Friday, 21 September 2012

18SX : PETUA SENAMAN KEGEL UNTUK SUAMI ISTERI

 



(PERHATIAN: Mohon maaf jika petua ini agak menyinggung ketenteraman sesetengah pihak. Tujuannya hanyalah sekadar untuk berkongsi maklumat.) 

Senaman adalah untuk kecergasan tubuh badan, baik lelaki mahu pun perempuan. Apabila anda melakukan senaman, otot anda bergerak cergas dan membina protin dalam otot berkenaan. Gerakkan otot melancarkan darah dan mening
katkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta endorfin untuk memberi kesegaran. Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota sulit lelaki dan perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan.Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.

1. Senaman ini jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing apabila tandas penuh.Jadi jika senaman kemutan ini dilakukan oleh mana-mana individu, baik lelaki atau perempuan, perasaan kurang selesa akan berlaku.Lelaki akan terasa lubang najis tersempal dan jika buang air besar rasa sembelit. Jika ada buasir, akan jadi ketara dan menyakitkan.

2. Bagi wanita pula jika senaman kemutan itu dilakukan, dia akan rasa terangsang, lebih lagi jika kedua-dua paha itu dirapatkan. Jika paha direnggangkan sedikit mungkin perasaan terangsang itu kurang.

3.Cara melakukan senaman kemut ini untuk lelaki ialah seperti berikut, rapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat dan tahan nafas seketika antara tiga hingga lima saat, legakan kemutan dan ulangi sehingga 10 kali.Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali cengkam 10 kali. Ketika melakukan senaman kemut, lelaki itu perlu dalam keadaan selesa iaitu sudah buang air besar dan kecil, baru lakukannya.Amalan mengemut ini mempunyai khasiatnya tersendiri.

4. Bagi lelaki, kemutan dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar erek, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan dan menjadikan penghujung zakar lebih padat dan kembang, seolah-olah zakar kelihatan besar bahagian depan.

5. Untuk wanita, amalan kemutan dapat melangsingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi seperti angin keluar-masuk. Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan dengan pasangan. Hubungan seksual menjadi lebih seronok dan lebih memberangsangkan.

6. Senaman kemutan tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang atau besar. Bagaimanapun, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan kepada ereksi dan ketika zakar yang tegang itu dikemutkan ketika melakukan penetrasi faraj, maka mudah untuk menyalurkan ereksi dalam faraj dan mudah untuk bergerak lancar jika gerakkan zakar dilakukan dalam keadaan kemut.

Malahan mengemut ketika tegang dapat mengekalkan ereksi dan dapat bergerak dan mengubah posisi dan merendahkan kemungkinan darah tercicir keluar daripada otot zakar. Jika gerakkan zakar dilakukan dalam faraj dengan lelaki itu mengemut, pasangan akan dapat rasa nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks. Gerakkan zakar dapat dikawal apabila gerakkan zakar dilakukan dalam keadaan berkemut. Jadi amalan kemut dan melakukan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi.

Wednesday, 19 September 2012

WANITA PENGHANTAR SURATKHABAR TERTUA DI DUNIA

 
TRIBUNNEWS.COM, LONDON - Perempuan berdedikasi tinggi. Mungkin itulah tiga kalimat yang boleh menggambarkan sosok Joyce Pugh (81), wanita penghantar surat khabar tertua di dunia.
Bayangkan, selama 41 tahun, Joyce berputar di lingkungan yang sama, untuk menghantarkan surat khabar. Joyce mengawali 'kariernya' sebagai pengantar  setiap malam, pada 1971. Saat itu, pekerjaan ini ia lakukan untuk menambah penghasilan.
Sejak itu, Joyce telah mengirimkan 291 ribu eksemplar surat ke boks surat warga ', dan mengayuh sepeda lebih dari 10 ribu kilometer. Hebatnya, ia tidak pernah mengambil hari cuti sakit.
Kini, Joyce diakui oleh Guinness Book of World Records, sebagai penghantar surat khabar perempuan tertua di planet ini.
"Putri dan putri saya menghantarkan surat khabar untuk menambah wang saku, tapi berhenti ketika mereka mendapat pekerjaan yang layak," ujar nenek lapan cucu dan empat cicit, seperti diwartakan The Mirror, Selasa (18/9/2012).
"Aku mahu melakukannya untuk sementara waktu. Tapi, ternyata aku tidak boleh berhenti," imbuhnya.
"Aku melakukannya setiap petang ketika suratkahabar terbit. Perlu waktu sekitar tiga perempat jam untuk menghantarkan surat khabar. Aku akan terus selama aku boleh. Itu semua tergantung seberapa buruk musim dingin yang datang," tuturnya.
Meski upah yang ia dapatkan kecil, Joyce tidak mempermasalahkannya.
"Aku tidak melakukannya untuk wang, tapi untuk latihan dan menjaga orang mendapatkan informasi setiap hari," ucapnya.
Janda yang ditinggal suaminya, Jim pada 1993, akan muncul dalam edisi 2013 Guinness Book of World Records, sebagai wanita penghantar surat khabar tertua di dunia.

Tuesday, 11 September 2012

BAYI KELUAR DARI TANAH

Bayi Keluar Dari Tanah
Menurut sumber, bencana banjir besar yang berlaku di Bangladesh yang telah menenggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh banjir dan terkubur didalam tompokan lumpur.
 Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian suatu keajaiban terjadi dimana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur itu telah melahirkan bayinya yang timbul diatas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa.
Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada didalam rahim ibunya yang sudah mati didalam lumpur. Berikut merupakan gambar-gambar tersebut ketika dijumpai.
 

  


 

AYAM BERKAKI 4...?



TUMPAT – Seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia terbeli ayam yang mempunyai empat kaki. Didapati dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut. Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua lalu. “Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara. Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki.”
“Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,” katanya. Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu. “Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat. Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya.
Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut. “Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah. “Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk,” katanya.

Monday, 10 September 2012

TELUR BULAT

resepi telur sedap

LONDON  :  Ketika Cassie Greenhill bersiap-siap untuk memasak telur dadar untuk dua anaknya minggu lalu, dia tahu ada yang tidka kena dengna telur ayam berkenaan.

Bagi Cassie, 32, dia bagaikan tidak percaya apabila melihat telur itu berbentuk bulat sepenuhnya  -  berbeza daripada telur biasa.


 telur bulat 

Untuk pengetahuan, warga Britain mengambil 11 billion telur sehari tetapi kebarangkalian untuk menemui telur sebegitu hanya satu bagi setiap satu billion.  Tinggal di Enfield di Utara London, Cassie berkata, dia membeli sedozen telur dari pasar raya berhampiran baru-baru ini.

"Saya mahu memecahkan telur itu untuk memasak telur dadar apabila menyedari bentuknya begitu aneh".


telur ajaib 


"Saya tak pernah melihat telur sebegini sebelum ini", Bagi mendapatkan kepastian, dia membuat carian di Internet.

Setakat ini, katanya, hanya seorang tukang masak di Hotel Bristol di Cornwall - James Church - menemui telur bulat seperti itu, beberapa tahun lalu.

Menyedari uniknya telur itu, Cassie memberi amaran kepada semua penghuni rumahnya supaya menjaga telur berkenaan.

KISAH RM1.00 DAN RM100.00

 

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

Friday, 7 September 2012

DIBUNUH IBU SENDIRI KETIKA LAHIR

 

KUANTAN: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”
Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.

“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.

“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya.

Thursday, 6 September 2012

10 SELEBRITI BARAT YANG PERNAH BEKERJA DI MCDONALD

McDonald adalah restoran makanan segera yang sudah sangat tersohor seantero dunia. Menu burger, kentang, dan berbagai macam 'makanan cepat saji khas' sudah menjadi rahsia umum yang ramai orang tahu. Akan tetapi tahukah Anda bahwa banyak bintang-bintang selebriti dunia yang pernah bekerja di restoran ini. Mahu tahu siapa saja bintang-bintang selebriti dunia yang pernah bekerja disana? Berikut diantaranya:
 
1. Star Jones  


Sebelum pernikahannya dengan Al Reynolds pada November 13, 2004 yang menghabiskan perbelanjaan sekitar $ 1 juta, pada masa lalu, Star Jones adalah salah satu staf McDonald yang memasak kentang goreng paling terkenal di dunia.
 
2. Jay Leno
 
 
Jay Leno dikenal sebagai pelawak dan host untuk acara talk show tengah malam, ‘The Tonight Show with Jay Leno’ di tahun 1992. Sebelum memulakan kariernya, pekerjaan pertama Leno adalah berada di sebalik meja restoran McDonald yang terletak di Andover, Massachusetts.
 
3. Pink
 
 
Pink adalah penyanyi yang juga penulis lagu asal Amerika yang nama aslinya adalah Alecia Moore. Album pertamanya berjudul ‘Can’t Take Me Home’ pada tahun 2000 melalui LaFace Records. Sebelum ia menjadi sekarang ini, dia telah bekerja di McDonald di Philadelphia dan tugasnya membakar daging burger termasuk membersihkan toilet dan mengemop lantai.
 
4. Seal
 
 
Artis Grammy berasal Inggeris, Seal Samuel yang mengahwini Supermodel Jerman, Heidi Klum, juga pernah bekerja di McDonald pada usia 17 dan tugasnya adalah membersihkan lobi. Seal memberitahu bahwa ia bekerja di McDonald hanya selama 2 minggu.
 
5. Rachel McAdams
 
 
Rachel McAdams adalah aktres Kanada yang lahir pada 17 November 1978 di Rumah Sakit St Joseph, London, Ontario. Dia menghabiskan sekitar tiga tahun bekerja di McDonald sebelum menjadi seorang aktres terkenal.
 
6. Tony Stewart
 
 
Jika Anda salah satu dari fans Nascar, pasti tahu dengan Tony Stewart. Sebelum menjadi pembalap Nascar, Tony Stewart bekerja di berbagai pekerjaan, termasuk sebagai staf McDonald.
 
7. Keenan Ivory Wayans
 
 
Keenan Ivory Wayans pernah bekerja sebagai manager McDonald sementara dia sedang sekolah tinggi di New York. Keenan merasa bangga dalam pekerjaan ini kerana dia telah membantu keluarganya dalam hal kewangan.
 
8. Shania Twain
 
 
Nama lengkapnya adalah Eileen Regina Edwards, dan lahir pada 28 Ogos 1965 di Windsor, Ontario, Kanada. Sebelum menjadi seorang seniman muzik country dan pop, dia bekerja di McDonald ketika remaja di Ontario, Kanada.
 
9. Sharon Stone
Bintang film cantik dan seksi ini juga salah satu alumni lain McDonald. Nama sebenarnya adalah Sharon Vonne Stone yang lahir pada 10 Maret 1958 di Meadville, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
 
10. Fred Durst
 
 
Fred Durst adalah penyanyi utama dari rapcore band, Limp Bizkit. Ia dilahirkan pada 20 Agustus 1970 di Jacksonville, Florida, Amerika Serikat. Sebelum bergabung dengan Limp Bizkit, ia bekerja di shift pagi di sebuah restoran McDonald di Florida.


LELAKI TELAN BERLIAN BERNILAI RM44K


COLOMBO - Helah seorang pengunjung untuk mencuri berlian bernilai hampir AS$14,000 (RM44,000) dengan cara menelan batu permata berharga itu akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa di pameran barang kemas terbesar di Sri Lanka, semalam.
Menurut polis, lelaki warga China berumur 32 tahun itu berpura-pura untuk melihat berlian tersebut secara dekat semasa dia berkunjung ke Facets Sri Lanka yang diadakan di Colombo.
Dia telah memasukkan berlian itu ke dalam mulutnya  tanpa menyedari perbuatan tersebut diperhatikan oleh pihak berkuasa.

KOMPUTER BERLAPIS EMAS RAJA LOUIS XVI



George Chirita, seorang pegawai elektronik dari Romania ini mempunyai idea untuk membuat sebuah komputer berlapis emas. Chirita yang kini tinggal di Perancis ini memiliki idea tersebut dari kemewahan Raja Louis XVI. Chirita mengaku bahwa gaya hidup Raja Louis XVI menginspirasinya untuk membuat komputer yang penuh grand, keserasian dan harmonisasi dalam desainnya.

Chirita menjelaskan bahawa ia mendekorasi komputer nan mewah ini dengan emas, marmer, dan batu – batuan berharga. Perusahaan kecilnya ini memproduksi komputer mewah dalam 3 macam edisi, yaitu Louis XV, Louis XVI, dan Empire yang bergaya klasik khas Perancis. Chirita mengatakan bahawa tempat produksinya berada di Melun, Perancis. Para pekerja akan melapisi komputer ini dengan emas, marmer, lapis lazuli sebagai bahan dasar mesinnya, serta lapisan emas pada monitornya. Tidak hanya desainnya saja yang mewah, namun perangkat di dalamnya pun menggunakan teknologi mutakhir. Jadi produk ini adalah perpaduan antara desain interior yang modern dengan desain luar yang memiliki sentuhan klasik dari kerajaan Prancis.


Bila Anda berminat untuk membelinya, sebaiknya Anda menyiapkan wang  Kerana Chirita mengatakan bahwa harga minimal untuk memperoleh produk mewahnya tersebut adalah 17.000 Euro..

Pertanyaannya adalah apakah ada yang sanggup untuk membeli komputer semahal itu? Kerana orang tersebut haruslah benar – benar kaya, mungkin seperti keluarga kerajaan? Chirita mengatakan bahawa produk ini memang dikhususkan untuk para bangsawan dari berbagai belahan dunia. Chirita menolak untuk memberi daftar nama pembelinya. Namun Chirita mengatakan bahwa produknya ini sudah laku kepada bangsawan Eropah, orang berdarah biru dari kerajaan China dan para sultan dari Timur Tengah. 
 
Bahkan beberapa dari mereka meminta desain khusus sehingga harganya pun jauh lebih tinggi dari harga sepatutnya. Selain itu juga, Chirita memberikan sebuah USB emas kepada Ratu Elizabeth sebagai salah satu hadiah pada Diamond Jubilee.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...