terus memberi semangat ketika susah tanpa sesekali menjatuhkan maruahnya walaupun dia pernah gagal? Tetapi berapa ramai anak-anak yang terus terkubur masa depannya angkara ibu yang suka mengaibkan mereka, memberi pengaruh negatif dan melemahkan semangat dengan caci maki dan sumpah serapah bagaikan mantera jahat yang ditiupkan ke dalam jiwa anak.

2 – Fikiran yang positif

Seteruk apa pun anda diuji oleh karenah anak yang liar, nakal dan bebal, jangan sesekali bersangka buruk pada yang menggariskan takdir. Bersangka baiklah kepada Allah SWT yang telah menjadikan anak kita sebaik-baik bentuk kejadiannya. Jika dia terjerumus sekali ke sebuah lubang yang hina, jangan matikan semangatnya dengan gelaran serba negatif.

Sangka baiklah padanya sebagai tanda anda bersangka baik pada Tuhannya. Semua kesilapan itu adalah hasutan iblis laknatullah, anak-anak itu pada mulanya suci. Jadi, jangan burukkan keadaan dengan melepaskannya di bawah penjagaan Iblis sepanjang hidupnya.

Rasulullah SAW bersabda, “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dan masing-masing terdapat kebaikan. Bersemangatlah menunaikan kerja yang bermanfaat bagi dirimu, mohonlah kepada Allah dan jangan lemah. Jika tertimpa sesuatu janganlah kamu katakan: ‘Seandainya aku melakukan ini akan jadi begini dan begitu.’ Tetapi katakan: ‘Apa yang telah ditentukan dan dikehendaki Allah pasti terjadi.’ Kerana sesungguhnya kata-kata itu membuka tipu daya syaitan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Tentunya anda tak rela Iblis mempengaruhi cara anda mendidik anak, jadi cepat bersiaplah mengambil alih amanah ini sebelum terlambat dan temukan faktor-faktor yang menyebabkan anda tidak amanah dalam menjaga anak anda.

Permulaan untuk melakukan perubahan dalam diri anak kita adalah dengan fikiran yang positif bahawa segalanya adalah mungkin! Jangan kesali apa yang telah berlaku, jangan sebut perkataan ‘kalaulah begini akan jadi begini’ kerana ia dilarang oleh agama. Ia menunjukkan kita menolak dan benci pada takdir Allah SWT. Lupakan yang sudah dan berubahlah bersama anak anda dengan minda yang positif.

3 – Tawakal kepada Allah SWT

Jangan lupa bahawa kuasa perubahan itu ditentukan Allah SWT, anda hanya berusaha dan tidak semestinya berjaya. Mungkin belum masanya anak-anak mencapai target yang anda rancang sebelumnya. Boleh jadi ianya memerlukan proses yang panjang untuk menjadikan anak kita berjaya dan soleh. Ada yang imannya tidak diragukan lagi tetapi dalam bidang akademiknya merosot.

Kadangkala anak kita hebat di sekolah, tetapi kadangkala hatinya masih suka mendengar hasutan syaitan. Tidak semua yang kita harapkan akan sempurna, cacat cela adalah hal yang biasa kerana ia sifat manusia. Bertawakal kepada Allah SWT adalah jalan terbaik selepas kita berikhtiar. Ðoa anda malam ini mungkin termakbul 10 atau 20 tahun lagi.

Ada seorang anak yang mendapat hidayah setelah berumur 60 tahun disebabkan ibunya yang tidak pernah berhenti berdoa. Jadi, tak rugi anda berdoa kerana Allah pasti memakbulkannya, jika tidak di dunia pasti di akhirat.

Ibu yang berprestasi sentiasa mengamalkan tiga petua ini, anak kita milik Allah SWT, jadi jangan sedih jika sesekali Ðia menguji dengan karenah mereka. Jangan berhenti berprestasi dan tunggu saatnya kejayaan itu menjelma, insya Allah!


Sumber : Ðr Juanda Jaya di MW#1486
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...